30 June 2012

Durian Muar, Mee Bandung, Mee Udang Banjir Fuhh Meleleh


Jalan-jalan cuci mata ke Muar. Semalam penat berbangat sebab lepas ambik anak kat Negeri Sembilan terus balik kampung ke Muar. Tak terhupdate blog dibuatnya. Dengan cuaca kejap panas kejap hujan fuhh mencabar betul. Kebetulan orang tua aku dari Sarawak datang, jadi aku bawaklah jalan-jalan ke Muar, Kampung Ibu Mertuaku..hehe


Target Pertama dah semestinya DURIANNN. Kalo ikutkan musim durian kat Muar dah hampir ke penghujung. Terima Kasih kat Pak Long aku yang ada simpan sket untuk kitaorang. Apa lagi layan durianlah. Terbaik durian kampung. Tahun ni buah durian  agak berkurangan. Harga sekilo Durian kat Muar sekarang ni tak salah aku baru dalam RM2.00 Sekilo.

MEE UDANG BANJIR

Abis balun durian Malam pulak pekena Mee Bandung, Mee Udang Banjir dan Murtabak Singapore. Blogger OTAI suruh check Mee Bandung kat Depan Sekolah Sains,rupa-rupanya mak mertua aku pulak gelar gerai Mee Bandung ni Gerai Bawah Pokok. Sayang sekali tak berkesempatan menikmati Mee Bandung ini. Insyallah lain kali kena sergah gak.

MEE BANDUNG MUAR

Hari ni nak balik Klang. Entah sempat ke idok nak singgah Majlis Potong Kek 10 Tingkat MAMAT ni kat Shah Alam. Hujung minggu kali ni, aku rasa padat sekali dengan banyak hal. Harap dapat cover kesemuanya. Sebelum balik nak tengok sempat ke tidak singgah kebun durian sambil bersarapan dalam kebun..hehe

29 June 2012

Gambar Mayat bayi yang Ditemui Di Tangga Masjid Badariah Batu 12


Gambar Mayat bayi yang Ditemui Di Tangga Masjid Badariah Batu 12. Terlebih dahulu aku mohon maaf mungkin ada yang rasa paparan ini tidak sesuai tetapi tergerak hati untuk berkongsi agar ia dapat dijadikan renungan buat semua. Aku baru balik dari event dan terdengar cerita mengenai bayi ni yang ditinggalkan di Masjid Badariah Batu 12 semalam,  iaitu Masjid yang betul-betul terletak kira-kira 10 minit perjalanan dari rumah aku.


Mayat bayi tersebut telah ditemui oleh Bilal dan Siak Masjid ketika bersiap untuk solat subuh. Terima kasih kepada saudara aku Long erul atas gambar. Bayi yang siap berbungkus dalam bungkusan plastik juga turut disertakan dengan sekeping kertas yang tertulis "Tolong Sempurnakan Bayi ini. Saya bukan Muslim, tapi saya ingin menyempurnakan dia sebagai Islam. Saya Namakan dia Muhammad Yusof". Kes masih dalam siasatan polis.

Entah betul atau tidak belum dapat dipastikan Status Agama Mayat Bayi tersebut. Aku malas nak buat spekulasi dan diharap para pembaca pun begitu juga. Apa yang ingin aku perkatakan disini adalah kenapa perlu diakhiri dengan cara sebegini? Tak kira agama mana sekali pun, ini bukan caranya. Diharap ia dapat menjadi ikhtibar kepada semua. Harap rakan-rakan dapat kongsikan biar dijadikan pengajaran kepada mereka yang melakukan perkara yang tak bermoral dan tak berperikemanusiaan ini.

** Gambar keseluruhan mayat bayi tidak dapat dipaparkan didalam blog ini atas dasar menghormati jenazah tersebut. Gambar disharekan kat Page Teratakarmo.

* Sumber berkaitan dari MSTAR DISINI dan HMETRO


28 June 2012

Keputusan Terkini EURO 2012 Germany Vs Italy, Bubu Si Kura-Kura dah Buat Pilihan


Keputusan Terkini EURO 2012 Germany Vs Italy. Sekali lagi BUBU si Kura-kura mengorak langkah memilih siapakah bakal memenangi perlawanan antara Germany dengan Italy nanti. Seperti yang dijangka nampak BUBU telah bijak memilih Pasukan Germany untuk pergi ke FINAL..hehe. Pandai Adik aku NANA melatih kura-kura beliau untuk memilih pemenang.


Nampaknya persaingan semakin rancak dan debaran ke Peringkat Akhir semakin mendebarkan. Pilihan aku nampaknya terkandas iaitu pasukan Portugal untuk beraksi ke Final dan kini Pilihan aku serupa dengan pilihan si BUBU si Kura-kura. Yezzzaaa GERMANY bakal melangkah ke Final dan seterusnya menjadi Juara. Jadi apakah pilihan korang? Keputusan akan dikemaskini.

*Bubuuuuuuuu...warghhhhhh..nak kena Goreng si BUBU nieh......
** Sebenarnya si BUBU dah pilih ITALY jadi pemenang (Sila refer tompokan air). Disebabkan Empunya Kura-kura nie penyokong Germany jadi terpaksalah BUBU ikutkan tuannya..hehe

KEPUTUSAN AKHIR
GERMANY 1 vs ITALY 2

Kebaboom 3 Buffered Earning Untuk Bulan JUNE


Allhamdullilah 3 Buffered Earning Untuk Bulan JUNE diperolehi kali ni dah kesemuanya terus bergerak buat aku senyum meleret..hehe. Kalau sebelum ini Buffered Earning Menari-nari lagi, kali ni dah buat Shuffle. Sebenarnya 2 BE telah menjelma setelah BE Unilever Wall Cornetto Uda dan Dara iaitu DiGi DEP Rider dan terkini INI Local Campaign (Working Adults).Harap BE ini berterusan hendaknya.


Terima Kasih NUFFNANG dan pengiklan yang sudi melekatkan BE kat Blog Teratakarmo. Inilah dikatakan rezeki masing-masing. Kepada korang yang masih belum memperolehi BE, jangan putus asa teruskan bersabar, mungkin giliran anda bakal tiba satu hari nanti. Nak tahu dulu aku pun bertahun gak menunggu BE ni.Berkat kesabaran akhirnya terbayar juga. Jom Daftar kalo ada yang belum daftar dengan NUFFNANG.

Ada Pakwe Minat Kitalah..


Babah, babah ada pakwe minat dengan NAJUMAlah, nama dia Asyraf Firdaus dan Nasrul..sambil tersengih bangga. Adoiiyaiii, Baru darjah satu dah men"gediks" anak aku sorang ni.Sepanjang dalam kereta senyum meleret bukan main lagi. Bila fikirkan balik tersenyum sorang-sorang mengenangkan gelagat anak aku sorang ni, memang lurus betul tanpa selindung..hehe..Wahh ada peminat bagai..


Aku layan jerlah kerenah anak aku sorang ni. Balik sekolah jer ada jer bende baru nak dibebelkan. Kekadang kita sendiri sebagai orang tua tak terfikir pun apa yang beliau akan perkatakan. Tak cukup tuh sibuk pulak sebab ada seorang pelajar ambik beliau sebagai adik angkat. Aku tanya akak darjah berapa? Darjah 2..mak aihhh beza setahun dah boleh jadik kakak angkat..hehehe.

** Masa zaman kanak-kanak macam-macam kenangan manis bila dikenang..

27 June 2012

Video Peguam Pertahan Diri Pukul Pelanggan


Video Peguam Pertahan Diri Pukul Pelanggan dikongsi, siapakah yang bersalah? Bukan nak menghukum sekadar berkongsi video luahan si pembeli. Pada pendapat aku Lain orang lain ragam. Kalau ikutkan maklumat dalam berita online, penyerang itu dikatakan berbuat demikian selepas diprovok? Jom layan Video youtube ni dan apa pendapat korang?


Kalau Pemilik rumah yang bertindak sedemikian ada gak logik kut..hehe. Aku rasa elok pelanggan ni beli rumah dengan rakan aku lagi elok iaitu OWNER HARTANAH TAHUN 50an. Kalau pembeli perempuan lagi elok deal dengan rakan aku ni sebab bab wanita ni kelemahan beliau..hehe. Macam-macam ragam manusia sekarang ni.

** Bagi aku Peguam tersebut sepatutnya mampu kawal emosi beliau sekira berdepan dengan pelanggan. Kalau tak boleh tahan tekanan baik suruh orang lain jer yang handle.

Kakak Tak Bersalah, Mereka Yang Bersalah


Semalam Tersebutlah Al-kisah anak bongsu aku si NAJUMA. Semasa perhimpunan Cikgu buat pengumuman Siapa pergi sembahyang kat surau masa rehat. Iyer-yerlah si NAJUMA angkat tangan. Aku tengok dari jer jauh. Kedengaran Cikgu berkata siapa pergi sembahyang mereka ni bagus-bagus orangnya. Adalah ramai gak yang angkat tangan dan disuruh beratur disatu bahagian.


Setelah diberi pujian, barulah Cikgu bukak cerita. Siapa yang sembahyang tadi tak kemaskan kain telekung dan sejadah main campak jer. Sudah..aku dah agak dah compom si NAJUMA kena. Dah berucap panjang Cikgu berceramah. Setelah perhimpunan habis, kanak-kanak yang pada satu bahagian terpaksalah ikut cikgu ke surau (aku agak kanak-kanak ni mesti disuruh  kemas surau..)

Balik sekolah aku tanya kat anak aku si NAJUMA. Kakak kena denda yerr...Yerlah, masalahnya bukan kakak yang buat, masalahnya budak-budak yang tak kemaskan telekung dan sejadah, masalahnya kakak dah kemas dah, masalahnya kakak pun kena denda.Tersenyum sorang-sorang dengar luahan anak aku sorang ni,banyak nau masalahnya..hehe..

Bila fikirkan balik ada gak betulnya. Mungkin si NAJUMA tak bersalah tapi terpaksa tanggung kesalahan orang lain. Alahai, sabar jerlah. Satu lagi cara Cikgu handle perkara ni pun tak kena rasanya. Yelah memula baik punya puji lepas tuh kenakan budak yang dipuji. Aku risau dari usia muda dah diajar cara sebegini tak mustahil memberi impak negatif.

Tapi perkara ni kecik jer, jadi nasihat aku kat NAJUMA kalau rasa tak bersalah bagitahu cikgu. Masalahnya kakak dah bagi tahu cikgu, masalahnya cikgu taknak dengar..adoiiyaiii masalah jugak ni..Aku nak bagi nasihat pun susah. Sebagai jalan terakhir nasihat aku kat NAJUMA, banyakkan bersabar walaupun kakak tak bersalah..last-last kena Pow Air Sebotol..cehh.. 

26 June 2012

Bertahun Digunakan , Habis Punah Segalanya Dalam Sekelip Mata


Habis Punah Segalanya dalam sekelip mata. Termenung kejap sebab kebanyakan file dan gambar semuanya disimpan didalam External Drive yang memiliki ruang sebanyak 465 GB. Segalanya hancus semalam. Nak bukak file langsung tak boleh. Dah berbagai-bagai usaha dilakukan ditambah dengan ke"tensionan" idea masih kelaut, last option aku terpaksa format External Drive yang selama ni banyak berjasa dengan aku.


Ingatkan bila dah ada external drive tuh kira dah selamat dah, takyah buat back-up. Dah terkena kali ni nampaknya kena fikirkan alternatif lain untuk menyimpan file dengan lebih selamat lagi.Ada sesiapa tahu tak cara terbaik untuk menyimpan file @ Backup file selain meletakkan kesemua file kedalam External drive.Kalau disimpan kat dalam HD laptop lagilah berisiko. Meh kongsikan cara terbaik untuk menyimpan file anda disini. 

Burger Membakor Sawanila Pencabar Burger Kaw Kaw Bakar


Burger Membakor Sawanila Pencabar Burger Kaw Kaw Bakar. Buleh gitu..hehe. Salah seorang peserta blogger Masterchef yang tak kering tangan dok membancuh jer kerjenyerr..hehe. Serius dari gambor aku dah tahu Homemade Burger dari Yatie Sawanila ni memiliki rasa yang kebaboom. Memang kalo bukak kedai burger kat depan rumah boleh berkilometer orang nak tempah mau 5 jam bersusun..hehe.


Bila buat entri ni air lioq aku rasa kembang semacam jer dok tenung gambo burger ni..adeyy. Gambo ni aku cilok secara paksaan. Kalau Hubby Yatie tak bagi pon aku cilok gak..hahaha. Aku rasa penyedap yang menambahkan kesedapan Burger ni juga terletak pada Bawang Goreng Cincin (Onion Ring)..hehe. Terbaik sehhh. Nak tengok Homemade Patty Burger?  Meh..meh Sergah DISINI.

25 June 2012

Bila Blogging Tak Menentu, Apa Pun Tak Boleh, Ehh Gambo Norish Karman Bersalin Dah Tersebar?


Nak gak selit kisah sensasi Gambar Norish Karman Bersalin tersebar..hehe..Tapi malaslah nak cerita hal tuhh..Agak tak menentu blogging aku minggu lepas dan sepanjang 10 hari ni nanti. Bukan apa badan tak sedap, otak kemana lagi kalau tak kelaut. Letih sesangat rasanya. Sejarah sepanjang berblogging tahun ni buat pertama kali aku tak buat entri Minggu lepas (Sabtu) dek tak larat. Memang rasa ada kekurangan bila sehari tak update blog. Rindu semacam jer..Macamanalah kalo langsung takleh nak update..huhu.

Apa-apa pon tengah bina semangat (ingat nak gi kem PLKN..dioarang terima tak peserta umo sebaya OTAI ni..hehe?). Harap seminggu dua ni dapat berblogging dengan betul. Entah apalah yang tak kena aku tak pasti. Nak menaip blog pun rasa letih semacam. Macamana tuh? Melainkan kalo dapat Advertorial baru semangat sikit sebab ada benda masyukkk..hehe. Bila keadaan sebegini apa yang korang buat? Bercuti sementara atau terus kemaskini apa-apa jer?

Apa-apa pun terima kasih kepada para pembaca blog teratakarmo yng sudi menyinggah ke blog ini. Tanpa korang apalah nak jadi dengan blog ni. Ingat ada gak plan nak buat Sesi Ngeteh 2.0 Session tapi takut tak sempat buat. Yelah puasa dah beberapa hari lagi. Insyallah akan dibuat juga satu hari nanti. Tengok kut-kut MAMAT ni boleh sponser Teh AIS..hehe

Cakaran Harimau Malaya..Aduhhh


Inilah dinamakan CAKARAN HARIMAU MALAYA. Memang ganas cakaran beliau ni. Identiti si pencakar tidak dapat dipaparkan tetapi link ke blog beliau boleh dipaparkan..hehe. Macam-macam. Inilah gaya Harimau Mencakar tapi malu dek takut orang rumah perasaan beliau sedang bergumbira disatu lokasi rahsia..miahaha. Siapakah beliau? Jangan bising-bising kang diketahuan oleh orang rumah beliau nanti. Inilah dia link ke MAT CAKAR.


Entri sekadar gurauan. Mamat sorang ni memang payah nak bergambar dengan betul. Kecuali bila ada awek disamping beliau barulah beliau akan tunjuk macho..miahaha. Ada banyak lagi aksi beliau yang aku ambik dalam diam sebagai koleksi.Memang saja simpan buat standby kut-kut beliau nak kenakan aku..miahaha. Apa-apa pon MAT CAKAR sentiasa dipenuhi dengan Kontroversi. Takde Kontroversi beliau carik mangsa bikin Kontroversi..hehe

Pelik Tapi Benar | Don't Drink And Drive, Bawak Scooter Guna Basikal


Pelik tapi Benar dengan tajuk Don't Drink And Drive bersesuaian sekali dengan kisah Seorang lelaki dari  Daerah Changsha,Wilayah Hunan selatan China. Nak tergelak pun ada aku lihat..hehe. Gara-gara terlebih minum dan beliau rasa beliau tidak dapat memandu Scooter beliau, lelaki ini telah menyewa sebuah basikal untuk membawa balik scooter beliau.


Mabuk-mabuk gak tetapi lelaki ni tahu pulak undang-undang Negara China . Seseorang tidak akan dikenakan tindakan undang-undang sekira  membawa scooter atas basikal, maka dengan ini lelaki ini terlepas dari dikenakan tindakan undang-undang.Macam-macam ragam manusia dimuka bumi ini yang kekadang tak masuk akal pun ado.

Sharp's 100th Anniversary


Sharp's 100th Anniversary. Jenama yang sememangnya cukup berpengaruh terutama pada Zaman aku kecik lagi. Sebut sahaja jenama Sharp teringat Kisah TV orang tua aku yang bertahan berbelas tahun lamanya dan menjadi kebanggaan kami sekeluarga kerana telah berjaya berbakti begitu lama untuk kami sekeluarga. Terima Kasih Sharp kerana telah menceriakan zaman kanak-kanak aku sekeluarga.


Bersempena dengan Sharp's 100th Anniversary iaitu sambutan ke 100 Ulangtahun Sharp, Sharp dengan ini telah menjalankan kempen yang cukup menarik. Sebuah kempen yang cukup simbolik yang dinamakan Anniversary Share dimana berita mengenainya boleh dilihat DISINI . Kempen yang mencerminkan kegembiraan sesiapa sahaja dalam menyambut ulangtahun dengan cara mereka masing-masing.


Apa yang menariknya hanya dengan turut serta dalam kempen ini iaitu dengan menghantar gambar dan video, para peserta bakal memenangi hadiah yang cukup menarik. Antara hadiah menarik yang bakal dimenangi oleh para peserta yang turut serta antaranya adalah :

  • Tiket untuk Dua pasangan Trip ke West Cost , USA (4 orang) sekiranya terpilih untuk menang.

  • Top 5 Ranking iaitu peserta yang menghantar gambar atau video dengan menduduki 5 tangga teratas akan membawa balik hadiah barang Sharp.



Hanya 3 langkah mudah untuk turut serta. Jom turut serta, mana tahu mungkin rezeki anda untuk memenangi hadiah yang ditawarkan. Hanya perlu ikut langkah mudah yang disediakan dan anda selangkah untuk menjadi salah seorang pemenang. Kempen ini berlangsung sehingga 15 September 2012. Tunggu apa lagi. Untuk kemudahan semua antara langkah-langkah yang perlu diikuti oleh peserta adalah seperti dalam gambar berikut.(Maklumat Lanjut DISINI)


Langkah seterusnya anda hanya perlu menunggu gambar dan video anda dimuaturunkan dilaman web http://share.sharp100years.com . Jom ramai-ramai turut serta Kempen menarik dari Sharp Sempena Sharp's 100th Anniversary ini. Mungkin hadiah yang lumayan ini milik anda. Masih teringat kenangan zaman dahulu bila jenama Sharp disebut. Memang Indah Sekali. Korang ada kenangan gak tak bersama Sharp? Meh..meh..Kongsikan disini dan jangan lupa turut serta dengan Kempen yang dijalankan. Oh Ya Jangan Lupa SHARE dengan semua...


24 June 2012

Tapak Megalitik terletak disepanjang jalan menuju ke Kuala Pilah, Macam Batu Hidup Jerr


Tapak Megalitik terletak disepanjang jalan menuju ke Kuala Pilah dikemaskinikan. Dah lama dah nak update perihal Tapak Megalitik ni. Tertanya-tanya gak apa ke bende yang ada pada Tapak Megalitik ni. Tanya Pakcik Google barulah diketahui apo ko bondo Tapak Megalitik ni. Maklumat diperolehi Majlis Daerah Kuala Pilah

SALAH SEBUAH  TAPAK MEGALITIK

BATU MENEGAK DITAPAK MEGALITIK

Perkataan 'megalitik' yang berasal dari perkataan Greek 'mega' yang membawa maksud besar dan 'lithos' iaitu batu, boleh didefinasikan sebagai batu besar yang didirikan di atas tanah secara bersendiri dan berpasangan. Penemuan batu megalitik di sekitar negeri ini merupakan tanda perkembangan penempatan masyarakat awal yang menjadikannya sebagai tempat pemujaan, selain menaruh pelbagai kepercayaan yang diyakini mampu mempengaruhi ekonomi (pertanian) serta kebudayaan masyarakat ketika itu. 

Pada ketika itu juga, masyarakat yang bergantung terhadap pertanian sebagai sumber ekonomi utama mempercayai bahawa penyembahan serta pemujaan batu megalitik mampu membantu mereka untuk memperoleh tanaman yang subur.Batu-batu megalitik yang merupakan monumen bersejarah itu turut digunakan sebagai tempat masyarakat dahulu berkumpul dan mengadakan persembahan tradisi untuk tujuan riadah. 

Antara tapak megalitik yang dikenal pasti di sekitar Negeri Sembilan ialah Pengkalan Kempas, Kuala Pilah, Kampung Ipoh dan Pulau Sebang di Tampin, Lembah Terachi, Kuala Pilah, Kampung Gedang, Kampung Padang Lebar, Kampung Kundangan Kiri, Kampung Masjid, Kampung Parit Tengah dan Kampung Talang - kesemuanya dalam mukim Terachi (Tampin-Kuala Pilah).

Aku rasa batu ni macam hidup jerr. Seram pun ado. Batu ni menjadi tempat pemujaan orang-orang zaman dahulu. Kira macam peninggalan orang zaman dahululah ni. Akhirnya terjawab misteri yang ada disebalik Batu-batu yang menegak ini. Sekurang-kurangnya dapatlah aku terangkan kat anak-anak aku apa ke bondo batu yang menegak sepanjang jalan menuju Kuala Pilah ni.

Akhirnya Germany Juara!! Yezza


Akhirnya Germany Juara!! Yezza jangan mare..hehe. Betul gua tak tipu punya. Kepada team-team lain sila cemburu okeh..hehe. Korang janganlah baca tak habis entri ni kang message tak sampai. Agak letih jadi aku paparkan gambor kredit MAMAT INI sebab cuma handphone beliau jer ada gambo kitaorang yang menganggotai kumpulan Germany pada Majlis Astro On The Go Party..hehe.


Semalam sempatlah menghadirkan diri ke Majlis Anjuran ASTRO kat The Pool di Jalan Ampang. Pergi pon pasal nak jumpa rakan-rakan yang dah lama tak jumpa. Gambar yang diambik sekitar majlis aku tak tengok lagi dek kepenatan dan kesihatan tak mengizinkan. Tunggu jerlah nanti entri seterusnya. Terima Kasih kepada ASTRO dan NUFFNANG atas jemputan ke Majlis ini.

22 June 2012

Pelik Tapi Benar | Rumah Mewah Terapung Bernilai 3juta Pound


Pelik tapi Benar Rumah Mewah Terapung Bernilai 3juta Pound. Sesuatu yang cukup menarik dengan design yang sungguh mempersonakan. Tapi bila fikirkan harga dia yang meletops-letops mungkin ia sesuatu yang hanya mereka yang mampu sahaja yang dapat memilikinya. Kalo dapat lepak semalam kat rumah ni pun ok gak..huhu..Mungkin kat Malaysia MAMAT ni akan beli kut..hehe


Kalo kat Malaysia letak kat Sungai Klang mau tenggelam dek terperangkap dengan sampah..hehe. Rumah Terapung yang dilengkapi dengan Bar Sundeck, jacuzzi dan akuarium ini hanya berkeluasan 1000 meter persegi. Ia juga turut memiliki 6 bilik, en-suite bilik air dan juga restaurant Area. Memang cantik. Agak-agak korang sanggup ke beli sekira ada duit terlebih..hehe

Samsung Galaxy SIII Review Sepenuhnya

Samsung Galaxy SIII Review Sepenuhnya. Firstly nak bagitahu review aku berlainan dengan review sesetengah orang. Harap dapat diterima hendaknya. Setelah dua Minggu diberi kepercayaan untuk menguji Samsung Galaxy SIII akhirnya ia telah dikembalikan kepada pihak pengiklan. Nak jer mintak extend agar dapat diuji dengan lebih mendalam. Cukup dua minggu hanya beberapa bahagian yang sempat diuji.


Sebagai reviewer, aku membuat review dari segi pandangan seorang pengguna baru dalam Android. Memang teruja dengan kecanggihan Samsung Galaxy SIII yang disertakan dengan Operating System Android Ice Cream Sandwich Version 4.04. Cukup pantas setelah digandingkan dengan Quad Core 1.4 GHz Cortex-A9. Terbaik dengan Monitor HD Super Amoled 4.8 dengan padanan Corning Gorilla Glass 2.


Disini beberapa bahagian yang paling aku suka sepanjang dibawah genggaman aku adalah Kamera 8.0 Megapixel yang memberi kepuasan dalam pengambaran dengan dikuasakan oleh Bateri yang cukup tahan lama, memang terbaik. Ujian semaksima telah dilakukan semasa mengambil Gambar Artis Sekitar Konsert kenangan Sudirman. Lebih 700 keping gambar diambilbuat pertama kali menggunakan Samsung Galaxy SIII, ternyata tidak mengecewakan.


Kalau dilihat dari Spesifikasi Samsung Galaxy SIII ternyata ia memiliki kehebatan untuk sebuah Smartphone yang lengkap dan cukup canggih masa kini. Dari Senarai Harga Samsung Galaxy SIII yang diumumkan sebelum ini ternyata ia berbaloi untuk dimiliki dengan apa yang disajikan setelah menggunakan Samsung Galaxy SIII ini. Penggunaan S-Voice memudahkan sesiapa sahaja sekiranya sudah mengetahui bagaimana menggunakannya.


Terus terang setakat ini, inilah Smartphone yang menjadi Wishlist tahun ini. Diharap aku dapat memilikinya kerana banyak perkara yang ingin aku pelajari. Alangkah best sekiranya mendapat tajaan dari Samsung untuk Samsung Galaxy SIII ini. Walau apa pun akan aku cuba miliki juga satu hari nanti. Ia bagi aku cukup memudahkan segala urusan baik dari segi panggilan mahupun untuk mengemaskinikan blog.

21 June 2012

Tips menunggu 2 Minit Burger Bakar Kaw Kaw Wangsa Maju


Tips menunggu 2 Minit Burger Bakar Kaw Kaw Wangsa Maju. Jangan terperanjat.Itulah hakikatnya, Hanya 2 minit diperlukan untuk menunggu Burger yang menjadi sebutan orang ramai ini yang mana rata-rata pelanggan mengatakan 2 jam diperlukan untuk menunggu giliran sebelum dapat menikmat burger ini. Terpulang kepada Individu Masing-masing antara nak atau taknak ikut tips ini..hehe.


Tips Dari MAT REMPIT paling sesuai untuk mereka yang malas nak menunggu pada jangkamasa yang panjang. Tapi perlu ada pengorbanan. Macam rakan aku MAT REMPIT ni toksah heran, nama pon dah brutal..hehe. Aku masih belum berkesempatan lagi nak merasa Burger Bakar Kaw Kaw ni. Mungkin Tunggu MAT TIANG order dan aku pergi ambik baru dapat merasa kut. Nak tahu lebih lanjut korang boleh baca ENTRI MAT REMPITS DISINI.

Euro 2012 Senarai Lapan Pasukan Beraksi Pada Suku Akhir


Euro 2012 Senarai Lapan Pasukan yang bakal beraksi pada Suku Akhir kejohanan telah diketahui. Nampaknya kerancakan Kejohanan Euro 2012 semakin dirasai sebelum mengetahui siapakah yang akan mendapat tempat diperlawanan akhir nanti. Nampaknya dari Lapan Pasukan boleh dikatakan persaingan cukup sengit dan dari pengamatan aku, perlawanan pada Suku Akhir ini pastinya menjamukan permainan yang agak seimbang dari segi kekuatan pasukan masing-masing. Kalau ikutkan agak sukar juga untuk membuat pilihan pasukan yang manakah yang bakal beraksi diperingkat Separuh Akhir dan Seterusnya ke Peringkat Akhir nanti.


Siapakah pilihan korang untuk menjuarai EURO 2012. Nampaknya Euro 2012 Juara Pilihan Lelaki Kacak telah diwarwarkan dan nampaknya hanya dua lelaki kacak telah meneka dengan salah. Tahniah..hehe..namun selebihnya ramai Lelaki Kacak telah ,memberi jawapan yang membuat mereka semakin menghampiri hadiah yang menarik dari pihak penganjur. Apa jua keputusan, adat menang dan kalah dalam setiap permainan adalah keputusan yang perlu diterima. Jadi siapakah pilihan korang? Sebagai Seorang Lelaki yang tak kurang Kacak juga, aku aku memilih Portugal untuk menjadi Juara Euro 2012 kali ini..hehe

20 June 2012

Eyriqazz vs Denaihati Pertarungan Blogger Lelaki Kacak


Eyriqazz vs Denaihati Pertarungan Blogger Lelaki Kacak tuhh..hehe. Kontest SEO yang bakal menyaksikan kaki-kaki SEO berentap untuk merebut Hadiah yang cukup lumayan. Siapakah Eyriqazz? dan Siapa pula Denaihati? Tak perlu aku perkenalkan kedua-duanya kerana majoriti dah tahu siapa mereka ini. Dua blogger yang memiliki ciri-ciri blogger sejati tapi berlainan kriteria. Kedua-dua blogger iaitu Eyriqazz dan Denaihati memiliki identitinya tersendiri.


Aku saja masuk Kontest SEO keywords Eyriqazz vs Denaihati ini untuk menimba ilmu dan ingin melihat sejauh mana kekuatan SEO yang berjaya dilakukan oleh blog cap kambing gurun ini. Dari apa yang aku perhatikan blog aku ini semakin lama semakin hilang taring dalam bidang SEO. Aku tak pasti kenapa tetapi kemungkinan melibatkan masalah coding yang terdapat dalam HTML blog tak seberapa ni kut.

Walau macamana pun cabaran Eyriqazz vs Denaihati tetap aku sahut. Sekadar menambah ilmu pengetahuan dalam bidang SEO. Berapa lama bertahan aku tak pasti dan yang pastinya stragtegi perlu ada. Tapi apa? huhu. Sah aku masih muda dalam bab SEO ini. Jadi disini aku menyeru kepada mereka-mereka yang ingin turut serta dalam kontest ini bolehlah melihat syarat-syaratnya DISINI.

Tunggu apa lagi? Hadiah Menarik menanti Juara Kontest Eyriqazz vs Denaihati. Mampukah blog ini bertahan dalam pertandingan ini? Tunggu dan lihat sahaja keputusannya nanti. Kalah atau menang belakang kira, yang penting apa yang dapat kita pelajari dari Kontest ini yang utama.


Contest ini dianjurkan oleh 
Eyriqazz.Com ditaja bersama Denaihati.com , Azri.my , Blogr.my , ziefauzi.com , dan Shakiddo.com


Ustaz Puji Taubat Awi Rafael mengenai Isu Tatu


Ustaz Puji Taubat Awi Rafael mengenai Isu Tatu yang agak sensasi minggu ini. Pelbagai tanggapan Positif dan Negatif yang aku rasa si Awi Rafael terima setelah beliau meluah dan menceritakan hal peribadi beliau semasa zaman muda kat dalam Facebook beliau. Yupp "Nobody Perfect" dan aku cukup bersyukur sekiranya Awi betul-betul telah bertaubat dan diharap ia akan diikuti dengan perubahan dalam diri beliau.


Ini kita berceritakan tentang seorang yang begitu kita kenali. Bagaimana dengan seseorang insan yang biasa dan tidak dikenali? Aku rasa ramai yang telah melakukan kesilapan yang serupa dan diharap mereka-mereka ini juga dapat bertaubat dan berubah. Semoga apa yang telah berlaku atau terjadi dapat dijadikan ikhtibar kepada yang lain agar jangan cepat terpedaya dengan Nafsu.

Aku cukup tertarik dengan petikan kata-kata dari Ustaz Zahazan kat dalam Mstar agar ia dapat direnungkan bersama sebagai satu pengajaran kepada sesiapa jua :

"Sesungguhnya Allah amat gembira dengan orang yang bertaubat dan kegembiraan itu digambarkan melebihi seorang penggembala yang kehilangan unta di padang pasir lalu menemui semula untanya itu.

"Perlu diingat, apabila kita tidak berhubung dengan Allah, maka kehidupan kita juga diibaratkan seperti sebuah kapal terbang yang tiada radar serta terumbang-ambing "

Semoga apa yang diluahkan oleh Awi Rafael ini dapat dijadikan contoh kepada semua dan semoga taubat Awi Rafael diterima olehNYA.Harapan aku agar Awi Rafael lakukan perubahan dalam diri beliau semoga menjadi seorang Insan yang lebih baik dari sebelumnya.

Cheese Cake Secret Recipe Happy Birthday Anje


Cheese Cake Secret Recipe bersempena Sambutan Hari Jadi ke 15 taon adik ipor aku..ehh..salah-salah, rasanya dah terlebih umur sudah..hehe. Semalam Hari Jadi adik ipor aku yang bongsu, jadi kejutan semalam dapat Kek Secret Recipe dari Tunang beliau. Disebabkan sambutan tertutup bersama keluarga nak taknak aku tolonglah perabiskan..hehe.

MAT BIRTHDAY

ABIS RUTIN DIET AKU..HADOIYAII

Sedap jugak Cheese Cake ni tapi Maksima aku boleh makan cuma sepotong jer sebab kalau makan lebih sepotong nampak nau kegelojohan aku nanti.Sempena Hari Jadi Semalam, aku sekeluarga ingin ucapkan Selamat "Belated" Hari Jadi buat adik ipar aku ni  dengan ucapan Semoga Sentiasa Dilindungi OlehNYA dan dimurahkan rezeki tak lupa juga terima kasih kepada bakal Adik ipar aku gak atas kek yang sedap ni.

**Ehem..Ehem..Hari Jadi Saya tak lama lagi..huhu...ada yang nak hantor kek idok..miahahaha

19 June 2012

Nasi Goreng Thai & Air Epal Asam Boi Kusss Semangat


Nasi Goreng Thai & Air Epal Asam Boi dinikmati di Restoran Makanan Cina Muslim iaitu Restoran Mohd Chan Abdullah. Pergi pun sorang-sorang lepas balik dari KL minggu lepas.Kalau ikutkan dah basi dah nie..hehe. Nak gak review makanan ni walaupun simple. Singgah sekadar melepaskan lapar sebab tengahari tak makan.

EPAL ASAM BOI

Pertama kali makan Nasi Goreng Thai dan Minum Epal Asam Boi ni. Digabungkan dengan Telur Mata, Fuhhh..memang tak henggat. Setakat ni antara Nasi Goreng yang boleh tahan rasanya. Harga lingkungan RM7.00 dan Air RM3.50 agak mahal tapi puashati sebab Nasi Banyak dan Sedap. Memang berbaloi.

NASI GORENG THAI & TELUR MATA

Nasi goreng yang ada campuran daun limau purut, udang dan telur memang sedap. Secara keseluruhannya untuk rating aku bagi 3.25/5 . Antara Restoran yang menjadi tempat persinggahan aku sekiranya ada masa terluang. Memang puashati setakat ni dengan hidangan yang disediakan oleh Restoran Mohd Chan Abdullah ni.

Kumpulan Gagak Hitam Dah Tak Ganas


Kumpulan Gagak Hitam Dah Tak Ganas. Tuh dia sedikit cerita semasa zaman remaja dan bujang trang tang-tang. Aku rasa pasti ramai yang memiliki kumpulan tersendiri semasa zaman sekolah. Begitu juga kitaroang (aku dan rakan-rakan)hehe. Saja nak abadikan kat blog ni gambar zaman muda aku bersama rakan-rakan baik semasa di Miri. Al-Maklumlah darah muda. Kitaorang namakan kumpulan kitaorang Gagak Hitam.

ZAM SEPULUK, ZUL PANJAI, ZUL BUYUN, MAN RANI DAN USU ALI

Aku sendiri tak pasti macamana boleh timbul nama ni. Tak salah aku rakan aku si Zul Buyun yang cadangkan sampai melekat nama Kumpulan tersebut. Nama jer nampak macam geng kaki pukul tapi kesemuanya takleh pukul orang pun..hehe. Gambar diambik setelah zaman persekolahan kitaorang tamat. Tuh pun kira sesi lepak-lepak. Ada ker Kumpulan lepak kat taman permainan ditepi laut lepas sembahyang jumaat..hehe.

ZAMAN SLIM MENYELIM..HEHE

Bila kenangkan zaman muda-muda seronok rasanya. Ada lagi satu kumpulan yang aku join yang kitaorang gelar Kumpulan Kampungku. Gambar nanti aku cari. Kumpulan gabungan Pelajar UiTM Cawangan Sarawak yang terdiri dari rakan dari Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Kumpulan yang cukup hebat dimana sehingga sekarang persahabatan masih utuh lagi. Rata-rata rakan-rakan telah berjaya dalam bidang masing-masing.

** Tetiba mood mengimbau zaman dulu-dulu pulak hari nie..adeyy..

18 June 2012

Pelaburan Silver Untung atau Tidak?


Pelaburan Silver Untung atau Tidak? Kebiasaannya itulah persoalan yang selalu bermain diminda. Begitu juga aku. Aku nekad kali ini ingin terus melabur didalam bidang Silver secara perlahan-lahan untuk buat permulaan. Pelaburan ini adalah untuk jangkamasa panjang. Dengan pelaburan permulaan ini sekurang-kurangnya aku memiliki simpanan walaupun sikit. Memang niat untuk disimpan buat masa ini. Kalau ada rezeki lebih akan ditambah lagi.


Buat masa ini sedikit pemahaman aku mengenai Silver untuk dikongsi bersama. Secara puratanya dari segi Ratio perbandingan emas dan perak tak silap aku dalam lingkungan 1:50 (Mungkin lebih) Bermaksud 1 emas bersamaa 50 Silver. Apa yang menariknya kalau dilihat secara positif untuk jangkamasa panjang adalah tidak mustahil ratio secara purata boleh mencecah lebih rendah. Mungkin kalau ada pakar bab emas dan perak boleh tolong jelaskan. Ada kemungkinan tak Ratio 1 : 1?


Bukan apa sebab aku masih baru sangat dalam bidang ini, namun aku yakin ia akan memberi pulangan yang lumayan. Sebagai permulaan 3 Silver Bar seberat 1oz setiap satu telah dimiliki.Sekarang ini ilmu mengenai Pelaburan Silver masih ditahap rendah. Namun aku faham konsep pelaburan Silver ni secara Basic. Apa yang dapat aku katakan ia adalah untuk jangkamasa panjang. Nak tahu lebih lanjut korang cuba baca info mengenai Silver DISINI.

Orang Pertama dalam Malaysia Tahan LRT Macam Tahan Teksi.


Orang Pertama dalam Malaysia Tahan LRT Macam Tahan Teksi. Sah memang rabun kenderaan rasanya MAMAT ni. Memang boleh layan gelak sorang-sorang. Nasib baik aku takde dilokasi kejadian kalo idok confirm aku ambik gambar kasik sensasi dengan gaya tangan beliau melambai-lambai menahan LRT. Haduuu Hayyy..takyah bayangkan, korang baca entri beliau Kat SINI compom secara otomatik terbayang gaya beliau menahan LRT ala menahan Teksi..haha. Nasib baik driver LRT tak brek mengejut..hehe..
Aku ingat sikit hari lagi ada kes orang tertinggal kasut kat depan pintu kapal terbang sebab nak masuk Kapal Terbang teringat nak masuk rumah..hehe. Serius, perkara ini pernah terjadi kepada arwah nenek aku yang naik flight dari Miri ke Kuching. Dulukan guna tangga kalau nak naik flight. Bila dah depan pintu selipar antik ditinggal kat atas tangga. Bila Landing kat Kuching boleh tanya kat Staff Kapal terbang mana pergi Selipar dia..aduhhhaii memang klasik..haha.. Cerita turun temurun buat cucu cucu beliau..hehe

** Apa-apa pun Al-Fatihah disedekahkan buat Arwah Nenek aku..rindulah pulok..huhu

17 June 2012

Pelaburan didalam Silver @ Perak Apa pendapat anda?

Pelaburan didalam Silver @ Perak Apa pendapat anda? Aku rasa perasaan minat dah mula timbul terhadap Silver @ Perak ni. Bukan disebabkan aku pernah memenangi Sekilo Perak semasa EVENT INI tetapi lebih kepada minat ingin tahu lebih perihal Silver ini. Sikit sebanyak ia membuka minda aku untuk mengetahui apa kelebihan melabur didalam Silver ni.


Semakin banyak aku kaji semakin seronok pulak sebab kebanyakkan maklumat yang diberi sememangnya penuh dengan logik. Setakat ini apa yang aku dapat lihat,Pelaburan dalam Silver merupakan pelaburan jangkamasa panjang yang amat menguntungkan.Aku masih lagi cuba memahami lagi bab pelaburan ini jadi nak bercerita panjang aku masih lagi ditahap yang teramat rendah sekali.

Dari pandangan peribadi aku corak perjalanan nilai SILVER ni semakin lama disimpan semakin tinggi nilainya. Untuk pengetahuan semua nilai SILVER sekarang ni berada ditahap yang amat rendah sekali kalau dibandingkan dengan EMAS.Namun aku percaya dan ia tidak mustahil satu hari nanti Nilai SILVER akan sama level dengan EMAS (Berdasarkan rekod secara analytic) dan silap-silap lebih tinggi dari nilai emas.

Nantilah bila aku dah mahir bab SILVER @ PERAK ni, nanti aku ceritakan lebih lanjut sebab bagi aku ia lebih kepada simpanan jangkamasa panjang yang cukup menguntungkan dan elok untuk dikongsikan dengan semua. Kalau ada yang berminat nak melabur dalam SILVER @ PERAK ini secara lebih agresif mungkin boleh cuba mendaftar percuma DISINI.Ada yang dah kenal bab Pelaburan SILVER @ PERAK ni elok jugak kalau dapat berkongsi.

Semak Saman DBKL Secara Online


Semak Saman DBKL Secara Online. Dengan adanya Semakan Secara Online, sesiapa yang kena saman bolehlah menyemak sama ada pemilik kenderaan memiliki saman yang tertunggak atau tidak. Baru-baru ni aku terbaca satu Artikel kat Berita Harian yang melaporkan Lebih sejuta pesalah lalu lintas di ibu negara yang gagal membayar kompaun akan disenaraihitamkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Satu jumlah yang agak besar kalau dilihat dari segi saman yang dikenakan kepada pemilik kenderaan. 


Jadi dengan adanya Sistem Semak Saman DBKL secara online ini dapat membantu sesiapa sahaja yang telah dikompaunkan dan bakal disenaraihitamkan membuat tindakan susulan. Ada juga kedengaran ketidakpuashatian dari pemilik kenderaan mengenai saman yang telah dikeluarkan oleh pihak DBKL terutama mereka yang telah dikenakan Saman Meletak kenderaan pada tempat yang tidak dibenarkan. Masalahnya kemungkinan Saman berterbangan dan hancur dek hujan lebat mungkin menyebabkan pemilik tidak tahu yang mereka kena saman.

Sekadar pandangan peribadi. Mungkin perkara kena saman terutama saman letak kenderaan ini dapat dikaji dan dikurangkan sekiranya pihak berkuasa dapat berbincang dengan operator tempat letak kenderaan agar mengurangkan jumlah kadar bayaran ikut jam tempat letak kenderaan yang agak melampau dan tanpa kawalan disesetengah kawasan tempat letak kenderaan. Hanya kerana inginkan keuntungan semata-mata kesesakan dek kerana kenderaan meletak ditempat yang tidak sepatutnya berleluasa. Untuk menyemak secara ONLINE bolehlah SEMAK DISINI.

Ben Ashaari EGO Sampai Masuk Paper..Fuhhh Hangat


BEN ASHAARI Ego Lelaki Suri Rumah (tajuk atas tuh kasik hangat sikit..hehe). Fuhhh hebakkk. Aku rasa lepas keluar paper ni lagi Ego tahap gaban kot mamat ni..wakakakaka. Hakhuiiyoo mahu kena selegi aku ni karang kalo bro ben jumpa aku..haha.Patutlah aku terbaca kat wall beliau suruh beli Kosmo..jadi demi sokongan sebab aku rasa ada sesuatu yang menarik pada kosmo hari ni, jadi aku belilah senaskah. Kat Kapar dah abis dah Kosmo tinggal senaskah jerr pasal berita hangat ni..hehe

SEBAHAGIAN GAMBAR YANG TERDAPAT DALAM KOSMO

BEN SENIOR Vs BEN JUNIOR (GUA SOKONG BEN Jr..HEHE)

Tabiklah bila dah dapat baca apa yang tersirat tersurat dalam suratkhabar blogger K-POP ehh Ngetop ni. Ada yang cukup menarik untuk direnungkan bersama. Jadi kalau korang nak tahu cepat-cepat pegi 7E, Kedai Mamak Berdekatan dan mana-mana kedai yang jual suratkhabar untuk tahu Al-Kisah Papa Blogger ni. Dijangka Suratkhabar Kosmo bakal habis cepat hari ni..hehe..Antara Qhaliff dan BEN ASHAARI  siapa lagi hebat. Gua Sokong Qhaliff sebab kecik-kecik dah masuk paper berbanding ayah si Qhaliff..hehe

16 June 2012

Ketibaan Raja Petang Tadi Ke rumah Disambut dengan Senyum


Ketibaan Raja Petang Tadi Ke rumah. Tuh dia bukan sebarang Raja, Raja dari Muor lagi..hehe. Fuhhhyohh...Tak lain tak bukan Raja Buah Sudah Mari iaitu Durian Kampung dari Kebun Pak Long kat Muor udah berbuah. Minggu ni ada lagi Minggu depan dah takdok. Jadi tak sempatlah nak merasa kalau balik muor tapi penghantaran khas diterima dah petang tadi dan selamat dah. Ada Balance sikit dibuat Serawa Durian..Fuhhh.


Aku tak makan banyak sebab pantang, pantang jumpa jadi aku makan beberapa ulas jer durian ni..hehe. Dulu memang minat durian ni, sejak umur meningkat belia ni dah kurang sikit bab makan durian ni tapi durian tetap buah faveret. Musim Durian dah mula dan musim jerebu pun dah melanda, jadi pesan aku kepada semua jangan lupa minum air banyak-banyak untuk seimbangkan dengan keadaan sekeliling. Kalo idok berkipas malam hari nanti.

Restoran JM Briani Tesco Setia Alam


Restoran JM Briani Tesco Setia Alam disinggahi. Memang tujuan untuk menikmati Masakan kat Restoran ni. Kebetulan dah lalu, aku ajaklah wife pergi singgah sebab dah lama tak pekena Nasi Briani kat Restoran JM Briani ni. Yelah kalo hari-hari takleh sebab nanti hilang ketak kat badan aku..hehe

NASI BRIANI AYAM DAN DAGING MASAK MERAH

Pilihan Nasi Briani Ayam Masak Merah dan Daging Masak Merah dipesan. Memang antara Favourite kitaorang. Sebenarnya Restoran JM Briani yang utama ni dimiliki oleh Suami kepada member Orang rumah aku dan aku pun kenal dengan suami beliau. Kiranya JM Briani ni business keluarga dan telah dijadikan Francais.

ACAR BUAH TERBAIK

Memang sekali kena pasti nak lagi. Mungkin sesetengah orang ada yang tak serasi tapi bagi aku, resepi yang tak berubah menjadi daya tarikan utama. memang terbaik. Teringat lagi pertama kali melihat ruang dapur Restoran JM Briani kat Seksyen 15 (JM Briani yang mula-mula sekali) Memang terperanjat tengok 12 periuk besar untuk Nasi Briani sahaja.

TAUHU BAKAR

12 Periuk tuh masa sebelum Francais bermula. Kalau dah ada Francais tuh lagilah, aku ingat mahu berganda-ganda. Apa-apa pun mememang terbaik Nasi Briani ni. Tak salah aku dulu untuk dapat Francais JM Briani ni, sekurang-kurangnya kena ada RM500K, sekarang tak tahulah berapa nilai untuk buat Francais.

Ada yang pernah singgah tak JM Briani ni? Harga Fuhhh boleh tahan gak, sebab tuh aku pun jarang-jarang nak singgah. Kalau hari-hari memang boleh koyak juga poket..hehe. Apa-apa pun secara keseluruhan rating untuk Nasi Briani dengan lauk pauk ini, aku tanpa ragu-ragu bagi 3.25/5 untuk Restoran JM Briani Cawangan Tesco Setia Alam ini.

Hilal On Air Tolak Cinta Heda Kerana Gemuk? Biaq Betoi


Hangat niehh Hilal On Air Tolak Cinta Heda Kerana Gemuk? Fuhh tajuk yang bisa bikin ramai gadis yang sewaktu dengan Heda hanggin satu badan. Cerita ni aku terbaca kat SINI hah. Aku 100% tak percaya gosip ni.Hilal yang setahu aku seorang yang tak memilih bila berkawan tak kiralah gemuk ker kurus keding ker, janji berkawan. Nantilah ada hari aku nak ajak Hilal lepak dan interbiu sekali..hehe


Bercintun? Uihhhh..aku dah tengok dah diari dia, lom ada perkataan Cintun lagi sebab dia nak kumpul harta dan duit pastu dia nak belanja rakan-rakan dia makan besar dulu. Bila dah ada awek susahlah nanti kitaorang nak POW dia...hehe..Bila dah agak terkenal ni mesti macam-macam gosip akan timbul. Apa yang aku harapkan semoga Hilal jangan lupa diri dan sentiasa berhati-hati dan diharap beliau dapat jaga diri.

Tak sabaq rasanya nak lepak dengan mamat ni dan pow dia. Sejak beliau takde susah jugak aku nak cari pembantu merangkap kameraman aku..hehe. Apa-apa pun aku doakan beliau terus Suksess Sentiasa. Akhir kata kalau Mamat yang boleh tahan Ensem sikit dari aku ni terbaca entri ni, hati-hati Nooo bila berkata-kata..miahahaha.. Dah Follow lom Blog Hilal? Mehh Kasik Follow Sikit Kat SINI Wokeh..

15 June 2012

Samsung Galaxy SIII Gambaran Terakhir Bersama..


Hari Terakhir Bersama Samsung Galaxy SIII. Rasa sayang sangat, nak hantar balik pun malas rasanya..hehe. Kalo tak hantor ado kena saman ni karang. Untuk kali terakhir dan review secara menyeluruh bakal dibuat dengan cara review tersendiri sebagai pengguna. Saat-saat akhir bersama-sama dengan Samsung Galaxy SIII ini dirakamkan gambar yang bagi aku sebagai salah satu nadi utama Samsung SIII buat tatapan bersama.

TAJUK: SAAT TERAKHIR BERSAMA SAMSUNG GALXY SIII

Banyak lagi kelebihan yang terdapat pada Samsung Galaxy SIII yang akan dikongsikan bersama nanti. Apa yang dapat aku katakan mengenai Samsung Galaxy SIII ini iaitu pandangan sebagai pengguna, sememangnya ia antara Gadget Impian yang ingin dimiliki. Tengoklah kalau ada rezeki lebih ingin dimiliki. Tak cukup rasanya jangkamasa 2 minggu yang diberikan. Kepada yang ingin memilikinya, Memang tak rugi kalau dapat memilikinya.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails