05 June 2012

Gambar terkini ATAI Anak Buah Kesayangan Arwah Sudirman Hj Arshad


ATAI anak buah kesayangan Arwah Sudirman Hj Arshad atau nama sebenar beliau Razman Azrai, 39 turut menjayakan Konsert Kenangan Sudirman di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur Cheras Minggu lepas. Dah agak lama juga ATAI tidak muncul dikhalayak ramai. Suara masih seperti dulu dan wajah pun masih sama. Bila dikenangkan kembali, memang ATAI ni antara anak buah kesayangan Arwah Sudirman dan sering mengikuti arwah membuat persembahan.


Sehingga sekarang kehebatan Arwah Sudirman tiada tolok bandingnya. Kalau yang hampir mungkin tidak keterlaluan sekiranya aku katakan Aznil Nawawi yang hampir namun masih jauh lagi untuk menyamai pencapaian Arwah Sudirman. Namun perbezaannya lebih menonjol didalam bidang pengacaraan berbanding Arwah Sudirman yang lebih dikenali melalui pelbagai bidang. Agak-agak siapa lagi yang hampir-hampir dengan Pencapaian Arwah Sudirman?

6 comments:

  1. owhhh... tak pernah lihat sebelum ini. adakah dia tidak diketengahkan?

    ReplyDelete
  2. 1st time tgk ni..napa namanya agk tenggelam yaa...

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum Jai...serupa mcm dulu juga x berubah pun wajahnya...:)

    ReplyDelete
  4. Yuna dan DCT lebih kurang arwah gak lah kalau nak ikutkan pencapaian

    ReplyDelete
  5. masa gua kecik2 gua pelik tgk muka Atai pasal sama sebijik ngan Sudirman..mcm Atai tu adik dia padahal anak buah dia..tu yg gua pelik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama gak la macam gua, saling tak tumpah macam Brad Pitt walaupun hakikatnya kami takde pertalian langsung.

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails