27 June 2012

Kakak Tak Bersalah, Mereka Yang Bersalah


Semalam Tersebutlah Al-kisah anak bongsu aku si NAJUMA. Semasa perhimpunan Cikgu buat pengumuman Siapa pergi sembahyang kat surau masa rehat. Iyer-yerlah si NAJUMA angkat tangan. Aku tengok dari jer jauh. Kedengaran Cikgu berkata siapa pergi sembahyang mereka ni bagus-bagus orangnya. Adalah ramai gak yang angkat tangan dan disuruh beratur disatu bahagian.


Setelah diberi pujian, barulah Cikgu bukak cerita. Siapa yang sembahyang tadi tak kemaskan kain telekung dan sejadah main campak jer. Sudah..aku dah agak dah compom si NAJUMA kena. Dah berucap panjang Cikgu berceramah. Setelah perhimpunan habis, kanak-kanak yang pada satu bahagian terpaksalah ikut cikgu ke surau (aku agak kanak-kanak ni mesti disuruh  kemas surau..)

Balik sekolah aku tanya kat anak aku si NAJUMA. Kakak kena denda yerr...Yerlah, masalahnya bukan kakak yang buat, masalahnya budak-budak yang tak kemaskan telekung dan sejadah, masalahnya kakak dah kemas dah, masalahnya kakak pun kena denda.Tersenyum sorang-sorang dengar luahan anak aku sorang ni,banyak nau masalahnya..hehe..

Bila fikirkan balik ada gak betulnya. Mungkin si NAJUMA tak bersalah tapi terpaksa tanggung kesalahan orang lain. Alahai, sabar jerlah. Satu lagi cara Cikgu handle perkara ni pun tak kena rasanya. Yelah memula baik punya puji lepas tuh kenakan budak yang dipuji. Aku risau dari usia muda dah diajar cara sebegini tak mustahil memberi impak negatif.

Tapi perkara ni kecik jer, jadi nasihat aku kat NAJUMA kalau rasa tak bersalah bagitahu cikgu. Masalahnya kakak dah bagi tahu cikgu, masalahnya cikgu taknak dengar..adoiiyaiii masalah jugak ni..Aku nak bagi nasihat pun susah. Sebagai jalan terakhir nasihat aku kat NAJUMA, banyakkan bersabar walaupun kakak tak bersalah..last-last kena Pow Air Sebotol..cehh.. 

13 comments:

  1. hihihi...banyak betul masalahnya.. :)

    ReplyDelete
  2. Tengok muka pun dah tahu jujur dan tak bersalah tu :)

    ReplyDelete
  3. Bagus juga trick cikgu tu.. mula2 puji.. dah tu kasi denda.. tapi kesian yang jadi mangsa keadaan.. sabor jelah ye NAJUMA

    ReplyDelete
  4. Last sekali kena pau! Ha ha..
    Tapi cara cikgu mula2 tue rasa cam kurang skit la..

    ReplyDelete
  5. Dari kecik cikgu dah ajar sifat memerli. Sepatutnya cikgu direct je terus kepada apa yang hendak di cakap..

    ReplyDelete
  6. Asam garam zaman sekolah kan.... budak yang bersalah tu mesti suka sebab member lain pun kena.... adessss

    ReplyDelete
  7. MAsalahnya...cikgu ni tegur tak kena..masalahnya nanti buat budak tak bermotivasi...

    just straight to the pointkan. masalahnya nanti ramai budak tak nak buat benda baik

    ReplyDelete
  8. sian juma. kene tanggung salah org lain

    ReplyDelete
  9. saper cikgu tu?? meh sini aku jumpa dia..

    ReplyDelete
  10. siapa yg bersalah sebenarnya ni..bhhahaha

    ReplyDelete
  11. kesian nojuma, demoralize budak2 kalau cikgu buat macam tu.

    ReplyDelete
  12. assalamualaikum Jai...ni lah org tua2 ckp kerana nila setitik rosak susu sebelangakan...kesian nyer...:)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails