03 July 2012

Fakta-Fakta Menarik dikongsi bersama


Fakta-Fakta Menarik dikongsi bersama. Terima Kasih kat adik kesayangan aku NANA (Jangan lupa LIKE Fanpage DJNANA tau..hehe). Menarik gak aku lihat fakta-fakta ni. Sekadar untuk menambahkan ilmu pengetahuan kita. Mungkin berguna untuk semua. Tengah bedek-bedek gak kat adik aku mana beliau dapat info mengenai fakta ni. Jawapan beliau Simple jerr.."Aku kan DJ...."" Ciss tak menolong langsung..hehe

  • Ikan paus kehilangan gigi lebih dari 6000 batang setiap tahun, dan gigi barunya tumbuh dalam waktu 24 jam.

  • Unta mempunyai 3 kelopak mata.

  • Seseorang masih dalam keadaan sedar selama 8 saat setelah dipenggal kepalanya.

  • Sebelum Masehi, Bahasa Inggerisnya adalah B.C (Before Christ). Setelah Masehi adalah A.D (Anno Domini).

  • Di Itali, 17 adalah angka malang. Di Jepun angka yang dianggap malang adalah 4.

  • Mulut menghasilkan 1 liter ludah setiap hari.

  • Kita bernafas kira-kira 23,000 kali setiap hari.

  • Benjamin Franklin anak bongsu dari orangtua bongsu keturunan ke 5 dalam keluarga bongsu.

  • Pengisytiharan Kemerdekaan Amerika ditulis diatas kertas marijuana.

  • Lidah zirafah panjangnya lebih kurang 50 cm.

  • Coklat dapat membunuh anjing kerana ia dapat mempengaruhi jantung dan susunan sarafnya.

  • Kala jengking boleh dibunuh dengan menyiramnya menggunakan cuka. Ia akan marah dan menyengat dirinya sendiri. cubalah..

  • Rupanya di India mempunyai undang-undang hak untuk lembu.


Kalo dapat fakta-fakta menarik ni boleh gak buat segmen Fakta Menarik, tapi nak dapatkan fakta-fakta ni kena banyak buat research gak rasanya kang tersalah fakta boleh jadik auta..hehe. Maklumat ini kalau dimasukkan kat dalam blog rakan blogger Dunia Info dan Tips ok gak nie..hehe

12 comments:

  1. Wah lawaknya. walaupun ialah fakta tapi i rasa luculah!

    ReplyDelete
  2. ok juga Bang, cuma betul harus banyak research dan makan banyak waktu....terima kasih atas backlinknya...

    ReplyDelete
  3. hehehe....menarik juga Bang, terima kasih banyak atas backlinknya...

    ReplyDelete
  4. Siyes interesting gile... hoho

    ReplyDelete
  5. menarik semua fakta ni...AE hensem, auta ke fakta ?? hahahaha

    ReplyDelete
  6. betul tu, berpa perarus je yang kita tau pasal fakta yg bukan auta

    ReplyDelete
  7. bab kala jengking tu agak menarik ler... betul ke dia akan marah dengan diri sendiri?? hurm, mana nak dapat bahan ujikaji ni ye.haha

    ReplyDelete
  8. Thanks sharing fakta yang amat menarik nie.......
    su ada teringat gak tentang lidah zirafah tu.....em.........

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum Jai...menarik2 fakta yg di beritahu itu... kita semua boleh dpt juga menambahkn pengetahuan am..:)

    ReplyDelete
  10. benda nie kalau buat kuiz uji minda bagus nie... hahahahahaha

    ReplyDelete
  11. Ha ha patut la banyak lembu berkeliaran kat India, rupanya ada undang2 khas untuk lembu2 tu rupanya... Good info..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails