Buffet Ramadhan 2012 Terazza Brasserie Grand Dorsett Subang disinggahi. Belum puasa dah ada Buffet Ramadhan. Sebenarnya aku telah mendapat jemputan untuk menikmati Makan Buffet dan membuat review bersempena bulan Ramadhan yang bakal tiba. Untuk pengetahuan semua Buffet Ramadhan di Grand Dorsett Subang ini bakal berlangsung dari 19hb Julai Sehingga 17 Ogos dan Voucher Promosi sebanyak 30% dijual sekarang ini bermula dari 1 Jun sehingga 15 Julai kepada mereka yang berminat.
Pelbagai Juadah disediakan antaranya Rendang Tok, Kari Ikan, Sup Gear Box, Kerabu Mangga, Ayam Percik dan macam-macam lagi. Memang juadah sungguh menyelerakan. Disamping itu persembahan ghazal dari Kumpulan Wak Long bakal mengiringi tetamu yang berbuka puasa disamping cabutan bertuah akan dijalankan dimana pemenang bakal memenangi hadiah berupa voucher makan dan tempat tinggal untuk pemenang bertuah.Maklumat lanjut ada pada bahagian akhir Entri ini. Layan dulu gambar juadah yang sempat diambil.
JUADAH YANG MENYELERAKAN
PELBAGAI PENCUCI MULUT DISEDIAKAN
Akibat gambar yang diambil terlampau banyak, hanya gambar diatas yang dapat dipaparkan. Memang semuanya sedap-sedap belaka. Dengan Kambing Panggang, Sup Gear Box, Lauk Tradisional dan macam-macam lagi membuat sesiapa sahaja pasti ingin menikmati keenakan berbuka di Terazza Brasserie Grand Dorsett Subang. Jadi kepada sesiapa yang teringin menikmati makanan dan berbuka disini berikut adalah harga yang ditawarkan :
- Harga buffet RM100.00++ per person berbuka di Terazza Brasserie dengan tema Selera Bonda.
- Harga buffet RM95.00++ per person berbuka di Melati dengan tema Citarasa Malaysia.
Untuk Maklumat lanjut anda boleh hubungi bahagian Food & Beverage Reservation Department dinombor berikut 03-5031 6060 ext 3032.







walaweh!! sangat2 mengiurkan
ReplyDeleteassalamualaikum Jai...wah menyelerakan lah...:)
ReplyDeleteHurmmm....takpe2x ....nanti aku update gambar KEPALA LUTUT besok.... ngeh3x
ReplyDeletewah untung betul ramadhan belum tiba.. perut semua dah kenyang makan makanan sedap2 ni.. hehehe
ReplyDeletewaaaahhhh... macam best laaah.. nampak sedap pavlova tuh!
ReplyDeletebab Kambing Panggang n Sup Gear Box buat tak boleh tahan
ReplyDeleteMembuka selera tu...
ReplyDeletewah ..da up..aku br dapat email td..malam ni baru up la
ReplyDelete