Ustaz Puji Taubat Awi Rafael mengenai Isu Tatu yang agak sensasi minggu ini. Pelbagai tanggapan Positif dan Negatif yang aku rasa si Awi Rafael terima setelah beliau meluah dan menceritakan hal peribadi beliau semasa zaman muda kat dalam Facebook beliau. Yupp "Nobody Perfect" dan aku cukup bersyukur sekiranya Awi betul-betul telah bertaubat dan diharap ia akan diikuti dengan perubahan dalam diri beliau.
Ini kita berceritakan tentang seorang yang begitu kita kenali. Bagaimana dengan seseorang insan yang biasa dan tidak dikenali? Aku rasa ramai yang telah melakukan kesilapan yang serupa dan diharap mereka-mereka ini juga dapat bertaubat dan berubah. Semoga apa yang telah berlaku atau terjadi dapat dijadikan ikhtibar kepada yang lain agar jangan cepat terpedaya dengan Nafsu.
Aku cukup tertarik dengan petikan kata-kata dari Ustaz Zahazan kat dalam Mstar agar ia dapat direnungkan bersama sebagai satu pengajaran kepada sesiapa jua :
"Sesungguhnya Allah amat gembira dengan orang yang bertaubat dan kegembiraan itu digambarkan melebihi seorang penggembala yang kehilangan unta di padang pasir lalu menemui semula untanya itu.
"Perlu diingat, apabila kita tidak berhubung dengan Allah, maka kehidupan kita juga diibaratkan seperti sebuah kapal terbang yang tiada radar serta terumbang-ambing "
Semoga apa yang diluahkan oleh Awi Rafael ini dapat dijadikan contoh kepada semua dan semoga taubat Awi Rafael diterima olehNYA.Harapan aku agar Awi Rafael lakukan perubahan dalam diri beliau semoga menjadi seorang Insan yang lebih baik dari sebelumnya.

harap taubat nya diterima.. dan jadi panduan kepada kita...
ReplyDeletedgr cerita, nak buang lagi sakit dari nak buat
ReplyDeletealamak ....tak pernah tahu ni ..uuuuiissshh
ReplyDeleteMoga Allah terima taubatnya.. Amin..
ReplyDeleteok la tu..
ReplyDeleteassalamualaikum Jai...alhamdullilah...bagus la dia dah bertaubat n berubah...
ReplyDeleteAkhirnya mengaku juga...
ReplyDeleteApapun, semoga yg tebaik...
Ada artis yg tak nak taubat tu yang payah tu...semoga Awie di jalan yang benar.
ReplyDelete