30 April 2012

Tiga Orang Tersenarai Dalam Usaha #BERSIH kan Minda Anda


Tiga Orang Tersenarai didalam Usaha Untuk Bersihkan Minda . Minda seakan-akan beku hari ni. Apa yang ingin ditulis pun aku tak pasti. Jadi sekali lagi teknik tulis apa yang ada dalam minda untuk ENTRI KELAUT menjadi penyelamat. Sekurang-kurangnya ia dapat memberi Idea @ Bahan yang ingin ditulis. Cara ini adalah cara terbaik untuk "release" tension bila idea takde atau rasa kemalasan tahap gaban melanda. Kekadang apa yang ditulis aku sendiri tak berapa pasti..hehe


Tetapi apa yang bestnya, pembaca tetap membaca entri ini walaupun kekadang pada pandangan aku ada yang tak faham..hehe. Inilah cara aku bila idea kelaut. Kekadang bila idea takde yang selalu menjadi mangsa adalah rakan blogger yang rapat, Contohnya si MAT TIANG..hehe. Tak Pun MAT AERON @ Abangensem. Kalau nak bahan MAT BONZ memang takleh silap-silap aku kena bahan..Artis tuhhh..hehe
Banyak drama dah up kat youtube tuuhh..tak caya cuba korang sergah blog beliau..

Kepada yang tengah membaca tuh dan idea korang ketandusan, cer try cer try teknik ni. Insyallah tercipta satu entri nanti. Ia umpama luahan ikhlas dari si penulis. Tetapi sekiranya korang hari-hari dilanda ketandusan idea, saranan aku baik gi check kat klinik. Kut-kut ada yang tak kena..hehe. Bila korang rasa dah cukup korang berhenti dan baca balik entri yang korang taip..TADAAAA..Siaplah satu entri..Apa-apa korang layan jerlah ek entri ni..korang nak komen tah apa-apa pun aku tak kisah..adehh..letih..


Nayati Shamelin Moodliar Hilang


Kisah Nayati Shamelin Moodliar  yang hilang menarik perhatian aku. Tak dapat aku bayangkan bagaimana perasaan kedua ibubapa kanak ini. Kehilangan beliau telah dilaporkan pada Hari Jumaat 27hb April 2012 bila beliau diberitakan telah diculik ketika dalam perjalanan menuju ke Sekolah.


Sebagai tanda sokongan aku sebagai seorang bapa diharap anak ini akan ditemui. Disini aku sertakan juga No Talian untuk dihubungi sekiranya terdapat maklumat mengenai Nayati Shamelin Moodliar ini. Aku harap beliau akan ditemui dan kepada keluarga beliau, banyakkan bersabar dan jangan putus asa.

Hubungi Balai Polis Jalan Travers sekiranya terdapat maklumat mengenai Nayati di 03-22824222 ASP Erwansyah di 019-384-9480. Sesiapa yang ada maklumat mengenai Nayati juga boleh menalipon di Nombor berikut 013-681-6085 atau e-mail findnayati@gmail.com Jom Sebarkan

Malaysia International Fabulous Food 1Malaysia Blog

Usaha Terakhir meraih Undi untuk Malaysia International Fabulous Food 1Malaysia Blog. Kontest yang dianjur oleh Tourism Malaysia. Nak mendapat tempat 1 sehingga 3 agak Sukar, sekarang target kalau boleh bertahan sekurang-kurangnya berada dalam TOP 5. Tarikh tutup pengundian pada 1hb Mei 2012. Diharap ada yang sudi VOTE blog teratakarmo..huhu.



Kontest yang bagi aku sekadar untuk menguji kemampuan dan belajar tentang strategi yang terbaik untuk mempromosikan blog. Banyak perkara yang telah aku pelajari dan aku cukup berterima kasih atas sokongan para pengundi yang sudi mengundi blog ini. Maaf dipinta sekiranya ada yang kurang senang dengan cara aku meraih undi. Sekali lagi diharap sokongan juga dapat diberikan kepada rakan-rakan lain terutama MAMAT BILIS  ni..hehe

29 April 2012

Asam Pedas Ikan Tenggiri Claypot


Asam Pedas Ikan Tenggiri Claypot dinikmati bersama dengan Nasi Putih (dibubuh kicap) dengan telur masin. Inilah menu pilihan ketika menikmati lauk di Medan Selera Tesco Senawang. Sekadar makan dengan Nasi Putih dan telur masin tidak menghalang aku dari menikmati kesedapan hidangan ini


Kuah Asam Pedas yang cukup sedap. Kuah Pekat disertakan kacang bendi memang terbaik setakat ni. Cuma ikan tak berapa fresh tapi oklah. Kalau ikan tenggiri terus dari laut digunakan pastinya terbaik.Harga untuk Menu Asam Pedas Ikan Tenggiri Claypot ini hanyalah RM9.90 beserta Nasi Putih dan Telur Masin.


Dari Segi Rating aku bagi 3.5/5 untuk Asam Pedas Claypot ini. Dimakan masa panas-panas dalam Claypot memang menyelerakan. Mungkin lain kali nak cari menu yang menjadi kebanggaan orang Negori Sembilan lepas ni. Ingat nak suruh MAMAT ni cadangkan kat manalah tempat yang sedap untuk menjamu selera.




Buffered Dan CPC/CPA Earning Bulan April 2012


Buffered dan CPC/CPA Earning pada bulan April 2012 dikemaskinikan. Aku rasa bulan April Buffered Earning agak mengecewakan.Begitu juga dengan Global CPC/CPA Ads yang jauh berbeza berbanding sebelum ni. Bulan yang memberi serba sedikit impak terhadap pendapatan. Namun ia tidak memberi impak sedikit pun terhadap minat aku untuk mengemaskini blog. Mungkin bagi sesetengah blogger yang begitu mengharapkan pendapatan pasti kecewa sekiranya mengalami apa yang dialami blog cap kambing gurun ini.


Namun Alhamdullilah, pendapatan dari Sponsered Posts tetap ada (Thanks NUFFNANG & Advertiser). Sikit sebanyak dapat meng"Cover" Earning aku terutama untuk Buffered dan Campaigns (Segan nak tunjuk sebab takdelah banyak sangat). Sikit ke Banyak ke, ia tetap rezeki yang wajib disyukuri. Aku pasti ada antara blogger yang langsung tak dapat Earning dan ada yang bertahun untuk mendapat Earning. Jadi disini aku ingin berkongsi beberapa Tips mengenai perkara ini dari apa yang pernah aku lalui.

Antaranya, dari apa yang pernah aku lalui, memang pada mulanya aku lebih memberi tumpuan terhadap Earning. Namun setelah difikirkan Objektif untuk aku berblogging untuk apa, maka Earning aku letak dibelakang. Aku berpendapat mungkin satu hari nanti rezeki akan bertambah dengan usaha, belajar dan strategi yang betul boleh menghasilkan sesuatu. Jadi moral of the story jangan mengeluh..belajar..belajar..belajar selagi boleh, InsyAllah akan membuahkan hasil.





Alexa Ranking Terkini Blog Teratakarmo


Alexa Ranking terkini Blog Teratakarmo nampaknya terdapat perubahan yang cukup mengalakkan. Jadi sekarang ni target untuk pastikan Blog Teratakarmo berada dibawah 200k ranking secara global dan dibawah 1k didalam Malaysia. Rasanya target ini Insyallah dapat dicapai.


Sekarang ni ingin belajar untuk memperbaiki Entri. Tengah mencari sesuatu yang lebih spesifik yang dapat dikaitkan dengan blog aku yang tak seberapa ini. Yup "Originality" dicari. Rasanya sikit hari terdapat perubahan pada blog ini agar nampak lebih kemas (iklan, banner dsbnya banyak sangat..huhu).

Jadi disini aku alu-alukan segala cadangan dan pendapat dari semua dalam misi mengemaskinikan blog ini.Apa yang korang rasa-rasa perlu dibuang dari blog ini ker, yang nampak merimaskan ker dan apa-apa jer yang korang rasa perlu. Insyallah segala kritikan terbuka akan aku jadikan pengajaran.


** Sekiranya korang ingin REVIEW blog teratakarmo korang boleh Review kat SINI dan sekiranya nak tahu lebih lanjut tentang Alexa Ranking ini korang boleh baca Entri DISINI dan DISINI.






28 April 2012

Medan Selera Tesco Senawang | Butter Chicken With Rice


Butter Chicken With Rice. Bagi aku ia lebih kepada Makanan Kombinasi Western dan Eastern. Dari penglihatan dan pengamatan, mula-mula aku ingat mungkin rasa biasa jer. Setelah dicuba, baru tahu memang salah apa yang diperkatakan didalam hati. Gabungan telur yang menjadi lapik untuk Butter chiicken with rice ni menambah keenakan Menu ini.


Dari segi persembahan memang nampak agak simple. Cara penyediaan menggunakan plat Sizzling menambahkan kesedapan kerana ia sentiasa panas. Kepekatan kuah "Butter" yang aku rasa seolah-olah ada gabungan sos mushroom memang membuka selera.


Satu lagi menu makanan yang cukup sedap dan harus dicuba sekiranya korang singgah ke Medan Selera di TESCO Senawang nanti. Harga untuk menu ini dibawah RM10. Berbaloi rasanya dengan harga yang ditawarkan. Ini sebenarnya menu yang orang rumah aku makan. Menu Makanan aku? Tungguuu..





Update Bergambar Terkini BERSIH 3.0 Duduk Bantah DiLokasi Kejadian


Update Bergambar terkini BERSIH 3.0 Duduk Bantah kredit kepada Blogger Cucu Tok Selampit disini. Nak tahu perkembangan semasa jangan lupa follow blog beliau. Sabar jerlah Member aku sorang ni..hehe.. sakit mata dek terkena TEARGAS... Terkena dua kali..adooiiyaiii..Dari maklumat yang diterima Line Internet pun Congested. Jadi diaorang nak update blog pun tak boleh..Layanzz


Kepada para peserta, terutama sahabat-sahabat aku dan mana-mana  yang terlibat,hati-hatilah terutama yang membawa anak-anak untuk turut serta. Sama-sama kita nantikan sama ada BERSIH 3.0 ni mencapai matlamat ke tidak. Siapakah yang untung disebalik BERSIH 3.0 ini. Rakyat? Parti? Kerajaan? Pembangkang? Atau korang yang join BERSIH 3.0 ni?

Menarik disini :

1. Post Bersih 3.0 Part 1 - Bukti Bersih Ganas @ PDRMsia

2. Post Bersih 3.0 Part 2 - Kuala Lumpur Yang Kotor Selepas Bersih

3. Post Bersih 3.0 Part 3 - Bukti Video @PDRMsia Melanggar Orang Awam Adalah Fitnah


** Gambar mungkin akan diupdate secepat mungkin bergantung kepada Line Internet yang dikatakan "CONGESTED" Di Lokasi kejadian di Blog CUCU TOk SELAMPIT







Bersih 3.0 Duduk Bantah Dataran Merdeka


Bersih 3.0 Duduk Bantah di Dataran Merdeka. Terus Terang aku bab politik ni memang agak kurang sikit. Sekadar luahan berikutan Kempen "Duduk Bantah Bersih 3.0". Aku rasa ramai juga rakan-rakan aku yang terlibat sekali dalam kempen ini dan ini hak mereka. Apa yang aku ingatkan adalah jaga diri dan kelakuan.Janganlah hendaknya ada yang tercedera semasa kempen berlaku.


Kenapa perlu di Dataran Merdeka? Itu persoalan aku. Adakah kerana tempat tersebut berada dilokasi tengah-tengah Kuala Lumpur dan merupakan tempat tumpuan pelancong? Apa yang pasti sesiapa yang mencari rezeki pasti mengeluh. Silap-silap kalau tak kena gayanya kerugian bakal berlaku dan yang pasti ramai peniaga disekitar kawasan yang terlibat kerugian.


Adakah dengan cara ini dapat menyelesaikan pemasalahan? Berapa banyak belanja yang digunakan untuk kempen "Duduk Bantah Bersih 3.0" ini? (kan elok kalau digunakan untuk membantu mereka yang memerlukan?) Inilah politik. Aku cintakan keamanan. Apa yang diharapkan agar kedua pihak dapat bertolak ansur. Jangan sampai menyeksa diri demi Parti masing-masing.


Semakin lama semakin teruk aku tengok politik di Malaysia ini. Satu soalan yang ingin aku ajukan kepada kedua pihak. Siapakah yang akan untung? Rakyat atau Parti? Alangkah eloknya sekira kedua pihak mengutamakan kepentingan Rakyat dan berbincang secara aman.Mungkin ada rakan yang tidak puas hati apa yang aku perkatakan tapi fikirkanlah kepada generasi kita yang akan datang.


Kalau beginilah gayanya Generasi akan secara tak langsung bakal menggunakan medium yang sama untuk menunjuk ketidakpuasan. Tiada Kesudahan nampak gayanya. Keluarga berpecah belah dek berbeza pendapat tentang parti. Ikatan persahabatan terputus disebabkan ingin menunjuk kehebatan parti masing-masing dan macam-macam lagi. Inilah politik. Politik untuk Rakyat atau Politik untuk Parti?

** Majoriti muka dalam gambar membuat aku sedih...





Gambar Pernikahan Fasha Sandha dan Jejai 27 April 2012


Gambar Pernikahan Fasha Sandha dan Jejai. pastinya menjadi tumpuan. Tahniah kepada Kedua pasangan ini semoga berbahagia hendaknya. Tinggallah Jejai bukan nama sebenar ni berblogging tanpa usikan dari si Mat Tiang..miahaha.Dengan dua kali lafaz akhirnya Fasha dengan ini sah menjadi isteri kepada Jejai.


Pernikahan yang berlangsung di Hotel Crown Plaza Mutiara pada Hari Jumaat 27 hb April 2012 kira-kira pukul 9.45 malam dan pasangan ini telah dinikahkan sendiri oleh bapa kandung Fasha  Hassan Umbichi Moideen dengan mas kahwin RM8,888.88. Diharap lepas ni takdelah gosip-gosip mengenai pasangan ini lagi..huhu.



Mungkin lepas yang gosip tempias pun kena kat aku..adoiiyai. Jadi diharap sesiapa diluar sana kalau nak guna gambar diharap gunakanlah gambar Pasangan ini yang sebenar, Jangan ambik gambar yang telah direka-reka oleh Mat Tiang dulu. Harap Maklum, kang ada yang betul-betul kena saman.






27 April 2012

Fuhh..Candu tuhh Pekena Teh Candu


Pekena Teh Candu. Pertama Kali jumpa air yang memiliki nama yang bagi aku agak kontroversi..hehe. Macam Teh 3 Lapis pun ada tapi yang ni ada 2 Lapis jer iaitu Teh diatas dan dibawah Susu. Setakat ni aku cuma tahu satu tempat yang menghidang teh ini iaitu di Medan Selera Tesco Senawang Negeri Sembilan.


Serius. Terbaik.Aku ingatkan ada rasa kelat Teh tetapi cukup kagum langsung takde. Entahnya Teh Candu ni rasanya macam Campuran Teh dengan Nescafe pun ada. Anak aku kata rasa macam Neslo pun ado. Manis memang manis (abis pantang aku untuk elak minum minuman manis..huhu). Rating 4/5 untuk air ni.


Restoran Alfa Maju | Sup Ayam Mamak


Restoran Alfa Maju dengan Menu Sup Ayam Mamak dinikmati. Pertama kali mencuba menu ini. Memula tak confident gak sama ada boleh masuk ke tidak makanan ni dengan selera aku. Sup Ayam Mamak ini dinikmati bersama dengan Nasi Putih dan tambahan Telur Dadar sebagai menu tambahan.


Ok Honestly aku boleh terima (Macam tak percaya..hehe). Nak katakan terbaik mungkin belum mencapai standard citarasa aku namun keseluruhannya bolehlah dikategori Sedap dan boleh tahan gak. Isi Ayam cukup lembut dan Kuah Sup nampak macam banyak minyak tetapi takde sangat rasa minyak.


Ada yang kata Sup Ayam kat Jalan Doraisammy dulu lagi sedap. Aku pernah rasa sekali Sup Ayam kat dorai, rasanya ok boleh tahan. Dari segi rating aku bagi 3/5 untuk menu Sup Ayam Mamak pada kali ini. Setakat ini Sup kat Sebuah Restoran disekitar Jalan Bukit Bintang adalah terbaik.





Bila Eyriqazz Berentap Dengan Ariffshah Untuk Menjadi Protege Uncle Gedek


Tuh dia Bila Eyriqazz dan Ariffshah Berentap ingin menjadi Protege kepada Self Potrait Blogger yang tak asing lagi iaitu Uncle Gedek. Sebelum Uncle Gedek bagi Syarat kepada Ariffshah eloklah aku bagitahu siap-siap..hehe. Antara Syarat penting untuk menjadi Protege Uncle Gedek, Setiap Protege mesti berambut panjang..hehe


Amacam? Agak-agak korang Bro Ariffshah ni boleh diambik sebagai Protege Uncle Gedek ke idok..hehe. Macam Mat Rock Kapak pun ado aku tengok..hehe. Ni Rock Kapak tangkap leleh punya. Tunggulah nanti, Uncle gedek kena buat audition kat kedua-dua bakal protege ini nanti. Siapa lagi nak jadik Protege Uncle Gedek? (Abangensem tak nak cuba kerr..hehe) Mehh Ambik Gambo Self Potrait..hehe


Takleh lawan Abang Bujang Kembali Lagi ni. Memang nampak iras-iras Uncle Gedek dengan misainyer..fuhhh. Kena bukak satu blog nampaknya Bro Eyriqazz dengan domain Blogbeginsatfifty dot blogspot dot com nampak gayanya..hehe..Jadi siapakah Pilihan anda. Sila Undi antara keduanya. Entri membahan lagi nampaknya..hehe.. Jangan Mareeeee..Peace Yo..


** Kalau Uncle Gedek Susah nak Pilih Sila Lambung Syiling 5sen..hehe





Pengumuman Penutupan Jalan Sementara Dataran Merdeka Dari Hari Jumaat sehingga Ahad


Maklumat Penutupan Jalan Sementara Dataran Merdeka Bermula Ini Hingga Ahad dibaca. Jadi kat sini saja aku nak kongsikan dengan semua kut-kut ada faedahnya. Sekurang-kurangnya korang boleh elak jalan ini. Yelah bolehlah korang cari jalan alternatif. Dahlah har Jumaat Confirm ramai yang terkandas dek penutupan jalan yang diumumkan oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur Tan Sri Ahmad Fuad Ismail .

Penutupan sementara jalan ini kepada orang awam adalah menurut seksyen 65 Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan dikawal di bawah Undang-undang Kecil Kerajaan Tempatan (Dataran Merdeka) (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 1992. Alah ni sebagai langkah berjaga-jaga kut disebabkan DBKL sebelum ini dah menolak permohonan penganjur satu perhimpunan yang mahu mengadakan perhimpunan di Dataran Merdeka Sabtu ini.

Jadi warga kerja sila ambil perhatian kalau tidak mahu terperangkap dalam kesesakan. Diharap segalanya berjalan lancar hendaknya dan tiada perkara yang tidak diingin berlaku.Diharap masing-masing pihak yang telibat dapat bertolak ansur hendaknya. Ada yang turut serta ker perhimpunan ini?  





26 April 2012

Promosi Abang Bujang Kembali Lagi | Jom Mari Berkenalan


Nak promo ni dengan tajuk Abang bujang Kembali Lagi. Tuh dia..kesian aku tengok rakan aku sorang ni. Ke hulu ke hilir bawak diri, makan minum pun tak menentu. Kalau dibuat drama ni sah-sah ramai yang akan menangis umpama menyaksikan cerita bollywood hero terjun bangunan demi menyelamatkan sang kekasih.hehe..atau pun umpama hero kehilangan kekasih yang dikebas oleh Jejai..miahaha

KU SENDIRI LAGI...INGIN BERKENALAN HUBUNGI 013-22299000 MIAHAHA

Aksi Mat Tiang @ Eyriqazz berjaya dirakam. Kredit kepada AMY atas ENTRI ini..hehe. Ikutkan kalau dihayati dengan penuh perasaan memang boleh menangis isteri dan anak tengok. Dari gambar macam mencari sesuatu kat dalam suratkhabar? Tengah cari apa tuh bro? Cari Klub Tiang kerr..wakakaka..Ok kang cerita banyak kelaut pulak tujunya nanti..hehe. Semoga bro tabah dok sorang-sorang kat rumah..hehe

Udang Goreng Tepung Menu Kegemaran


Antara makanan Kegemaran aku adalah Udang Goreng tepung.Pasti dipesan kalau singgah di Restoran atau mana-mana kedai Makanan Seafood dan mana-mana kedai yang menyajikan menu ini. Setakat ni aku belum jumpa lagi Restoran atau Kedai yang menyajikan Udang Goreng Tepung yang terbaik.


Cuma beberapa Restoran sekitar Klang yang bagi aku sedap untuk dicuba iaitu antaranya Restoran Ramai Seafood kat area Batu Belah. Mungkin disebabkan Sos dia kut.Ada sesiapa tahu tak kat mana Udang Goreng Tepung yang sedap boleh dinikmati. Udang saiz sedang besar dan sos sedap dicari..huhu





LinkWithin

Related Posts with Thumbnails