Join Team Teratakarmo Untuk Konsert Kenangan Sudirman Kat Stadium Cheras. Seperti mana didalam ENTRI INI , disini aku ingin mengajak seramai mungkin para Follower dan juga pembaca blog teratakarmo untuk turut serta dalam Team Teratakarmo. Kalau ada sesiapa yang pergi kat sana nanti dan terserempak korang pun boleh Join Sekali. Kalau sesiapa yang bekerja kat Stadium ker atau yang berdekatan dengan Stadium ker pun boleh Join.
Sekadar memeriahkan suasana kat konsert nanti dan juga ada pertandingan yang bakal aku harungi nanti dimana Blogger yang berjaya membawa follower teramai bakal memenangi hadiah (Maklumat hadiah kat bawah). Terus Terang untuk kontest ini, agak sukar aku menangi kerana Saingan bukan calang-calang.Redmummy, Budiey, Ceeramon dan ramai lagi Top Blogger berentap sekali nanti..huhu (lemah terus bila sebut nama diaorang).
Jadi harapan untuk memenangi hadiah aku tak nampak. Sekadar mengajak sesiapa yang FREE untuk menyaksikan konsert Kenangan Sudirman yang bakal menyaksikan ramai artis yang bakal membuat persembahan dan juga sekurang-kurangnya aku dapat berkenalan dengan Follower blog Cap Kambing gurun ini. Kepada yang nak hadirkan diri tuh, cuma satu aku pinta, pakai BAJU HITAM..huhu.. ado idok? Takde takpe..
Jadi jangan lupa dan aku ucapkan ribuan terima kasih sekiranya korang sudi Support Team Teratakarmo pada Hari dan Tarikh yang disebutkan kat bawah. Kalau ada yang nak pergi korang email aku kat armli03@gmail.com ek nanti aku bagi kontek nombor aku. Aku akan hadir bersama-sama dengan MEM dan Anak-anak aku sebab Datuk Siti Nurhaliza pun ado (Peminat Tegar TokTi)..
HARI DAN TARIKH : AHAD , 3HB JUN 2012
MASA DAN TEMPAT BERKUMPUL : 7.30 mlm , STADIUM CHERAS, GATE C
KONSERT BERMULA PUKUL 9.00 mlm
HADIAH-HADIAH YANG DIPERTANDINGKAN
- 1 Digital Kamera Nikon 1V1 dengan 10-30 lens Kit . 1 Pass Belakang Pentas untuk berjumpa dengan Para Artis yang membuat persembahan pada Hari Konsert.
- 10 Tiket Menonton Tayangan Hoore Hoore dipawangam
Jom Hoore! Hoore! Huhu..Huhu

alaa, tak dapat join
ReplyDeleteassalamualaikum Jai...bestnya kalau dpt join sekali...:)
ReplyDelete