12 July 2012

Sweet Couple Sehati Sejiwa, Sila Baca Sambil Layan Lagu Ayah dan Ibu

Sweet Couple Sehati Sejiwa. Sejuk mata aku bila lihat gambar ni. Pasangan romantis gitu..hehe. Tak terasa dah 43 Tahun Perkahwinan mereka dan Kasih sayang tetap utuh. Ranjau dan duri berjaya diharungi bersama. Bila terbaca kisah Marah Ayah dan Ibu Setakat mana membuat aku terasa sedih. Merekalah yang membesarkan kita dan tidak seharusnya diperlakukan sedemikian rupa. Kepada yang masih marah akan ayah dan ibu tuhh hapuskanlah ego anda. Esok lusa mungkin anda tidak berkesempatan meminta maaf dari keduanya.


Minggu depan orang tua aku dah nak balik ke Sarawak. Yang pasti anak-anak aku pasti akan tercari-cari. Insyallah kalau ada rezeki, Hari Raya ni mungkin balik Sarawak. Inilah antara cabaran aku sebagai orang Sarawak yang bermastautin di Semenanjung Malaysia. Kalau balik naik bas ok gak mungkin sebulan sekali tuh bolehlah balik kampung. Ni kena naik "Belon", Minyak "Belon" naik masaklah kalau nak balik kampung. Meh..meh kepada yang dah lama tak balik kampung tuh dan berjumpa dengan ibubapa, aku sarankan baliklah, mereka merindui kamu..

6 comments:

  1. alahai sweetnya atok dan nenek. hope berbahagia selalu hingga hujung nyawa.

    ReplyDelete
  2. terasa bila ibu bapa berjauhan daripada kita kan?

    ReplyDelete
  3. terbaik n tak ternilai gambar ni bro. terima kasih backlinknya.

    ReplyDelete
  4. sha pun berjauhan dgn parents since mereka berada di melaka.alhamdulillah mampu utk call mereka tiap2 hari without failed.....

    mereka juga tiap2 bulan ada 2-3 kali turun ke kl jika kami tak pulang ke melaka...

    anyway mmoga yg baik2 shj buat ur parents ok

    ReplyDelete
  5. Sayunye entry ni.. Huhuhu
    Smoge pakcik n makcik slmt smpai di srwak nx wik..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails