16 July 2012

Siaran Khas Oh My English Buat Peminat. OMG ! Cunnya Gambar Lisa Surihani kali ni


Siaran Khas Oh My English Buat Peminat. OMG ! Cunnya Gambar Lisa Surihani kali ni. Kalau sebelum ni gambar Lisa Surihani Berisi, kali ni Slim banget tuh. Ni nak bagitahu kepada semua peminat siri televisyen yang hangat diperkatakan iaitu Oh My English. Kenapa hangat? 1.5 Juta Penonton telah menonton Oh My English, 85,000 peminat telah Like Facebook Oh My English dan lebih 3.25 juta telah menonton di Youtube dan terus meningkat.


Sebagai penghargaan dan sokongan terhadap Siri Oh My English ini, satu siaran khas pada hujung minggu ni bakal disiarkan, khas buat peminat semua.Pada hujung minggu ini setiap hari dari Julai 20 - 22 (Jumaat – Ahad), pastikan anda menyaksikan Siaran Istimewa ‘Oh My English’, khas untuk peminat setia ‘Oh My English!’  dari pukul 10 pagi hingga pukul 10 malam di Astro TVIQ (saluran 610). Maklumat seperti dibawah khas dari ASTRO TVIQ buat peminat semua.


Sepanjang Siaran Istimewa ‘Oh My English!’ pada hujung minggu ini, peminat-peminat boleh menyaksikan Siaran Maraton Khas ‘Oh My English!’ daripada episod 1 hingga 10 yang akan diacarakan oleh pelakon-pelakon ‘Oh My English!’. Peminat-peminat ‘Oh My English!’  turut boleh menyaksikan klip-klip video pendek dan detik-detik kegemaran mereka (‘Top 10’) seperti yang diundi oleh mereka, bersama dengan Siaran Esklusif “Bloopers” pelakon-pelakon ‘Oh My English!’ 

Bukan itu sahaja!Pastikan anda menonton episod khas ‘Oh My English!’ pada 22 Julai (Ahad) pada pukul 10 pagi dengan pelakon jemputan terkenal tanahair - Lisa Surihani. Dalam episod ini, Lisa Surihani memainkan dirinya sebagai seorang pelakon yang ingin mencari bakat-bakat baru untuk sebuah filem baru dalam bahasa Inggeris. Saksikan gelagat lucu murid-murid Kelas 3M apabila Lisa melawat sekolah mereka untuk mengadakan sesi uji-bakat dalam Bahasa Inggeris.

Selain itu, pastikan anda juga terus melayari laman resmi ‘Oh My English!’ di www.ohmyenglish.com.my untuk keterangan lanjut  mengenai rancangan ini atau mempelajari Bahasa Inggeris menerusi permainan-permainan interaktif seperti Go Go English! dan aktiviti-aktiviti lain seperti Oh My Worksheet. Para peminat juga boleh mengikuti video-video terkini Oh My English! di www.youtube.com/ohmyenglishtv. Sebagai alternatif, penonton juga boleh mengikuti laman Oh  My English di laman sosial facebook di www.facebook.com/ohmyenglish untuk berkongsi pengalaman masing-masing tentang cara-cara memperbaiki Bahasa Inggeris anda.

Jangan ketinggalan untuk menonton Siaran Istimewa ‘Oh My English’ pada hujung minggu ini pada 20 – 22 Julai (Jummat – Ahad) dari pukul 10 pagi – 10 malam, serta penampilan istimewa Lisa Surihani di rancangan ‘Oh My English!’ pada Julai 22, (Ahad) pada pukul 10 pagi di Astro TVIQ (Saluran 610)! Pelanggan Astro juga boleh mengambil kesempatan menonton Siaran Istimewa ‘Oh My English!’ melalui perkhidmatan terbaru Astro On-The-Go di mana jua. Untuk melanggan ASTRO, sila hubungi 1300 82 3838 atau layari  www.astro.com.my 

Jadi kepada semua jangan lupa tonton Oh My English Hujung minggu ni. Pastinya menarik. Bilalah dapat bergambo dengan Lisa Surihani masa beliau tengah tombam ni..hehe

11 comments:

  1. suka dan cantik sangat background hijau florosent tu...heee.

    ReplyDelete
  2. Assalam, memang terbaik lah... tetap cute lagi Lisa nie erk... Oh! My English...

    ReplyDelete
  3. nampak kuruslah pulak si lisa ni...gambar kat bawah nampak bam bam kan jejai

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum Jai...best ni n cute nyer Lisa tu suka tengok...:)

    ReplyDelete
  5. gua da mula layan Oh My English ni sejak minggu lepas..bnyk gak rekod kat Astro tp cuma baru 2 episod je yg sempat layan buat masa ni

    ReplyDelete
  6. anak2 suka betul tengok rancangan ni

    ReplyDelete
  7. adoi.. tak ado astro.. tak dapek nak layan ni..haha.. tapi, lisa surihani tu memang supa dupaa laa... kenapa la dia tak menjadi isteri kepada boni kacak kan?hahaha

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails