26 July 2012

Bazaar Ramadhan Kapar


Kali ni Bazaar Ramadhan Kapar disinggahi. Suasana diwaktu hari biasa tak berapa ramai sangat pengunjung tapi bila tiba hujung minggu nak parking kereta pun payah. Kebetulan nak ambik anak balik dari sekolah jadi singgahlah sebentar kat Bazaar Ramadhan Kapar ni. Seperti biasa anak aku macam-macam juadah mereka nak. Bila nampak air, nak air bila nampak Nasi Tomato nak juga, nak taknak aku terpaksa kontrol gak takut terbazir pulak nanti.


Yang ketara dan paling digemari anak aku time puasa ni nakkan air. Nak Air Jagunglah, cendollah semua diaorang nak..adeyy. Semalam sekadar beli Nasi Tomato ayam masak merah dan Nasi Kerabu jer. Air pulak beli Air Milo (Padahal au boleh buat kat rumah..)Beli sepeket dengan ais sampai kat rumah aku bancuh lagi..hehe. Entahlah tahun ni selera agak kelaut sikit nak makan. Ada harapan kurus badan macam ni..hehe. Last sekali beli Sup buat sahur (sebab satu gerai ni dia punya sup memang powerrr...)

** Bersempena bulan ramadhan yang mulia ini aku ingin mengajak rakan-rakan sekalian untuk bersama-sama menghulurkan bantuan kepada seorang rakan blogger yang juga seorang ibu tunggal yang memerlukan bantuan sangat. Maklumat dan penderitaan beliau boleh dibaca DISINI. Semoga segala bantuan daripada kita semua sikit sebanyak dapat meringan beban beliau.

12 comments:

  1. Bazar Ramadan, kalau silap 'control' , memang hanyut.. membazir + duit macam air.

    ReplyDelete
    Replies
    1. silap control.. raya ciput aje lah.. kan?

      Delete
  2. apa yang penting kita tidak membazir kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. membazir kan amalan syaitan... =)

      Delete
  3. Buat masa sekarang belum sempat lagi nak ke Pasar Ramadhan. Maybe salah satu hari ni kena pergi round2 lah mana tahu ada something 'special' yang menarik selera.. :D

    ReplyDelete
  4. whoaaa...ade roti john KETAM tue... menarik laaa.... nanti turun la NILAI gua belanja BURGER BAKAR ABANG BURN

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum Jai...betul tu pi bazar ni mmg mengugat keimanan kita rasa semuanya nak dibeli...:)

    ReplyDelete
  6. kalau bawak anak kat bazar ramadhan, kadang2 tak masuk akal boleh habis makan kalau beli ikut kehendak diaorang. insyaAllah kita sama bantu rakan blogger seadanya.

    ReplyDelete
  7. Bazar Ramadhan dimana-mana saja mesti beraneka pilihan rambang mata melihat juadah berbuka...

    ReplyDelete
  8. Bila nak berbuka semua mahu,
    Bila berbuka hanya air didahulu,
    Bila berbelanja di pasar ramandan kena fikir dulu,
    Takut nanti membazir duit kepada yang tak perlu.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails