29 February 2012
Selamat Hari Jadi Tahun Lompat 29 Februari
Ucapan Selamat Hari Jadi Tahun Lompat ni aku ucapkan buat Semua yang menyambutkannya hari ini.Hari yang cukup Istimewa kerana sesiapa yang lahir hari ini hanya menyambut pada tarikh 29 Februari setiap empat tahun sekali. Sesuatu yang cukup unik sekali. Ucapan Istimewa buat wife Rosyam Nor yang juga lahir pada tarikh 29 Februari. Happy Birthday RUNIKA.
Ada sesiapa tak yang sambut Hari Jadi hari nie? Sila claim hadiah kat MAMAT nie..hehe. Agak-agak buat sambutan besar-besaran tak? Aku rasa kalau dibuat kenduri kesyukuran pun ok gak ni.Jadi dikesempatan ini, aku ingin mengucapkan sekali lagi Selamat Hari Jadi kepada mereka yang menyambut Hari Jadi pada Tahun ini iaitu Tahun Lompat. Semoga Kalian diberkati dan diLindungi OlehNYA
Aku Nak Menang Ford Ranger 2.2L XLT | The Malaysia Ranger Challenge
Aku nak Menang Ford Ranger 2.2L XLT. Serius memang kalau boleh aku nak menang Kontest The Malaysia Ranger Challenge ni. Roadshow di Sunway Pyramid Blue Concourse diterjah. Dari jauh aku dah nampak Kenderaan Ford Ranger XLT ni dengan warna Biru yang cukup memikat kalbu. Aku dapat sebijik dah tentu senyuman aku lagi menawan dari senyuman MAMAT nie..hehe. Hati dah terpikat dengan rekabentuk yang hebat.
Harap rakan-rakan dapat Vote Entri Kontest aku kat nanti dan tinggalkan jejak kat Komen nanti ek.Kalau ada rezeki dapatlah mencuba kehebatan kenderaan ini. Untuk pengetahuan semua model Ford Ranger 2.2 XLT SERBA BARU akan menjadi milik pemenang. Kalau korang nak turut serta pun boleh. Register kat Website INI. Hantarkan Entri kontest secepat mungkin. Mana tahu rezeki masing-masing. Jom VOTE DAN KOMEN DISINI.
28 February 2012
Single Terbaru "The Bloggerz" Ramalan Ku Lebam Belaka Akan Berada Dipasaran
Album terbaru "Ramalan Ku Lebam Belaka" bakal keluar hasil gabungan Penyanyi Ngetop iaitu Zarul dari Kumpulan Umbrella, Juara JKKK Telok Anson dan Aku sendiri dengan Single terbaru bakal berada dipasaran pada bila-bila masa..hehe. Hadu hayyy. Aku boleh layan gelak sorang-sorang tengah malam bila layan entri dari bro Zarul DISINI.Memang terbaik dan i loike it very much..hehe
Serius kalau ada lagi Event berkaraoke ni, aku nak join gak kalau takde hal. Acara santai antara Blogger dan Penyanyi yang bagi aku cukup sihat kerana dapat mengeratkan Silatulrahim. Mungkin Pengerusi JKKK Telok Anson boleh membuat perancangan deengan mencari Sponser untuk menganjurkan Majlis Berkaraoke sekali lagi dengan Penyanyi ini.Ada yang nak join lagi ke?

Sekitar Event Happy 5th Birthday Bash Party Nuffnang
Happy 5th Birthday Nuffnang. Tak terasa dah besar panjang Nuffnang..hehe. Thanks Nuffnang kerana sejak bersama Nuffnang aku telah mendapat ramai rakan-rakan blogger dan itu cukup berharga bagi aku. Sempat bersama-sama dengan rakan-rakan memeriahkah Majlis Sambutan Harijadi di Neverland. Majlis agak ringkas namun kehadiran rakan-rakan blogger memeriahkan suasana.
Terserempak dengan Blogger Ohsem FAZROL, jadi aku masuk dengan beliau setelah MAMAT ni meninggalkan aku sebab sibuk nak masuk awal nak gi ngorat awek..hehe. Register dan ambik goodies, lepas tu keluar balik letak goodies bag kat dalam kereta sebab malas nak angkut kat dalam.
Upacara dimulakan dengan ucapan dari Boss Nuffnang yang Owesome iaitu Timothy Tiah. Dari ucapan beliau dapat aku bayangkan kisah yang cukup menarik bagaimana permulaan Nuffnang yang asalnya hanyalah sebuah komuniti blogger yang kecil kini menjadi sebuah komuniti yang cukup besar dalam dunia blogging.
Setelah Ucapan selesai, giliran memotong kek telah dilakukan oleh CEO Nuffnang bersama-sama dengan Nuffies.Cukup meriah sekali. Selesai acara memotong kek, pelbagai aktiviti dan persembahan telah berlangsung. Aku akhirnya berjaya mendapat T-Shirt Nuffnang semasa berlangsung salah satu aktiviti.
Tapi apa yang bestnya Grand Aktiviti pada malam itu adalah jalan mengimbangi kotak tisu dan kena buat Catwalk. Diantara enam orang peserta, tiga orang peserta yang layak ke peringkat seterusnya memenangi hadiah yang cukup menarik iaitu berupa Melancong ke sipadan untuk dua orang dan tempat kedua dan ketiga memenangi kamera Digital.
Keseluruhannya aku cukup terhibur kerana dapat bertemu dengan rakan-rakan blogger atas platform blogger dibawah Nuffnang. Kepada Boss Nuffnang & Nuffies, you guys Rocks! Keep up the good job. Harapan aku next event dengan blogger dapat dilakukan dalam skala yang lebih besar sambil menyambut Majlis Harijadi..
27 February 2012
Sesi Karaoke Bersama Zarul Umbrella dan Pemenang Kontest Karaoke
Minggu lepas aku sempat meluangkan masa ber"karok" dengan Para Pemenang Kontest Karaoke yang dianjurkan oleh Madammondoq,Abangensem dan Eyriqazz dimana Zarul Umbrella telah dijemput sebagai tetamu VIP untuk majlis ini. Memang meriah dengan telatah dan gelagat masing-masing mengayakan lontaran suara. Apa yang dapat aku katakan Terbaik dari semua pemenang iaitu Arelan,Zuan dan Diah. Pasangan Duet Juara JKKK Telok Anson si Nurul pun boleh tahan gak suara beliau.
Apa-apa pun Suara Bro Zarul gak yang kebaboom. Suara memang power. Kalau Juara JKKK Telok Anson nyanyi mau terputus tali perut.Cukup bertuah dapat melihat beliau menyanyi. Kelunakan suara beliau telah membuat MAMAT ni termimpi-mimpi. Oh ya tak sangka ABAM NI pun boleh melontarkan suara..hehe.Tak kurang juga dengan RATU KOCOK yang sememangnya handal dengan lagu faveret beliau. Nasib baik laling beliau ada sekali, kalo idok mauk digelek-geleknya kat depan TV besau tuh..hehe
SEBAHAGIAN BLOGGER YANG TURUT HADIR
Keseluruhan Majlis Sesi Karaoke bersama dengan Para Pemenang Kontest Karaoke cukup meriah. Kalo BRO NI sumbangkan suara lagi majlis menjadi meriah. Tapi takpe lain kali suruh beliau hafal satu lagu sebelum masuk karaoke..hehe.Satu lagi sebelum entri ditutup,Kepada peminat Kumpulan Umbrella jangan Lupa dapatkan CD Singles Umbrella terbaru dipasaran. Korang cari jer CD "Rock Berbisa Saari Amri". Dalam tuh ada Singles terkini Kumpulan Umbrella dengan lagu Sayang Bersebab.Apa lagi layan terusss..
AL-Fatihah Buat Arwah Adik Faris Nur Daniel
Al-Fatihah disedekahkan buat Arwah Adik Faris Nur Daniel yang telah meninggalkan kita pagi tadi kira-kira jam 10 lebih di Sime Darby Healthcentre. Terasa agak kecewa tidak dapat melihat raut wajah arwah pada saat akhir namun berkesempatan mengangkat Jenazah Arwah ke dalam Van. Mengalir airmata aku melihat Arwah yang telah dikafankan namun aku redha Allah lebih menyayangi beliau.
Hanya sempat bersembang seketika dengan Ayah Arwah Faris iaitu saudara Sham dan Isteri beliau dan menyampaikan salam dari rakan-rakan.Terus terang agak terkilan juga tidak dapat melawat arwah ketika hayat beliau masih dan terus terang aku dapat merasakan penderitaan si anak kecil ini dan keperitan apa yang ditanggung oleh ibubapa faris. Cukup membuat airmata aku mengalir melihat jasad arwah dibawa pergi dengan Van Jenazah.
SUASANA SEDIH MENYELUBUNGI DIBILIK ICU
Kepada sahabat-sahabat yang telah membantu menderma dan menyebarkan perihal penderitaan adik Faris Nur Daniel ini aku ingin mengucapkan terima kasih tak terhingga. Mengenai pembayaran ke akaun Saudara Sham (Ayah Arwah Faris) ada berlaku sedikit kesilapan teknikal dimana Akaun Bank hanya dapat menerima kemasukkan untuk 15kali transaksi sahaja. Jadi kepada sesiapa yang ingin menderma teruskan niat anda sehingga berjaya kerana ia sedikit sebanyak dapat meringankan beban Kedua Ibubapa Arwah.
SUASANA DI SIME DARBY HEALTHCENTRE
Sesungguhnya kehidupan ini tidak mengenal usia. Bila-bila sahaja apa yang ada disekeliling kita mahupun kita sendiri dijemput menemuiNYA bila sudah tiba masanya. Hanya Doa diiringi Al-Fatihah buat adik Faris Nur Daniel yang mampu dipanjatkan semoga roh beliau dicucuri rahmat.Kepada Keluarga Arwah diharap banyakkan bersabar atas segala ujian dariNYA.Sesungguhnya Allah lebih menyayangi Arwah.
SEMOGA ROHMU DICUCURI RAHMAT- ALFATIHAH
Kepada yang ingin menderma disini aku mengambil inisiatif dengan Usahasama DENAIHATI melancarkan kutip menggunakan Banner Insentif 0.02 Sen (atas persetujuan DENAIHATI setiap Klik Bernilai 50sen akan didermakan) Selama 5 Hari. Kepada yang ingin menderma harap dapat KLIK pada Banner di bawah ini bagi meringankan beban Keluarga Arwah Faris Nur Daniel. Semoga usaha kita diberkati hendaknya. Wassalam.
KLIK PADA BANNER. SETIAP KLIK BERNILAI 50SEN BERMULA 23HB - 27HB FEB 2012
## Kutipan akan ditutup pada 27hb Februari 2012 pada pukul 12.00 Tengahari. Harap Maklum.
## Maklumat dari Saudara MAZIDUL DISINI mengatakan Jumlah Kutip untuk BIL Hospital telah tercapai. Namun atas niat ingin menderma. Kutipan Melalui BANNER akan diteruskan juga sebagai Sedekah dan Sumbangan Ikhlas buat keluarga ARWAH. Insyallah Saya Sendiri akan berjumpa dengan Saudara Shamrulismawi Ismail untuk menyampaikan Sedekah tersebut. Harap Maklum.
Tips Menyanyi Bersama Zarul Umbrella
Klik Disini Tips Menyanyi Bersama Zarul Umbrella telah berjaya diaplikasikan. Namun kali ini aku pun nak berkongsi Tips yang tak seberapa hasil pengamatan aku semasa Bro Zarul Menyanyi. Kedudukan semasa menyanyi perlu betul ketika menyanyi. Kalau tidak semput nafas dibuatnya. Itu jer Tips aku..hehe. Satu Pengalaman yang menarik bila dapat menyaksikan Penyanyi Utama Umbrella Menyanyi secara Live..dia punya tarik boleh terputus tali perut wa cakap lu.Nasib baik Juara JKKK Teluk Anson Idol tak nyanyi lagu ni..Phewww
JUARA TELUK ANSON IDOL DIBERI KATA SEMANGAT OLEH ZARUL UMBRELLA
Ok Aksi diatas jangan sesekali dicuba. Hanya orang tertentu sahaja boleh "menyumbangkan" lagu dengan cara sebegini..wakaka. Aku dah Standby dah nombor talipon Hospital kut apa-apa terjadi kepada MAMAT kat atas nie. Semalam aku rasa Tone dan Pitching sebenar beliau belum ditunjukkan sepenuhnya tapi Tone dan KETINGGIAN Pitching Sebenar aku dah dapat agak dari pandangan mata aku..hehe.Apa-apa pun sedikit Ralat sebab Blogger INI tidak menyanyi disebabkan lagu Faveret bahasa Rusia bertajuk ВАННАЯ ME (sila google translate) tiada dalam simpanan...miahaha
Ok Aksi diatas hanya boleh dilakukan oleh orang tertentu sahaja. Tak jadi masalah sebab Suami kepada Ratu Kocok ni telah membuat persiapan rapi semasa pergi berguru di BALI minggu lepas. Patutlah aku tengok di tarik selamba jer..huhu. Aku rasa kalau MAMAT ni ada, comfirm kedudukan perut secara automatik boleh kempis disebabkan tarikan nafas ke tahap Maksima. Oklah cukup setakat ini beberapa Tips dapat dikongsikan untuk kebaikan bersama. Lain kali tunggu Tips dari Bro Zarul macamana nak kontrol pernafasan ketika menyanyi pulak..hehe..
26 February 2012
Restoran Nasi Ayam Gemas Cawangan Bahau, Negeri Sembilan
Restoran Nasi Ayam Gemas Cawangan BAHAU disinggahi semalam. Kebetulan semalam melawat anak aku kerana sabtu adalah masa "Outing" untuk pelajar-pelajar sekolah anak aku belajar.Tak salah aku ini adalah kali ke 4 setiap minggu aku melawat anak aku. Penat memang penat sampai lengan aku dah macam mandi tepi pantai kena SunBurn dek kerana kepanasan dua tiga minggu ni kat Kuala Pilah. Kena datang gak pasal ada beberapa benda kena settle.
Jadi kali ini buat pertama kalinya aku pergi ke Daerah BAHAU. Dalam hati aku tertanya-tanya, bagaimana BAHAU dapat nama? HOW? Pasti menarik bukan.Pekan BAHAU ni takdelah besar sangat jadi mudah untuk aku memahami jalan sekitar BAHAU. Aku sekadar singgah di sebuah Shopping Complex Kalau tak silap aku iaitu Kiara Square untuk membeli beberapa barangan keperluan anak aku.
Selesai membeli barang dah perasan dah dari awal semasa melalui jalan hadapan Shopping kompleks ternampak Restoran Nasi Ayam Gemas Bahau. Wahh..aku tengok bukan main ramai lagi pelanggan masa aku lalu depan Restoran Nasi Ayam Gemas ni tadi. Apa lagi perut dah menyanyikan lagu "Keroncong Buat Ana" tanpa berlengah pergilah terjah Restoran ini nak tengok macamana rupa Nasi Ayam Gemas BAHAU ni. Orang dah berkurangan tapi aku nampak orang tak putus-putus masuk Restoran ni.
Tu dia, Selain menyediakan makanan utama iaitu Nasi Ayam Gemas, mereka turut menyediakan makanan Ala-Carte. Tapi disebabkan aku datang lima beranak nak senang cerita Menu Set untuk 4 orang Makan yang terdiri daripada Ayam Separuh dan 4 Nasi beserta 5 air minuman dengan pilihan masing-masing menjadi pilihan sebab mudah.Servis untuk makanan sampai kemeja aku bagi Rating 4/5. Memang Pantas, takyah tunggu lama-lama.
Ok kali ini dari segi rasa pulak. Apa yang mampu aku katakan adalah, ia tidak mengecewakan aku. Memang berbaloi dengan Menu Set 4 orang makan bernilai RM22.00 tak termasuk dengan Air Pilihan Masing-masing. Kalau ambik Set untuk 3 orang makan hanyalah bernilai RM16++. Cuma beberapa bahagian yang aku nak komen. Antaranya Sos Kicap soya rasa masin sikit takdelah teramat masin, Cili sedikit pedas untuk kanak-kanak makan, tapi tak kisah janji sedap.
Apa yang uniknya mengenai Nasi Ayam Gemas cawangan BAHAU ini adalah dekorasi pada dinding kedai. Lama aku tenung gambar siapalah yang tergantung. Fuhhh nasib baik tak tercekik tulang ayam bila terpandang pada satu wajah yang bukan aku jer kenali tapi Seluruh Rakyat Malaysia yang mengikuti perkembangan Industri Seni. NEELOFA in Da House. Rupa-rupanya Restoran ini pernah digunakan sebagai Set untuk Filem Drama kalau tak silap aku. Cayalah.
Lastly kesudahan cerita korang boleh lihat pada gambar di atas. Biar gambar yang diambil mengambarkan kesudahan cerita Makan kat Restoran Nasi Ayam BAHAU ni. Terbaik Janggg..hehe. Apa yang pasti bukan Janji tapi Pasti,Restoran Nasi Ayam BAHAU akan disinggahi pada lain kali sebab ia sesuai sekali untuk keluarga aku yang besar ni. Rating keseluruhan aku untuk Restoran ini adalah 4/5. Ada yang pernah cuba Nasi Ayam Gemas di Cawangan lain tak? Apa komen korang?
Restoran Nasi Ayam Gemas BAHAU
10H, Tingkat Bawah, Pusat Perniagaan Kiara,
72100 Bahau
Negeri Sembilan
10H, Tingkat Bawah, Pusat Perniagaan Kiara,
72100 Bahau
Negeri Sembilan
Zamri Bin A.Jalil 013-6207904 / Fauziah Bt Yusoff 017-8854100
Kena balik secepat mungkin semalam sebab RETIS INI suruh aku back up suara dia untuk karaoke dengan ARTIS INI. Sayang TOKEY SHOW tak datang pulok. Update kemudian.

Majlis Perkahwinan Artis Ana Raffali dan Naim 25 .02. 2012
Terlebih dahulu aku ingin ucapkan Tahniah Kepada ANA RAFFALI dan Suami beliau NAIM kerana telah selamat diijabkabulkan semalam. Hanya dengan Sekali lafaz, Sahlah Ana Raffali menjadi Milik Ahmad Aznaim Abdullah.Dengar cerita seramai 500 orang turut Hadir pada Majlis Perkahwinan ini. Sebelum itu Majlis Pertunangan telah dimulakan dulu sebelum berlangsung pernikahan.
Mas Kahwin sebanyak RM11,412 telah diterima oleh Pengantin Perempuan dari pihak lelaki dan pihak perempuan telah menerima tujuh dulang hantaran dan dibalas sembilan dulang. Selamat sudah Masjid dibina dan aku berharap perkahwinan pasangan ini terus kekal sehingga ke akhir hayat mereka. Aku rasa ramai betul Artis Kahwin pada tahun ni.Siapa agak-agaknya artis yang ingin korang menamatkan zaman Bujang tahun ni? Nak tengok gambar lagi korang boleh sergah DISINI
25 February 2012
Siapa Bakal Dapat Gadget Impian Denaihati ? Senarai Peserta Akhir
Siapakah agaknya yang bakal memenangi Kontest Gadget Impian anjuran Denaihati? Geram pulak aku tengok Gadget Impian para peserta ni. Apa yang pasti para peserta akhir seramai 12 orang untuk Kontest Gadget Impian Denaihati bukan calang-calang peserta aku tengok kalau dilihat dari usaha mereka dalam meraih undian tertinggi.Ada yang mencecah ribuan Komen, Like , RT Twitter dan G+ . Gua Respeklah sama semua Peserta.
Hadiah Gadget Impian sememangnya idaman setiap peserta dan usaha mereka sehingga ketitisan peluh keringat terakhir mungkin berbaloi sekiranya menang. Penganjur pula bagi aku telah menganjurkan Kontest yang cukup hebat sekali dan banyak yang dapat dipelajari hasil dari kontest ini (ia bukan hanya kerana hadiah sahaja..). Tahniah buat penganjur @ Denaihati, semoga rezeki melimpah ruah agar infaq dapat diteruskan kepada mereka yang memerlukan.
- http://denaihati.com/iphone-4s-gadget-impian-cikgu-naman
- http://denaihati.com/samsung-galaxy-tab-10-1-gadget-impian-zie-fauzi
- http://denaihati.com/macbook-air-gadget-impian-faizal-fredley
- http://denaihati.com/ipad-2-gadget-impian-hans
- http://denaihati.com/samsung-galaxy-note-gadget-impian-upprofits
- http://denaihati.com/macbook-pro-gadget-impian-affan-ruslan
- http://denaihati.com/samsung-galaxy-tab-10-1
- http://denaihati.com/iphone-4s-gadget-impian-puanbee-com
- http://denaihati.com/nikon-d90-gadget-impian-mj
- http://denaihati.com/iphone-4s-gadget-impian-yanmie
- http://denaihati.com/macbook-pro-gadget-impian-aku-mahu-hidup-bebas
- http://denaihati.com/macbook-air-gadget-impian-ariff-shah
SENARAI PARA PESERTA AKHIR
Agak-agak siapalah yang korang akan pilih untuk menang? Memang boleh pening para juri dibuatnya (entri para peserta hebat-hebat belaka,naik seriau aku tengok..hehe).Kepada Para Peserta Akhir, Selamat Berjaya hendaknya dan kepada yang tidak berjaya jangan putus asa ,Insyallah mesti ada lagi kontest yang bakal dianjurkan oleh Denaihati. Dan apa yang pasti aku mesti join kontest Denaihati(Setakat kacau daun jerlah..hehe)
24 February 2012
Ford Ranger SERBA BARU Untuk Dimenangi
Ford Ranger Serba Baru untuk dimenangi. Jom Serbu RoadShow Ford Ranger di Sunway Pyramid Blue Concourse dari 22 sehingga 26 Febuari 2012. Sesiapa yang berminat nak beli tuh aku dengar ada hadiah Istimewa menanti pembeli yang Pertama sehingga 500.Memang Cantik Hadiah yang ditawarkan iaitu Sebuah Ford Ranger untuk pemenang Kontest The Malaysia Ranger Challenge ni.
HADIAH FORD RANGER (AWEK NI MAMAT NI DAH BOOKED)
Korang tengok sure nak punya. Aku dah masuk dah Kontest The Malaysia Ranger Challenge yang mudah ni. Kalau ada rezeki dapatlah. Buat Pilihan sama ada essay atau video dah tu jer yang perlu korang lakukan dah boleh masuk peraduan ni. Kalau takpun korang tolong tinggalkan komen dan like entri kontest aku DISINI ek.Terima Kasih berbanyak sudi tolong ek.

Gambar Majlis Pernikahan Lisa Surihani dan Yusry
Majlis Pernikahan Lisa Surihani dan Yusry telah berlangsung Semalam. Akhirnya Lisa Surihani telah Selamat diijabkabulkan dengan pasangan beliau yang juga seorang selebriti yang cukup dikenali di dalam Industri Seni. Adakah ini Wedding of The Year 2012? Tahniah kepada pasangan semoga Perkahwinan mereka Kekal Sehingga ke Akhir hayat mereka.
Pasti ada peminat yang meminati lisa Surihani kuciwa..hehe..Takpe Bunga Bukan sekuntum Lisa bukan seorang jer, ada ramai lagi Lisa kat Malaysia. Kat Luar Negara lagi berlambak rasanya..hehe. Gambar Pernikahan Pasangan ini korang boleh serang kat Blog BEAUTIFULNARA. Memang Cun melecun gambar yang diambik. Tahniah sekali lagi kepada kedua mempelai.

Subscribe to:
Posts (Atom)



































