Terima Kasih khas ditujukan kepada Shamsidi Shamsudin iaitu Staff @ Restaurant Supervisor Cititel Midvalley kerana berjaya membuktikan masih ada Insan yang memiliki sifat jujur. Ini kerana beliau telah menjalankan tugas dengan jujur sekali. Ini berikutan Handphone Blackberry Torch aku telah tertinggal atas kesilapan aku sendiri semasa Majlis Berbuka di Cititel Hotel baru-baru ini. Aku cuma sedari Hanphone aku tertinggal setelah menghampiri rumah. Jadi aku hanya bertawakal sahaja, mungkin dah perkara nak terjadi, aku redha jerlah.
Bila sampai kat rumah, aku terus call Handset aku dan diangkat oleh Frontdesk yang memaklumkan Handphone aku berada didalam keadaan selamat dan suruh aku Collect kat Frontdesk semalam. Alhamdullilah. Melalui pengalaman aku sekiranya perkara serupa terjadi ditempat lain kebarangkalian barangan yang tertinggal mungkin tak akan ditemui. Nasib baik masih ada Insan yang jujur dan aku cukup hargainya. Terima Kasih tak terhingga kepada Cititel kerana memiliki Staff yang bersikap jujur dan seharusnya menjadi kebanggaan pihak Hotel kerana memiliki Staff yang Jujur.

COMPLIMENT UNTUK BELIAU!!!
ReplyDeletealhamdulillah masih menjadi rezeki jai
ReplyDeletesaya pun pernah sekali kat restoran mamak.. tertinggal hanphone.. seb baik masa pergi balik, dia simpan kat kaunter.. sebenarnya, masih ramai lagi orang yang jujur dalam dunia ni kan.. kt je yang tak nampak
ReplyDeletesemoga kejujuran beliau dibalas oleh Allah SWT dengan sebaiknya.. bukan senang nk jumpa manusia jujur zaman sekarang ni..
ReplyDeleteNasb baik kita paling lambat keluar mlm tue.. Tapi kalau awal.. Tak tahu lagi..
ReplyDeleteKalau staff yg jumpa ok lagi.. Kalau org lain.. Masak...
Apapun, cititel harus berbangga ada stafff cam tue...
Viralkan entri ini!!
ReplyDeletehaha org beriman mcm ngko mmg semua selamat
ReplyDeletelu kena tulis compliment letter kat dia ni bro
ReplyDeleteassalamualaikum Jai...bagus ada pekerja yg baik n jujur mcm tu...:)
ReplyDeleteAlhamdulillah... Semoga beliau pun akan dapat rezeki melimpah ruah...
ReplyDeleteShamsidi member aku tu...aku panggil dia sidi jer...dulu dia pernah dapat rewards sebab jumpa barang berharga,dan dia pulangkan.Kalau bagi compliment letter lagi bagus,benda2 macam ni yg boleh tolong budak2 waiter bila mintak kerja tempat lain nanti.
ReplyDelete