08 June 2012

Pelik Tapi Benar | Kanak-Kanak Di Sahkan Meninggal Tiba-Tiba Bangun Mintak Air


Pelik Tapi Benar. Kali ni memang Pelik dan benar-benar terjadi. Seorang Kanak-kanak Lelaki yang telah diisytiharkan meninggal dunia bangun meminta air. Kanak-kanak tersebut Kelvin Santos berusia 2 tahun dari Brazil telah disahkan meninggal akibat Kegagalan untuk bernafas akibat pneumonia.


Apa yang menariknya semasa ayah kepada Kelvin Santos iaitu Antonio Santos  berada disisi jasad anak beliau. Beliau sempat memohon agar anak beliau kembali. Selepas 2 jam berikutnya anak beliau duduk didalam keranda sambil berkata "Ayah berikan saya Air". Mereka yang menyaksikan kejadian terperanjat dan ada yang pengsan dan menjerit. Kemudian anak kecil ini baring kembali didalam keranda.

Selepas kejadian tersebut, antonio santos telah membawa anak beliau ke Aberlardo Santos Hospital dan para doktor melakukan ujian dan mengesahkan tiada tanda-tanda yang mengatakan anak beliau hidup. Setelah 20 jam menanti akhirnya Mayat Kelvin Santos disemadikan setelah ditangguh pengebumian beliau. Ayah kelvin percaya anak beliau merupa mangsa kepada kegagalan pihak perubatan dan telah membuat laporan kepada pihak polis.

Beliau berpendapat pihak perubatan tidak melakukan ujian secara betul sambil berkata "‘Dead people don’t just wake up and talk". Kini diberitakan beliau bakal mencari kebenaran tentang apa yang telah terjadi kepada anak beliau.



13 comments:

  1. Pelik juga.. mybe ada berkait dgn medic yg bersikap sambil lewa atau kurng ambil perhatian trhdap pesakit..

    ReplyDelete
  2. Perghhh, seram tu.... Tapi inilah kuasa Allah...

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum...dgn Kuasa dan Kehendak Allah SWT perkara ini berlaku..

    ReplyDelete
  4. td pg ada dengar kat hotFm.. huhu .. scarry tapi...MasyaAllah

    ReplyDelete
  5. uisshh...stetoscope doktor tak berfungsi kot..tapi, kuasa allah

    ReplyDelete
  6. sama ada medic terlepas pandang.. atau ia menunjukkan kekuasaan Allah..

    ReplyDelete
  7. Kuasa Allah..mungkin ada benda yg tak lepas hajat budak tu.

    ReplyDelete
  8. Keajaiban kuasa Allah s.w.t....

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum Jai...pemeriksaan yg kurang baik dr doktor mungkin jadi mcm ni kan...panjang umur budak ni...:)

    ReplyDelete
  10. Sebenarnya ini kisah sedih. Nak mengalir pulak airmata ni

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails