31 May 2012

Astro On The Go Terbaik Dari Astro


Astro On The Go terbaik dari Astro. Satu perkhidmatan inovatif yang pada pendapat peribadi saya bakal mendapat sambutan terutama mereka yang inginkan kemudahan menonton rancangan kegemaran mereka dimana-mana sahaja. Dengan Astro On-The-Go, para pelanggan boleh mendapat akses secara serta merta untuk menonton Saluran TV Astro, acara-acara yang bersiaran secara langsung, Video Atas Permintaan (VOD) dan TV Ulangan (Catch Up TV) menerusi pelbagai peranti Internet dan mudah alih, bermula dengan iPad anda.


Astro On-The-Go menjanjikan pengalaman menonton televisyen yang membolehkan anda membawa dan menikmati rancangan Astro kegemaran anda dari rumah ke telefon pintar, tablet dan juga komputer riba walau di mana sahaja anda berada.Satu kemudahan yang cukup menarik dan yang bestnya untuk Fasa Pertama ini Astro On-The-Go boleh disaksikan secara PERCUMA mulai hari ini hingga 31 Ogos 2012. Terdapat tiga fasa yang bakal diperkenalkan secara berperingkat-peringkat.


Untuk pelancaran komersil Astro On-The-Go yang akan bermula pada 1 September 2012, perkhidmatan ini akan ditawarkan kepada pelanggan Astro B.yond IPTV dan pelanggan yang memiliki lebih daripada satu decoder sahaja. Pada masa yang sama, Astro On-The-Go juga akan diperkembangkan pengunaannya meliputi peranti Android. Pada Fasa ketiga nanti Astro On-The-Go bakal ditawarkan kepada semua pelanggan Astro dan seterusnya kepada mereka yang tidak melanggan Astro menjelang akhir tahun.


Buat permulaan 11 saluran TV kini boleh diperolehi melalui Astro On-The-Go termasuklah saluran CNN, Disney Channel, Disney Junior, One HD, Astro Awani, Astro Xiao Tai Yang, Astro TVIQ, Astro Warna, Astro AEC, Astro Ria Plus, dan Astro Shuang Xing. Walau bagaimanapun, lebih banyak saluran TV akan diperkenalkan tidak lama lagi.Jadi kepada yang berminat dan ingin mengetahui lebih lanjut mengenai Astro On-The-Go ini sila kunjungi laman web www.astro.com.my/onthego.   

** Geram pulak dengan Astro-On-The Go ni..ada yang berkenan?

Senarai Harga Samsung Galaxy SIII


Senarai Harga Samsung Galaxy SIII yang ditawarkan oleh salah sebuah Syarikat Telekomunikasi iaitu MAXIS. Pastinya pelbagai Pakej telah disediakan oleh para Syarikat Telekomunikasi dan saingan nampaknya semakin rancak setelah Samsung Galaxy SIII mula dijual hari ini. Pilihan ditangan anda. Untuk Recommended Retail Price (RRP) adalah RM2,199.


Sempat singgah dikaunter MAXIS petang tadi dan dari maklumat yang diberitahu, bermula hari ini 31hb Mei  sehingga 3hb June 2012, Harga Tawaran Istimewa RM999 telah ditawarkan buat pelanggan yang membeli Samsung Galaxy SIII ini. Dari maklumat melalui laman website pula memang SAH tawaran RM999. Maklumat Senarai Harga yang ditawarkan sepenuhnya boleh layari DISINI.


Diana Danielle dan Farid Kamil Merancang untuk berkahwin


Diana Danielle dan Farid Kamil Merancang untuk berkahwin. Nampaknya trend artis berkahwin sesama artis berterusan nampak gayanya. Dari apa yang terbaca DISINI, Diana Danielle telah menerima sebentuk Cincin Mas putih yang bertahtakan sebutir belian dari Farid Kamil.Namun Cincin tersebut bukanlah cincin sebagai Cincin tanda sama ada untuk Pertunangan mahupun merisik.


Cincin tersebut sebenarnya hadiah ulangtahun hubungan percintaan mereka berdua.Adakah pasangan ini bakal berkahwin tahun ini? Apa yang pasti Diana Danielle dah buat Statement yang mereka berdua sedang menuju kearah tersebut (Berkahwin). Eloklah jugak kalau berkahwin cepat-cepat, sekurang-kurangnya ia dapat mengelakkan terkeluar segala gosip yang kurang enak.

KEKASIH FARID KAMIL DIANA DANIELLE

Mungkinkah perkahwinan mereka ini bakal menjadi Wedding of The Year? Sama-samalah kita nantikan. Bagi aku kedua-dua mereka ini cukup peramah.Gosip mengenai mereka berdua pun takdelah kedengaran sangat. Semoga apa yang dirancangkan akan menjadi kenyataan. Dah lama tak review bab cerita artis ni sejak MAMAT tokey tiang ni asyik kaitkan aku dengan Artis..benyampahhh aku..wakakaka..

** Patutkah aku digosipkan? Tak Patuuutttt.

Hoore! Hoore! Aku Sudirman | Kontest dan Konsert Kenangan Sudirman


48 Hours Sponsored Post, Please Scroll down for latest Entries

Hoore! Hoore! Aku Sudirman. Jangan terperanjat dengan keterampilan saya yang terkini. Ini adalah gara-gara teramat meminati Allahyarham Dato’ Sudirman Haji Arshad , Posing ala-ala Sudirman ini bakal mencetus fenomena. Seniman dan Artis yang serba boleh yang mempunyai pengaruh yang kuat terhadap peminat beliau. Kini sesuatu yang menarik bakal dihidangkan Sempena memperingati 20 tahun pemergian Allahyarham Dato’ Sudirman Haji Arshad. 

CONTOH GAMBAR PENYERTAAN KONTEST

Untuk Pengetahuan semua, Satu Peraduan AKU SUDIRMAN sedang dijalankan. Untuk memenangi hadiah yang ditawarkan adalah cukup mudah. Apa yang perlu anda lakukan adalah, ambil gambar anda sedang beraksi gaya ala-ala Allahyarham Sudirman (Terpulang kepada Kreativiti masing-masing) Contoh seperti gambar diatas dan hantarkan penyertaan DISINI. Itu sahaja yang perlu dilakukan. 


Hadiah-Hadiah yang bakal dimenangi oleh pemenang adalah 10 pemenang akan mendapat tiket backstage, headphone Beats, dan tiket wayang “Hoore! Hoore!”. Amacam? Menarik bukan? Jadi tunggu apa lagi hantarkan penyertaan anda dengan segera. Mana tahu anda bakal menjadi pemenang kontest ini nanti dan bakal membawa pulang hadiah yang cukup menarik ini.

Tak terasa Sudah 20 tahun pemergian Allahyarham Dato' Sudirman Haji Arshad. Satu-satunya Artis yang sampai sekarang tiada gantinya. Pencapaian demi pencapaian dari beliau sememangnya sukar untuk ditandingi. Insan yang cukup Istimewa didalam dunia Industri Seni Malaysia dan selayaknya menerima penghormatan demi penghormatan diatas jasa beliau yang tidak ternilai.


Selain daripada Peraduan AKU SUDIRMAN Sebuah Konsert sempena mengenang jasa beliau sebagai penghibur bakal berlangsung pada 3hb Jun 2012 di Stadium Bola Sepak Cheras, Kuala Lumpur. Konsert ini akan bermula dalam pukul 9.00 malam. Konsert yang bakal dimeriahkan oleh selebriti-selebriti terkenal iaitu antaranya Dato’ Ac Mizal selaku hos, Jaclyn Victor, Misha Omar, Hafiz, Adira, Azlan and the Typewriter, Didie Alias, pelakon Hoore! Hoore! The Musical, Hujan, Ziana Zain, Osbon dan Dato’ Siti Nurhaliza. Maklumat mengenai Konsert ini boleh dilihat DISINI.

Untuk menambahkan kemeriahan Konsert Kenangan Sudirman ini selain Peraduan AKU SUDIRMAN, Satu kontest Khas buat blogger terpilih juga akan diadakan. Bermakna sekarang ni Blog TERATAKARMO telah terpilih untuk turut serta dalam kontest Sempena Konsert Kenangan Sudirman. Kontest yang bakal disertai beserta hadiah yang bakal dimenangi adalah seperti berikut:

Blogger yang hadir pada Konsert Kenangan Sudirman dengan "Follower" Paling Ramai.

  • 1 Digital Kamera Nikon 1V1 dengan 10-30 lens Kit rujuk gambar DISINI . 1 Pass Belakang Pentas untuk berjumpa dengan Para Artis yang membuat persembahan pada Hari Konsert.
  • 10 Tiket Menonton Tayangan Hoore Hoore dipawangam

Jadi Kepada Pembaca  dan “Follower” Blog Teratakarmo, Anda dijemput untuk turut serta didalam TEAM TERATAKARMO untuk menyaksikan Konsert ini secara percuma. Kepada para pembaca dan “Follower” yang ingin turut serta membantu saya merebut hadiah iyang ditawarkan, anda hanya perlu mengenakan pakaian yang ditetapkan iaitu Baju berwarna HITAM. Sekira berminat sila tinggalkan komen dengan tagline “ SAYA TEAM TERATAKARMO” menandakan kehadiran dan sokongan anda.

Jom ramai-ramai turut serta untuk hadir ke Konsert Kenangan Sudirman ini disamping dapat berkumpul (Gathering) dan Berjumpa sesama blogger dan jangan lupa untuk turut serta dalam Peraduan AKU SUDIRMAN yang cukup mudah dengan hadiah yang menarik nanti. Mana tahu ia mungkin rezeki anda.

Spesifikasi Samsung Galaxy SIII | Samsung Galaxy SIII Review

Spesifikasi Samsung Galaxy SIII iaitu Smartphone yang terkini dari Samsung memperlihatkan beberapa perubahan dan peningkatan telah dilakukan. Walaupun masih baru dengan Smartphone jenis ANDROID, saya cukup suka dengan beberapa ciri yang terdapat pada Samsung Galaxy SIII terutama pada Bateri 2100Ah, Quad Core Application Processor berkelajuan 1.4GHz CPU Speed dan Skrin 4.8" HD Super AMOLED.Layan dulu Spesifikasi Samsung Galaxy SIII kredit SAMSUNG.

Network/Bearer and Wireless Connectivity

  • GSM, HSPA+21
  • EDGE / GPRS (850 / 900 / 1,800 / 1,900MHZ)
  • HSPA+21 (850 / 900 / 1,900 / 2,100)
  • WiFi Direct
  • GAP, SSP, HSP, HFP1.5, A2DP, SPP, OPP, PBAP, MAP, AVRCP 1.3, HID
  • NFC available
  • DLNA, MHL 1.0, HDMI 2 support
  • KIES, KIES Air support

SKRIN 4.8" HD SUPER AMOLED

Display

  • HD s AMOLED
  • 16M
  • 4.8"
  • 720 x 1280 (HD)

Memory

  • 16GB

Color

  • Pebble blue
  • Marble White

Services and Applications

  • Samsung Apps available
  • dependent on region
  • Game hub
  • ChatON available
  • ActiveSync available
  • B-to-B Compability : Sybase/Webex/Device encryption/Cisco etc.

OS

  • Android 4.0 (ICS)

BATERI  2100mHA - JANGKA MASA PENGGUNAAN AGAK PANJANG

Battery

  • 2,100mAh
  • Yes
  • Up to 1,300 minutes (2G) / up to 650 minutes (3G)
  • Up to 900 hours (2G) / up to 750 hours (3G)

Chipset

  • Quad Core Application Processor
  • 1.4GHz CPU Speed

Connectors

  • USB2.0
  • 3.5pi 4pole, Stereo
  • MicroSD (upto 64GB)
  • MicroSIM
  • Micro USB available
  • MHL available

Audio and Video

  • MPEG4, H.264, H.263, VC-1. DivX, VP8, WMV7/8, Sorenson Spark, DivX3.11
  • Full HD (1080p) Video Recording & Playback
  • Recording up to 30fps
  • MP3, AMR-NB / WB, AAC / AAC+ / eAAC+, WMA, OGG (Vorbis), FLAC, AC-3, apt-X

Physical Specifications

  • 136.6 x 70.6 x 8.6mm
  • 133g


Camera

  • 8 Megapixels Camera Resolution (Rear)
  • CMOS, 1.9MP
  • LED (1EA)
  • Yes

Sensors

  • Accelerometer, Geo-magnetic,Gyro, RGB Light, Barometer sensor
  • Location
  • Assisted GPS / GLONASS available

Terus terang antara ciri-ciri yang paling saya suka pada Samsung Galaxy SIII ini seperti apa yang telah saya katakan diatas adalah pada Bateri 2,100mAh yang mampu bertahan lama iaitu dengan masa berbual selama 1,300 minit (2G) dan 650 minit (3G). Selain daripada itu kelajuan yang terhasil melalui prosesor Quad Core amat mengagumkan. Paparan pada Skrin 4.8" HD Super Amoled menghasilkan gambar cukup jelas dan tajam. ketiga-tiga ciri ini betul-betul memikat saya. Bagaimana pula anda? Apakah ciri-ciri yang diminati?


PENTING! Gangguan Bekalan Air di Sekitar Selangor dan Kuala Lumpur Bulan Jun


Gangguan Bekalan Air di Sekitar Selangor dan Kuala Lumpur Bulan Jun dikongsi agar para pengguna dapat bersiap sedia lebih awal dengan memborong baldi bersaiz jumbo..boleh gitu..hehe. Saja nak kongsikan maklumat yang dibaca mengenai gangguan bekalan air berikutan penyelenggaraan dan menaik taraf perkhidmatan bekalan bermula 7hb Jun sehingga 12 Jun 2012. Dibawah disenaraikan Kawasan yang terlibat dan tarikh berlaku gangguan.

1.TARIKH/MASA GANGGUAN
7 Jun 2012 (Khamis), 9.00 malam hingga 5.00 pagi keesokan harinya 8 Jun 2012 (Jumaat)
KAWASAN-KAWASAN TERLIBAT
WILAYAH PETALING
Taman Mesra, Petronas Batu 3 Lama dan sekitarnya; Institut Kemahiran Mara; sebahagian Kawasan Perindustrian Glenmarie, Jalan U1/73, U1/74 dan U1/78; Taman Glenmarie Estate; SMS PDRM; Jalan U1/84 – U1/85; TTDI Jaya – Jalan U2/1a sehingga U2/1k; Flat Seri Melewar; Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah; Monfort Boys School dan Petronas TTDI Jaya.

2.TARIKH/MASA GANGGUAN
7 Jun 2012 (Khamis), 3.00 petang hingga 3.00 pagi keesokan harinya 8 Jun 2012 (Jumaat)
KAWASAN-KAWASAN TERLIBAT
WILAYAH KLANG/SHAH ALAM
Taman Petaling; Taman Selatan; Taman Chi Liung; Taman Palm Groove; Flat Perumahan Teluk Gedung Indah A; Rumah Teres Teluk Gedung Indah A; Flat Pandamaran Indah; Kampung Pendamar; Persiaran Raja Muda Musa; Telok Gadong Kecil; Teluk Gedong Besar; Kampung Raja Uda dan sekitarnya; sekitar Jalan Tengku Badar; sekitar Jalan Kastam; sekitar Pandamaran; sekitar Pandamaran Jaya; Hospital Tengku Ampuan Rahimah; Selat Selatan, Sobena Jaya dan sekitarnya; Taman Gembira; Taman Radzi; Taman Kampung Idaman; Jalan Raja Lumu dan sekitarnya; Taman Perindustrian Pandamaran Jaya; sekitar Jalan Uganda; Taman Menara Maju; Jalan Sungai Jati; Jalan Raja Nong; Taman Berembang; sekitar Jalan Seruling 59; Taman Klang Jaya; Taman Desawan; Taman Desa Utama; sekitar Jalan Tun Sambathan; sekitar Jalan Kem; sekitar South Port; Hospital Bersalin Razif dan Perindustrian Pandamaran.

3.TARIKH/MASA GANGGUAN
11 Jun 2012 (Isnin), 8.00 malam hingga 5.00 pagi keesokan harinya 12 Jun 2012 (Selasa)
KAWASAN-KAWASAN TERLIBAT
WILAYAH KUALA LUMPUR
Jalan Tenteram/ Jalan Yaacob Latif; Taman Bukit Ria; Taman Pertama; Taman Desa Aman; Taman Cheras Makmur; Taman Sri Bahtera; Taman Rajawali; Taman Bukit Mewah; Jalan Kuari Bukit A dan sebahagian Kampung Cheras Baru; Kampung Semerah Padi; Kampung Bukit Tangki Air; Hospital Pantai Cheras; Caring Dialysis, Taman Midah; S.H Quality Care Sdn Bhd, Taman Midah; seluruh kawasan Taman Midah dan seluruh kawasan Taman Cheras.

4.TARIKH/MASA GANGGUAN
11 Jun 2012 (Isnin), 9.00 malam hingga 5.00 pagi keesokan harinya 12 Jun 2012 (Selasa)
KAWASAN-KAWASAN TERLIBAT
WILAYAH KUALA LANGAT
Kampung Tembok; Kampung Tembok Darat; Kampung Tembok Pantai; Kampung Baru Tanjung Sepat; Kampung Tanjung Sepat Darat; Kampung Tanjung Sepat Indah; Taman Mutiara; Taman Pelangi; Taman Tanjung; Taman Harmoni; Pekan Tanjung Sepat; Kilang Ais Atlas; Kampung Kundang; Kampung Batu Laut; Kampung Tanjung Layang; Ladang Bedford; Kampung Kundang Pantai; Ladang Batu Untung; Telok Gadong; Kampung Orang Asli Tanjung Sepat; Taman Batu Untung; Taman Gadong; Klinik Tanjung Sepat, Kilang Happy Alliance; Kampung Kanchong Laut; Kampung Endah; Morib; Kampung Tali Air; Tongkah, Kampung Air Tawar; Taman Seri Bayu; Taman Desa Tongkah; Taman Kanchong Laut; Taman Morib Indah; Taman Morib; Taman Seri Desa; Hotel Gold Coast Morib; Hotel Impian Morib; Rumah Peranginan Kerajaan Pantai Morib dan Pantai Morib.

Maklumat Kredit SYABAS

Nampaknya Kawasan sebelah Meru, Kapar takde gangguan. Lega rasanya. Tapi kena jaga-jaga gak dan kena berjimat cermat bila mengguna air.Sumber yang amat penting dalam kehidupan. Diharap dengan maklumat ini sikit sebanyak dapat membantu mereka yang tinggal dikawasan yang bakal mengalami gangguan dan dapat melakukan persedian lebih awal. 


30 May 2012

Samsung Galaxy SIII Bakal Berada Dipasaran Esok (31 Mei 2012)


Samsung Galaxy SIII Bakal Berada Dipasaran Esok (31 Mei 2012) dan ia boleh diperolehi melalui rakan kongsi telekomunikasi Samsung iaitu Celcom, DiGi dan Maxis manakala cawangan Samsung Elite Partner pada Jun. Namun aku cukup bertuah kerana berpeluang menggunakannya malam ini terima kasih kepada NUFFNANG dan SAMSUNG kerana memilih blog teratakarmo untuk  REVIEW Samsung Galaxy SIII.


Aku cukup bertuah kerana diberi peluang untuk REVIEW Samsung Galaxy SIII dan sekaligus antara yang terawal mencuba kecanggihan Samsung Galaxy SIII. REVIEW sepenuh mengenai Samsung Galaxy SIII bakal dikeluarkan sedikit hari lagi. Ia(REVIEW) akan dilakukan berperingkat-peringkat untuk memudahkan pemahaman mengenai Samsung Galaxy SIII.

**Alangkah Cantik sekira ia menjadi Milik kekal..huhu 

Majlis Aqiqah Redbaby @ Zeeshan, Anak Bongsu Redmummy yang putih melepak


Majlis Aqiqah Redbaby @ RB anak bongsu kepada REDMUMMY dihadiri minggu lepas. Boleh terlupa nak snap gambo banyak-banyak..adooiiyaii. Sempatlah bertemu dengan Pu3Mawar , Beautifulnara, Ujang,Sawanila, SHA dan Zarulumbrella. Hampir-hampir salah masuk kenduri rumah orang lain. Nasib baik "Instinct" tajam.


Ok apa-apa hal cerita pasal lauk dulu..hehe..Selera makan agak kurang tapi bila dah pekena rasa macam nak tambah lagi lauk. Tapi disebabkan aku ni kan jenis  Shy , Shy Cat sejak dari dulu lagi maka aku tangguhkan niat lagi pon aku kena jaga badan..kwang..kwang..kwang..hehe.Memang terbaik lauk hari tuh terutama Daging Dendeng. Ayam masak merah pun boleh tahan.



Tang makanan budak-budak pulak, memang layan dengan Candies. Makaroon aper entah macroon?, menjadi pilihan anak-anak aku sampai berebut-rebut. Kalau diketahuan abislah orang bercerita perihal anak-anak aku yang kuat makan manisan nieh.


Tak sempat nak berposing dengan REDMUMMY, cuma orang rumah aku jer sempat. Ada gambor tapi kat REDMUMMY.Mungkin tengah proses meng"Hupdate". Si Redbaby @ Zeeshan putih melepak..uihh..omaknyer letak Foundation ker apa..hehe. Memang cute macam uncle jejai..hehe. Anyway Thanks REDMUMMY sudi jemput kitaorang sekeluarga.

Langkah Terdesak Nak Keluar Rumah


Langkah terdesak nak keluar dari Rumah. Naik tergelak aku dengan anak bongsu aku sorang ni si NAJUMA. Petang jer macam-macam alasan diberi sebab nak keluar rumah nak pegi main. Siap ada surat lagi disertakan. Idea bukan main lagi. Surat Suka eka (Sukaneka) siap ditulis. Bukan tuh jer membebel jer sampai macam-macam ayat terkeluar dari mulut beliau.


Dah boring sebab tak dilayan dengan muka muncung satu kilometer, satu ayat yang menarik perhatian aku dan buat satu keluarga tergelak . Ayat dari Najuma " Takpelah mama, Urusan kitaorang tak penting" Urusan? Adoiiyaiii urusan bagai..Apa yang dimaksudkan dengan Urusan adalah "Nak pergi bermain". Macam-macam taktik beliau nak keluar rumah nak pergi bermain..hehe..

29 May 2012

Kenyataan Tengku Mahkota Johor Mengenai Fitnah Menggunakan Duit Rakyat


Kenyataan Tengku Mahkota Johor mengenai desas-desus yang mengatakan pembelian Plat Nombor WWW 1 menggunakan Wang rakyat. Berikutan berita yang disebarkan satu kenyataan dilaman Tweeter dari Tengku Mahkota Johor , Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim Ismail telah dikeluarkan untuk menerangkan perkara sebenarnya.


Diharap sesiapa yang membuat cerita mengenai perkara ini (menggunakan Wang rakyat) berhati-hati kerana ia bakal mengundang pelbagai isu dengan berita yang disebarkan dan akan menjadi Fitnah kalau terus direka-rekakan demi kepentingan pihak tertentu.Semoga mereka yang membuat Fitnah ini berhenti melontarkan tomahan.

Ketibaan Samsung Galaxy SIII di Malaysia


Ketibaan Samsung Galaxy SIII di Malaysia pastinya dinanti-nantikan oleh para pengemar "Smartphone". Tanggal 25 Mei 2012 Samsung dengan rasminya mengumumkan Samsung Galaxy SIII kini bakal berada dalam pasaran Malaysia. Dengan tagline "Designed for humans and inspired by nature" Generasi ketiga Samsung Galaxy S merupakan Smartphone yang memiliki kecanggihan yang cukup mengagumkan.

MR.KWON JAE HOON, MANAGING DIRECTOR SAMSUNG MALAYSIA

Petikan ucapan dari Mr. Kwon Jae Hoon, Managing Director Samsung Malaysia Electronics Sdn Bhd cukup membuat para pengguna Smartphone tertarik.

“Designed to be both effortlessly smart and intuitively simple, the Samsung GALAXY S III has been created with our human needs and capabilities in mind. What makes me most proud is that it enables one of the most seamless, natural and human-centric mobile experiences, opening up a new horizon that allows you to live a life extraordinary.”

Menurut beliau dengan pengenalan Samsung Galaxy SIII ini, beliau berasa yakin yang ia akan dapat melepasi kejayaan jualan produk Samsung sebelum ini iaitu Samsung Galaxy SII yang telah terjual sebanyak 20 juta unit sejak ia dilancarkan tahun lepas.


Antara Ciri-ciri yang menarik yang terdapat pada Samsung Galaxy SIII ini adalah :

  • Smart Stay - Samsung GALAXY S III recognizes how you are using your phone – reading an e-book or browsing the web for instance – by having the front camera identify your eyes; the phone maintains a bright display for continued viewing pleasure. 

  • S Voice,’ the advanced natural language understanding, the Samsung GALAXY S III listens and responds to your words as well as your motions to offer maximized usability.

  • ‘Smart alert,’ the Samsung GALAXY S III will also save you from trouble by catching any missed messages or calls; your phone will vibrate to notify missed statuses when picked up after being idle.

  • S Beam’ which allows any large files including movie files to be transferred by simply touching another Samsung GALAXY S III phone, even without a Wi-Fi or cellular signal.

  • ‘AllShare Play’, users can be also used to instantly share any forms of files between Samsung GALAXY S III and your tablet, PC, cameras and televisions regardless of the distance between the devices.

  • Weighing at only 133 grams and measuring at only 8.55mm thick.

  • Super AMOLED display that has been enhanced to include HD wider viewing angles on a 4.8 inch display. 

  • 8MP camera and a 1.9MP front camera With the ‘Burst shot’ function that instantly captures twenty continuous shots, and the ‘Best photo’ feature that selects the best of eight photographs.

  • Powered by Android™ 4.0, Ice Cream Sandwich and a 2,100 mAh battery. 


Samsung Galaxy SIII bakal diperolehi di Outlet Samsung Elite Partner seluruh negeri dan juga boleh diperolehi dari "Telco Partner" iaitu Syarikat Komunikasi terkemuka di Malaysia iaitu Celcom, DiGi dan juga Maxis. Untuk Maklumat lanjut mengenai Samsung Galaxy SIII ini anda boleh lawati www.samsung.com/my atau layari Samsung Mobile Malaysia Facebook Page DISINI 

28 May 2012

Pemilik Nombor Plat WWW 1 , WWW 5 dan WWW 15


Pemilik Nombor Plat WWW 1 yang bernilai RM520,000 telah dimiliki oleh Sultan Johor iaitu Sultan Ibrahim Ismail Sultan Iskandar. Selain daripada itu Nombor Plat WWW 5 pula dimiliki oleh Yang Di Pertuan Agong manakala Datuk Seri Liow Tiong Lain menjadi pemilik Nombor Plat WWW 15 nak melihat keputusan dan pemenang bidaan bolehlah pergi terjah Website JPJ DISINI


Fuhh...harga Nombor Plat yang tertinggi buat masa ini dan tak silap aku setakat ini telah memegang rekod Nombor Plat termahal. Sebelum ni Nombor Plat MCA 1 yang memegang Nombor Plat termahal bila dikeluarkan tahun 2010 iaitu RM300,100. Ada rakan yang dapat Nombor Plat WWW ni tak? Menarik gak Nombor Plat WWW ni. Kalau ada duit terlebih tu bolehlah dapat Nombor Plat yang cantik. Aku pulak tunggu Si JEJAI bagi free Nombor Plat JEJ41 kat aku..hehe..

Aku rasa kalau nak minta pendapat pasti ada yang kata membazir jerr..hehe. Bagi aku kalau dah berduit dan minat semuanya bukan penghalang. Orang nak kata apa kerr jawapan yang boleh digunapakai adalah " KO HADO" hahaha. Lepas ni agak-agak Nombor Plat apa yang bakal memecah rekod? Nak Start kumpul duit  RM1 satu hari nak membida ni..hehe..

Maklumat Lanjut DISINI

Sesi Ngeteh Bersama Rakan-rakan blogger LELAKI KACAK


Sesi Ngeteh Bersama Rakan-rakan blogger LELAKI KACAK Sabtu lepas berjalan dengan Lancar. Antara yang hadir pada malam minggu hari tuh adalah Tukang Sponser ASLAM LELAKI KACAK & Bakal ABANG IPAR?, ABANGENSEM, DENAIHATI, ZARULUMBRELLA , Bro MIL, MADAMMONDOQ & BodyGuard dan juga salah seorang pembaca Blog AE.

LOKASI NGETEH

Ada beberapa orang rakan yang tidak dapat menghadiri Majlis pada malam itu antaranya MAMAT NI disebabkan beliau tak jumpa Kunci Mangga sebab pukul 9.00 Kaki dah kena Kunci..miahaha. Namun acara diteruskan juga sebab ramai rakan-rakan dari jauh telah datang untuk turut serta dalam Majlis ini.

AKSI BERGAMBAR, SORANG TENGAH KIRA GELAS & SORANG TENGAH FRUST

Dari jelingan mata, aku boleh nampak MAMAT ni mengigil sambil membuat pengiraan kat handphone beliau bila aku order bergelas-gelas air minuman. MAMAT ni dari jauh aku tengok mata agak kuyu sebab TEMAN MAYA beliau tak datang. Rasanya kalau malam tuh ramai yang datang pasti seronok.

ANTARA YANG HADIR - PICTURE CREDIT MADAMMONDOQ & ZARULUMBRELLA

Seronok bukan apa, macam-macam yang disembang, tips berblogging, tips mengorat awek dan banyak lagi tips. Majlis yang bermula sekitar 10 lebih berakhir dekat pukul 1 pagi rasa-rasanya sebab dek seronok bersembang terutama dengan DENAIHATI yang sudi berkongsi macam-macam TIPS.

HAMPA..TAK DAPAT ORDER TEH AIS (SEBAB SPONSER CUMA YANG PANAS JERR..)

Tak kurang juga cerita mengenai kisah ADA BRAN dari Singing Blogger. Menarik juga apa yang diceritakan. Keseluruhan Majlis Ngeteh bersama rakan-rakan blogger ini banyak faedahnya disamping mengeratkan silaturrahim. Kalau ada rezeki dan ada Sponser, nak gak buat aktiviti ni sekali lagi.

27 May 2012

17 Penonton Cedera Dilanggar Ketika Acara Drag Race Himpunan Jutaan Belia 2012


17 Penonton Cedera Dilanggar ketika Acara Drag Race Himpunan Jutaan Belia 2012 berlangsung. Dari maklumat yang dibaca empat orang (ada maklumat mengatakan dua orang?) telah cedera parah bila sebuah kereta telah merempuh penonton yang menonton perlumbaan kira-kira pukul 12.30 ke 2.00 pagi. Acara yang dianjurkan oleh Kementeria Belia dan Sukan in akhirnya telah dibatalkan termasuk acara untuk motosikal.






Inilah masalahnya bila tahap keselamatan diabaikan. Rasanya perkara ini akan menjadi pengajaran buat pihak-pihak yang berkaitan agar lebih menitik berat soal keselamatan. Rasanya kalau dibuat secara teratur pada tempat yang sesuai rasanya perkara ini tidak akan menimbul masalah kepada para penonton.Apa yang pasti perkara ini bakal dipolitikkan. Untuk melihat maklumat lebih lanjut (Video dan Gambar) Layari DISINI.

Akhirnya Uncle Gedek telah berjaya Menarik Perhatian Protege ini


Akhirnya Uncle Gedek telah berjaya Menarik Perhatian Protege ini. Setelah ditunjukkan gambar beliau dalam ENTRI ini, terus bersemangat beliau suruh aku buat blog. Nak taknak kena ikutkan jugaklah setelah difikirkan nak buat satu blog yang simple tak susah rasanya. Kisah anak aku sorang ni NAJIHAH yang kini memiliki blog Self Portrait gara-gara terpegun dengan wajah Uncle Gedek katanya..hehe..


Entah berapa lama bertahan aku tak pasti. Tapi aku tengok dari cara beliau mengambil gambar dengan kamera Handphone rasa-rasanya aku tak perlu asah bakat, sebab dah ada bakat semulajadi.Cuma sekarang kena latihkan beliau untuk "Insert" Gambar dan menaip kat dalam blog. Idea 100% dari beliau. Sekurang-kurangnya dapat dijadikan pembelajaran agar beliau mampu mengolah ayat sejujur-jujurnya.

** Harap ada yang sudi LIKE FB PAGE beliau dan FOLLOW Blog beliau supaya beliau bersemangat berkarya..hehe

Zed Zaidi Dipilih Sebagai Presiden Baru Seniman bagi penggal 2012/2013


Tahniah kepada Zed Zaidi Setelah dipilih Sebagai Presiden Baru Seniman bagi penggal 2012/2013. Pucuk Pimpinan Muda nampaknya telah berjaya menerajui Seniman yang telah berusia 38 tahun.Diharap beliau dapat menjalankan tugas dengan Profesional tanpa menggunakan Emosi untuk melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan.


Mampukah beliau menjalankan tugas dengan baik? Tunggu dan lihat sahaja kemampuan beliau. Dari pandangan peribadi aku tak salah sekiranya angkatan muda menerajui Persatuan Seniman ini, namun haruslah dilihat kemampuan seseorang itu. Berfikir sebelum berkata sesuatu. Silap kata dan langkah bisa mengundang masalah dikemudian hari.

Dari pengamatan aku, Persatuan Seniman Malaysia mahupun FINAS seolah-olah ada sesuatu dibelakang yang tidak diketahui umum. Contohnya Persatuan Seniman terutamanya seperti dalam kenyataan Datuk Mustapha Maarof didalam berita online :

"Saya rasa sedih apabila semasa mesyuarat berlangsung keadaan menjadi kecoh dengan kejadian saling tuduh menuduh antara ahli dan budaya ini belum pernah terjadi di dalam Seniman."

Apakah yang terjadi sebenarnya? Adakah berlakunya perebutan kuasa dalam Persatuan? Kalau ditanya kenapa aku sibuk nak tahu? Yelah kalau dah dalam berita online memaklumkan berita mengenainya nak gak tahu apakah kejadian sebenarnya berlaku dalam persatuan Seniman? Kalau taknak orang tahu tak payah jemput para media untuk melaporkan mengenainya.

Apa yang diharapkan agar amanah yang telah diberikan janganlah dipolitikkan atau untuk kepentingan diri sendiri dan juga kroni-kroni. Silap sedikit impaknya akan bertambah-tambah. Kepada para media juga seharusnya dapat melaporkan perkara-perkara yang berbangkit tanpa menokok tambah demi keuntungan melariskan jualan suratkhabar mahupun menghangatkan suasana.

Maklumat Lanjut DISINI


26 May 2012

Sesi Ngeteh Bersama Blogger Malam Ni


Sesi Ngeteh bersama blogger-blogger Hebat. Malam ni Insyallah kalau takde aral melintang, besar kemungkinan akan berlangsungnya Sesi Ngeteh bersama-sama rakan blogger hebat anjuran AE dan Main Sponser Tuan ASLAM..hehe. Dijangka ramai jugak blogger yang bakal hadir termasuk Tuan Denaihati.Singing blogger Zarulumbrella juga berkemungkinan akan turut hadir.


Rasanya Majlis ini amat berguna dengan kehadiran blogger-blogger yang hebat. Boleh korek rahsia dari diaorang. Ada yang berminat tak nak hadir? Kalau ada cuba korang ayat sikit AE kat blog beliau DISINI, mungkin peluang untuk turut serta pada malam ini cerah. Kalau yang berdekatan tuh singgah-singgahlah nanti.(Cehh macam aku pulak yang nak belanja..hehe).

Pada pendapat aku Majlis sebegini amat berguna sekali disamping dapat merapatkan hubungan silaturahim sesama blogger. Ia cukup berfaedah sekira dapat dilakukan perbincangan terutama perkara mengenai blogger demi untuk meningkatkan pengetahuan ilmu blogging. Kalau ada rezeki nak gak buat Majlis seperti ini dilain hari. Ada yang nak jadik Main Sponser tak..hehe

Pemenang Kontest Cabutan Bertuah RM200 - Part 2


Pemenang Kontest Cabutan Bertuah RM200 - Part 2 berdasarkan senarai nama DISINI dan dengan ini telah dimenangi oleh 5 Peserta bertuah. Hadiah kemenangan berupa RM10 CASH/TOP kepada para pemenang. Berikut adalah Nama Para Pemenang untuk Cabutan Bertuah RM200 Part 2. Kepada Semua Peserta Terima Kasih menunggu. Nantikan Cabutan FINAL yang bakal di UMUMKAN ikut suka hati empunya Blog..hehe


Tahniah kepada pemenang bernombor 21. Asz Rafalution , 103.Mohd Fande Abdullah Sani , 116.Nik Norfarizam , 62. Hanim Nora , 83.Kamaluddin Abdul Rahman . Para pemenang akan di PM kat Facebook. Sila Email kepada armli03@gmail.com berserta No. Akaun, Nama Penuh dan Pilihan hadiah CASH atau TOPUP (Sertakan Prepaid dari Syarikat mana? Cth : MAXIS, CELCOM, DIGI dsbnya).

Yong Tau Fu R&R Seremban


Gerai Yong Tau Fu R&R Seremban disinggahi semalam. Kebetulan lalu R& R Seremban setelah menjemput anak dari Asrama di Juasseh. Dah lama dah mengidam nak pekena Yong Tau Fu ni, namun tak berkesempatan. Baru semalam sempat merasai Yong Tau Fu ni. Keadaan pelanggan pun tak berapa ramai, jadi mudah untuk membuat pesanan.


Aku membuat Pesanan Yong Tau Fu basah di Gerai Ommi Kalsom Binti Haji Hassan (Ada dua kategori iaitu nak basah atau kering). Kalau basah bermakna Kuah Sup Yong Tau Fu disertakan sekali. Kalau yang kering tak pasti pulak. Mungkin Kosong tanpa kuah,disertakan secara berasingan kuah Yong Tau Fu kut. 


Ok secara keseluruhan boleh tahan. Sup agak tawar bagi citarasa aku yang memang seorang yang "pemasin". Kuah pekat Yong Tau Fu pulak memang sedap. Mungkin lain kali akan dipesan Yong Yau Fu kering pulak. Tak dapat nak bagi rating pasal semalam keadaan diri agak tak sihat. Namun Menu ni harus dicuba sekira singgah di R&R Seremban.

Sekitar Majlis Pelancaran Samsung Galaxy SIII Eksklusif Untuk Media


Sekitar Majlis Pelancaran Samsung Galaxy SIII Eksklusif Untuk Media telah dihadiri Minggu Lepas. Terima Kasih NUFFNANG dan SAMSUNG atas jemputan ini. Memang tak terkata bila melihat kemampuan yang Samsung Galaxy SIII lakukan. Maklumat mengenai Spesifikasi masih belum diterima. Namun aku percaya Samsung Galaxy SIII bakal diterima dengan baik oleh pengemar Smartphone.


Pengacara pada malam itu adalah Pengacara yang cukup terkenal iaitu Wan Zaleha yang telah berjaya menyampaikan maklumat mengenai acara pada malam itu dengan berkesan sekali. Sayang tak sempat nak bergambar..huhu.

DESIGNED FOR HUMANS

Sesuatu yang diluar dugaan bagi aku kerana jangkaan aku, ia hanyalah penambahan beberapa spesifikasi dari Versi terdahulu iaitu Samsung Galaxy SII. Sesuai dengan Tag Line "Designed for Humans". Apa yang nyata aku dah terpikat dengan kemampuan yang dilakukan oleh Samsung galaxy SIII ini.

SEBAHAGIAN DARI CIRI-CIRI SIII

Terdapat banyak ciri-ciri yang menarik yang ada pada Samsung Galaxy SIII.  Memang terpegun seketika semasa mencuba sebahagian daripada fungsi yang terdapat pada Samsung Galaxy SIII ini. Leka dibuatnya..

 NIPIS DENGAN KEMASAN BERWARNA "SILVER" 

 KECANGGIHAN PADA KAMERA 8.0 MEGAPIXEL

 MANTAP DAN JELAS GAMBAR YANG DIAMBIL

SMART SAMSUNG

PAPARAN YANG BESAR 4.8 SUPER AMOLED

Keseluruhan Samsung Galaxy SIII bakal menjadi Wishlist aku tahun ini. Kalau ada rezeki memang teringin memilikinya setelah melihat kemampuan Samsung Galaxy SIII ini. Rasanya tidak keterlaluan sekiranya aku katakan antara Smartphone yang terbaik dihasilkan tahun ini.

25 May 2012

Sekitar Majlis Pelancaran Rancangan Oh My English


Majlis Pelancaran Rancangan Oh My English iaitu sebuah rancangan dari ASTRO yang disiarkan di ASTRO TVIQ telah dihadiri Minggu lepas. Sebuah Rancangan kerjasama antara ASTRO dengan Kementerian Pelajaran Malaysia yang disiarkan setiap hari AHAD disaluran 610 pada pukul 10.00 Pagi.


Majlis Pelancaran yang simbolik telah dilakukan oleh Dato' Sri Abd. Ghafar bin Mahmud (Ketua Pengarah Kementrian Pelajaran Malaysia), Mr. Henry Tan (Ketua Pegawai Operasi, Astro) dan  Ms. Putri Yasmin Megat Zaharuddin (Naib Presiden, Bahagian Remaja dan Kanak-kanak, Astro).


Rancangan yang lebih dikenali dengan singkatan nama OME ini cukup menarik sekali dengan dibarisi oleh pelakon-pelakon yang hebat. Antaranya Pelakon dan Penyanyi terkenal Adibah Noor sebagai pengetua. Pelakon komedi Mr.OS dan Harun Salim Bachik dan juga Zain Saidin yang melakonkan watak sebagai Henry Middleton.


Selain daripada itu Pelakon muda seperti Izara Aishah, Addy Ashraf dan pasangan adik beradik Ahmad Ezzrin Loy dan Nurul Ezlisa Loy juga turut sama membintangi rancangan ini. Pelakon-pelakon lain yang juga berbakat besar adalah Mohd Zhafir Muzani, Kaameshaa Ravindran, Amer Sharrif, Tan Teong Sik dan Muhamad Akhmal Mohd Nazri.


Penampilan Khas daripada artis yang cukup dikenali untuk rancangan OME ini iaitu antaranya Lisa Surihani, Rozita Che Wan dan juga Nabil Raja Lawak. Pasti MAMAT NI suka sebab Rozita Che Wan bakal berlakon dalam rancangan ini.


Keseluruhan rancangan ini pada pendapat saya dapat memberi impak kepada orang ramai terutamanya mereka yang ingin belajar tentang Bahasa English. Disamping berhibur pada masa yang sama ia dapat memberi pengajaran kepada semua. Jadi jangan lupa untuk menonton rancangan Oh My English Setiap Hari Ahad Pukul 10.00 Pagi di Saluran 610 Astro TVIQ.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails