24 July 2012

Bazaar Ramadhan Meru Klang


Bazaar Ramadhan Meru, Klang disinggahi mencari juadah untuk berbuka. Agak kecewa gak kali ni bazaar kelihatan berubahan dari kedudukan asal dari sebelum ni. Nasib baik pergi bukan hujung minggu, kalau hujung minggu confirm sesak. Rasanya tahun ni kemeriahan di Bazaar Ramadhan Meru agak tak meriah. Kenapa? Aku sendiri tak pasti. Yang cukup dikenali di Bazaar Meru ini adalah Murtabak Meru dan Rojak Pesembur. Selebihnya biasa jer.

KEMERIAHAN AGAK BERKURANGAN TAHUN NI..

Nampaknya lepas ni pergi kat Bazaar Kapar jerlah, sebab takde beza sangat. Teringin gak nak pergi Bazaar Raja Alang kat Kampung Baru. Dah lama sangat tak pergi. Mesti meriah dengan Pelbagai Juadah makanan untuk berbuka kat sana. Tapi bila difikirkan makanan untuk berbuka sekadar untuk memenuhi syarat jer eloklah masak sendiri lagi puas. Masalahnya nak masak tuh ada kemalasan sikit bila time puasa ni..hehe. Yang mana lagi Best, Beli atau Masak sendiri?

13 comments:

  1. Nampak bazaar Ramadan kurang mendapat sambutan.

    ReplyDelete
  2. salam, rase tahun ni x meriah sebab MPK x bagi bukak gerai kat jalan kenangan, xmacam tahun2 lepas..so tahun ni agak kurang siket ramai yg terpaksa pindah kat jalan paip tapak pasar malam...

    ReplyDelete
  3. Pegi bazar rantau panjang plk,mmng best sebab terlalu panjang dan lagi satu sesak dengan orang termasuk kenderaan.senang cite makanan untuk berbuka banyak pilihan dan risiko untuk dilanggar amatlah mudah...hahahahaha....

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum Jai....bestnya kalau pi bazar ramadhan ni bermacam2 kuih-muih,juadah makanan semuanya ada tapi yg x bestnya kalau bersesak2 itu yg rasa nak cpt balik....

    kalau hubby mama dia lebih suka masak makanan kat rumah itu lebih sedap katanya kalau beli mesti ada yg x habis n terbuang begitu saja dah jadi satu pembaziran je kalau beli pun hanya kuih-muih sedikit buat pemanisnya...:)

    ReplyDelete
  5. aku rasa masak sendiri lagi bagus kot..kalau beli kita akan ter membazir sikit,kalau masak boleh kita berpada2 sedikit...

    ReplyDelete
  6. bro... tolong carikan murtabak unta! hehehehe

    ReplyDelete
  7. datang awal org x meriah lagi

    ReplyDelete
  8. Bro... aku rasa kalau ko niaga LONTONG KLANG baru la nampak meriah ....hehehehe

    ReplyDelete
  9. petang ni ingat nak terjah bazar ramadhan la.. nak cari bakal bini..hahaha

    ReplyDelete
  10. tempat baru dan awal ramadhan, orang belum tau dan biasa lagi

    ReplyDelete
  11. Bazar Ramadan byk pilihan makan an..beli yg sedap je..

    ReplyDelete
  12. terpaksa beli sbb asyik tersekat dlm traffic jammed...heheh

    ReplyDelete
  13. Hari tu dah beli mertabak dgn. Rojak tu......tak sesedap mana pun......x lawan kat chow kit road dgn. Jln. Tar.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails