Hari Jumaat Lepas 20.01.2012 aku dan orang rumah aku sempat menghadiri Majlis Potluck bersama Datuk Siti Nurhaliza bersempena dengan Hari Jadi beliau yang lepas. Sitizoner's dan peminat-peminat yang hadir masing-masing membawa juadah untuk dimakan bersama dengan Datuk Siti Nurhaliza.
ROZI SIBUK MENGURUS PERSIAPAN
Orang kuat dibelakang tabir untuk Majlis ini dah tentu SITIZONERS dan juga Kakak Ipar Datuk Siti Nurhaliza, iaitu ROZI. Restoran Resipi Sangdewi milik beliau (ROZI) yang terletak berdekatan dengan GIANT Taman Connaught menjadi tempat rasmi untuk acara Pot Luck ni.
ANTARA JUADAH "POTLUCK" YANG DIBAWA
Aku dan orang rumah sampai dilokasi sebelum Maghrib. Sempat sembahyang di Surau yang telah disediakan. Pertama Kali sampai disini aku rasa macam pergi negeri Afrika pulak. Ramainyerr warga Afrika disini (GIANT) siap bukak kedai lagi. Potluck yang dibawa semakin lama semakin banyak.
KETIBAAN DATUK SITI NURHALIZA
DATUK SITI NURHALIZA DAN KAKAK IPAR ROZI
Datuk Siti sampai agak lewat disebabkan jalan pun jammed hari tuh dan hujan. Masing-masing teruja bila Datuk Siti Nurhaliza sampai. Masing-masing meluru ambik gambar. Siap salam bersalaman dengan peminat, majlis diteruskan dengan acara makan makanan yang telah dibawa tadi.
DATUK SITI NURHALIZA KENA DENDA
Pelbagai aktiviti yang dijalankan pada malam itu termasuk acara peti beracun. Macam-macam gelagat aku tengok peminat Datuk Siti beraksi. Dah memang dirancangkan nak kenakan Datuk Siti Nurhaliza dalam Acara Peti Beracun dan denda yang dikenakan adalah membawa lagu beliau sendiri dengan rentak dangdut.
PELBAGAI KEK DARI PEMINAT DATUK SITI NURHALIZA
Acara diakhiri dengan memotong Kek yang telah dibawa oleh para peminat Datuk Siti Nurhaliza. Aku tengok kek yang ada lebih kurang 5 kesemuanya cukup menarik.Macam-macam design sehinggakan Kek Handbag Channel pun ada. ROZI juga turut Sponser Kek yang bagi aku cukup cantik sekali.
GAMBAR ORANG RUMAH SIAP DITANDATANGAN OLEH DATUK SITI NURHALIZA
Aku agak Majlis berakhir kira-kira dalam pukul 11.00 malam (sebab aku balik awal) setelah Datuk Siti Nurhaliza, menandatangi autograph peminat beliau. Memang best sebab dapat berjumpa dengan Salah Seorang DIVA dalam dunia nyanyian. Harap lain kali dapat bersama dan berkumpul lagi.