Bermula dari 28 Julai hingga 13 Ogos Pelanggan Astro B.yond HD akan dapat menikmati liputan Sukan Olimpik 2012 di London dalam bentuk 3D Setiap Hari.Para pelanggan Astro B.yond HD yang melanggani Pakej Sukan Astro akan menikmati lebih 200 jam liputan 3D, termasuk Siaran Langsung serta laporan-laporan hangat sepanjang musim Olimpik ini.
Antara siaran langsung yang akan disiarkan dalam bentuk 3D termasuk Majlis Perasmian Olimpik [Julai 28 (Sabtu) pada 4 pagi] dan Majlis Penutupan Olimpik [Ogos 13 (Isnin) pada 4 pagi], serta acara-acara sukan yang diminati ramai seperti acara olahraga, renang, gimnastik, menyelam dan banyak lagi, yang akan disiarkan dalam bentuk 3D buat kali pertamanya.
Semua pelanggan Astro kini mempunyai pilihan untuk menyaksikan acara gemilang ini melalui ‘SPECIAL TV PASS’ (Pas TV Istimewa) dengan bayaran sekali 50 ringgit, tanpa melanggani pakej Sukan Astro. Dengan ‘SPECIAL TV PASS’, pelanggan Astro boleh mendapat akses secara komprehensif ke acara ini.Para pelanggan Astro boleh melanggani Pakej Sukan Astro atau ‘SPECIAL TV PASS’ (Pas TV Istimewa) melalui perkhidmatan Portal Astro (saluran 200) – sebuah perkhidmatan baru yang kini tersedia di kaca TV anda.
Untuk melanggan Pakej Sukan ASTRO, sila hubungi Astro menerusi talian 1300 82 3838 atau SMS ASTRONo. Akaun Astro#SPORTS ke 32888* (contoh: ASTRO 0812345678#SPORTS). Untuk maklumat lanjut mengenai SPECIAL TV PASS (PAS TV ISTIMEWA ), sila hubungi Astro di 03 9543 9833 (*Caj telekomunikasi biasa akan dikenakan)
Pelanggan Astro turut boleh melayari laman www.astro.com.my/shop untuk melanggani Pakej Sukan Astro.

pergh mantap servis astro ni
ReplyDeletemacam2 ada kan kan
ReplyDeletebest juga tonton sukan olimpik dgn 3D.
ReplyDeleteperghhh makin canggih teknologi astro ni!!
ReplyDeletebest ...sha suka acara renang berirama..hehehehe
ReplyDeletePasti menarik utk mengambil tahu berita,
ReplyDeleteBagaimana 3D dipersembahkan di layar televisyen,
Inikan pula sukan olimpik terbesar di dunia,
Astro memberi kepuasan maksimun kepada pelanggan.