17 June 2012

Pelaburan didalam Silver @ Perak Apa pendapat anda?

Pelaburan didalam Silver @ Perak Apa pendapat anda? Aku rasa perasaan minat dah mula timbul terhadap Silver @ Perak ni. Bukan disebabkan aku pernah memenangi Sekilo Perak semasa EVENT INI tetapi lebih kepada minat ingin tahu lebih perihal Silver ini. Sikit sebanyak ia membuka minda aku untuk mengetahui apa kelebihan melabur didalam Silver ni.


Semakin banyak aku kaji semakin seronok pulak sebab kebanyakkan maklumat yang diberi sememangnya penuh dengan logik. Setakat ini apa yang aku dapat lihat,Pelaburan dalam Silver merupakan pelaburan jangkamasa panjang yang amat menguntungkan.Aku masih lagi cuba memahami lagi bab pelaburan ini jadi nak bercerita panjang aku masih lagi ditahap yang teramat rendah sekali.

Dari pandangan peribadi aku corak perjalanan nilai SILVER ni semakin lama disimpan semakin tinggi nilainya. Untuk pengetahuan semua nilai SILVER sekarang ni berada ditahap yang amat rendah sekali kalau dibandingkan dengan EMAS.Namun aku percaya dan ia tidak mustahil satu hari nanti Nilai SILVER akan sama level dengan EMAS (Berdasarkan rekod secara analytic) dan silap-silap lebih tinggi dari nilai emas.

Nantilah bila aku dah mahir bab SILVER @ PERAK ni, nanti aku ceritakan lebih lanjut sebab bagi aku ia lebih kepada simpanan jangkamasa panjang yang cukup menguntungkan dan elok untuk dikongsikan dengan semua. Kalau ada yang berminat nak melabur dalam SILVER @ PERAK ini secara lebih agresif mungkin boleh cuba mendaftar percuma DISINI.Ada yang dah kenal bab Pelaburan SILVER @ PERAK ni elok jugak kalau dapat berkongsi.

15 comments:

  1. akak terlibat dengan perlaburan emas dah agak lama, ianya bermula dengan keperluan diri sendiri, cuma agak aktif berurus niaga sejak 2 tahun kebelakangan ni....alhamdulillah sangat2 menguntungkan...

    untuk silver akak masih baru, tapi terus mengikuti perkembangan semasa, kerana ianya merupakan simpangan jangka panjang yang sangat2 bagus dari segi nilai....

    ReplyDelete
  2. Emas & perak memang jenis pelaburan jangka masa panjang.. ada modal insyaallah nak juga mencuba pelaburan perak ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada modal.. beli sekilo terussss

      Delete
  3. bagus pelaburan silver ngan emas ni.. tapi kena dalami ilmu dulula..jangan terus beli je..takut untungnya tak banyak mana..

    ReplyDelete
  4. Masih dalam pembelajaran lagi..

    ReplyDelete
  5. mcm bes je..tp xtau pape pon psl silver nie..nnti bro citer lah ye..hehe..

    ReplyDelete
  6. aku bab2 silver ni haram satu benda pun tak tahu..nanti share2 la info

    ReplyDelete
  7. saya pun ada niat nak cuba..

    ReplyDelete
  8. saya nak cuba tapi masih lagi belajar...itu alasan munasabah tak nak mengelak ? hahahaha

    ReplyDelete
  9. saya cuma berpendapat, nak simpan silver atau emas, simpanlah. cuma bila harga naik cairkanlah sebahagiannya untuk digunakan membeli apa-apa asset. ini untuk menggelakkan kita dari dimanipulasi oleh spekulator. harga emas dan perak dikawal oleh dollar. secara tak langsung mereka mengawal harga emas.

    ReplyDelete
  10. tak tahu tapi berminat jugak ..

    ReplyDelete
  11. Dah mula buat kajian tentang pelaburan emas dan perak ni,Insya Allah jika ada rezeki nak cuba ceburi pula

    ReplyDelete
  12. My Hubby dulu berjinak dengan WANG, tapi sekarang beralih kepada pelaburan Emas, memang menguntungkan, modal besar untung pun besar lah :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails