Gambar Planet Zuhrah melintasi matahari dirakam di Pantai Pulau Mabul kira-kira jam 6.59 pagi tadi. Lebih dikenali dengan Transit Zuhrah yang mana ia akan berlaku bermula jam 6.10 pagi dan akan berakhir kira-kira 12.40 tengahari ini. Satu fenomena yang berlaku dalam tempoh lebih 100 tahun dan ia berlaku dalam 2 pasangan fenomena yang dijarakkan 8 tahun antara satu sama lain iaitu sebelum ni pernah berlaku pada tahun 1874 dan 1882 dan terkini 2004 dan 2012. Kalau terlepas korang kena tunggu 2117 dan 2125. Sempat ker?..hehe. Maklumat kredit FalakOnline.
Dari apa yang dibaca sekiranya ingin melihat fenomena ini disarankan baca kat SINI. Melihat Kebesaran dariNYA sesuatu yang menginsafkan. Mungkin ini adalah peluang terakhir untuk menyaksikan satu fenomena yang cukup menarik. Kejap lagi keluar rumah nak tengok. Entah boleh nampak ke idok sebab kalau diikutkan ia hanyalah berbentuk bulatan hitam kecil dan untuk pengetahuan semua Planet Zuhrah ni hampir sama dengan Bumi. Ada yang sempat rakam tak fenomena ini?


wah! kebesaran Allah..
ReplyDeletesubhanallah
ReplyDeleteAssalamualaikum...org kg tak sempat tengok mendung saja di pulau ini sejak semalam...mohon utk di kongsi yer...tq
ReplyDeleteIndah sungguh ciptaan Tuhan...
ReplyDeletesubhanallah ....
ReplyDeleteKebesaran Allah. Memang menarik. DIA sahaja yg mengawal dan menguasai segalanya. Subhanallah!
ReplyDeletesubhanallah.. tapi aku tak dapat tengok.. cantik kan?
ReplyDeleteassalamualaikum Jai...kekuasaan Allah yang menciptaNya...:)
ReplyDelete