17 June 2012

Semak Saman DBKL Secara Online


Semak Saman DBKL Secara Online. Dengan adanya Semakan Secara Online, sesiapa yang kena saman bolehlah menyemak sama ada pemilik kenderaan memiliki saman yang tertunggak atau tidak. Baru-baru ni aku terbaca satu Artikel kat Berita Harian yang melaporkan Lebih sejuta pesalah lalu lintas di ibu negara yang gagal membayar kompaun akan disenaraihitamkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Satu jumlah yang agak besar kalau dilihat dari segi saman yang dikenakan kepada pemilik kenderaan. 


Jadi dengan adanya Sistem Semak Saman DBKL secara online ini dapat membantu sesiapa sahaja yang telah dikompaunkan dan bakal disenaraihitamkan membuat tindakan susulan. Ada juga kedengaran ketidakpuashatian dari pemilik kenderaan mengenai saman yang telah dikeluarkan oleh pihak DBKL terutama mereka yang telah dikenakan Saman Meletak kenderaan pada tempat yang tidak dibenarkan. Masalahnya kemungkinan Saman berterbangan dan hancur dek hujan lebat mungkin menyebabkan pemilik tidak tahu yang mereka kena saman.

Sekadar pandangan peribadi. Mungkin perkara kena saman terutama saman letak kenderaan ini dapat dikaji dan dikurangkan sekiranya pihak berkuasa dapat berbincang dengan operator tempat letak kenderaan agar mengurangkan jumlah kadar bayaran ikut jam tempat letak kenderaan yang agak melampau dan tanpa kawalan disesetengah kawasan tempat letak kenderaan. Hanya kerana inginkan keuntungan semata-mata kesesakan dek kerana kenderaan meletak ditempat yang tidak sepatutnya berleluasa. Untuk menyemak secara ONLINE bolehlah SEMAK DISINI.

7 comments:

  1. Btol tu. Patut kaji balik saman parking ni. Harga untuk parking dah la mahal sangat skang ni. Nak parking untuk urusan 10minit takkan nak bayar RM6.

    ReplyDelete
  2. Assalam, banyak juga mereka yang belum bayar saman tu... mereka nie malaskah nak bayar saman... dah tau diri kena saman pandai2lah pergi bayar bah... nanti kena senarai hitam ada pula yang mengamuk... Susah2... inilah dia perangi kita...

    ReplyDelete
  3. Sbt saman je.. Aku dh takut ni... He3

    ReplyDelete
  4. biasanya saman bandaraya, majlis atau pbt memang ramai yg kurang kisah banding saman polis atau jpj, kali ni boleh sangkut kalau ada saman.

    ReplyDelete
  5. saman DBKL selalu kena gak dulu..tapi skrg tak pernah sebab jarang dah turun KL

    ReplyDelete
  6. Saman DBKL nurul x der.. saman MBPJ ade.. huhuhuhu

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails