Gambar Mayat bayi yang Ditemui Di Tangga Masjid Badariah Batu 12. Terlebih dahulu aku mohon maaf mungkin ada yang rasa paparan ini tidak sesuai tetapi tergerak hati untuk berkongsi agar ia dapat dijadikan renungan buat semua. Aku baru balik dari event dan terdengar cerita mengenai bayi ni yang ditinggalkan di Masjid Badariah Batu 12 semalam, iaitu Masjid yang betul-betul terletak kira-kira 10 minit perjalanan dari rumah aku.
Mayat bayi tersebut telah ditemui oleh Bilal dan Siak Masjid ketika bersiap untuk solat subuh. Terima kasih kepada saudara aku Long erul atas gambar. Bayi yang siap berbungkus dalam bungkusan plastik juga turut disertakan dengan sekeping kertas yang tertulis "Tolong Sempurnakan Bayi ini. Saya bukan Muslim, tapi saya ingin menyempurnakan dia sebagai Islam. Saya Namakan dia Muhammad Yusof". Kes masih dalam siasatan polis.
Entah betul atau tidak belum dapat dipastikan Status Agama Mayat Bayi tersebut. Aku malas nak buat spekulasi dan diharap para pembaca pun begitu juga. Apa yang ingin aku perkatakan disini adalah kenapa perlu diakhiri dengan cara sebegini? Tak kira agama mana sekali pun, ini bukan caranya. Diharap ia dapat menjadi ikhtibar kepada semua. Harap rakan-rakan dapat kongsikan biar dijadikan pengajaran kepada mereka yang melakukan perkara yang tak bermoral dan tak berperikemanusiaan ini.
** Gambar keseluruhan mayat bayi tidak dapat dipaparkan didalam blog ini atas dasar menghormati jenazah tersebut. Gambar disharekan kat Page Teratakarmo.
* Sumber berkaitan dari MSTAR DISINI dan HMETRO
* Sumber berkaitan dari MSTAR DISINI dan HMETRO

jarang org bukan muslim buat mcm nih.. susah2 pun.. sebelum perut membesar.. depa da pi gugur kat klinik.. bg depa x pe pun byr mahal2... tp utk kes nih.. i'm not sure... bukan ini pengakhirannya.... kalo bukan muslim kenapa nak disempurnakan mengikut cara Islam?..
ReplyDeleteberbaik sangka.. mungkin pas nih dia bertaubat... nak masuk islam.. sape tau kan??...
Assalam, masha Allah... kes buang bayi lagi... nie taktik terbaru kah lagi.... inilah manusia akhir zaman... Kalau dah pandai buat, pandailah tanggung juga...
ReplyDeletedah macam zaman jahiliah...tapi kita bersangka baik..mungkin org ni jumpa bayi tu kat tempat lain
ReplyDeletesiannya kene tinggal.....
ReplyDelete>_< sedih la
ReplyDeletealamak ...sadis kes ni ..dekat ye dgn rumah bro ..uisshh
ReplyDeletemasyaAllah... berderau darah aku baca entry nih.. huhuhu
ReplyDeleteYa Allah kesiannya baby nih...pelik la org bukan islam?
ReplyDeleteBerita yang takmahu kita dengar tiap2 hari berlaku.. aku pun sangsi dengan nota tu.. betul ke dia bukan muslim.. tapi bersangka baik jelahkan
ReplyDeleteassalamualaikum Jai...kesian nyer ada juga kes yg mcm ni kan...:)
ReplyDeletesemakin hari, makin teruk kes buang bayi, mayat bayi dsb.
ReplyDeletesaya tak rasa ni kerja orang bukan Islam. Saya lebih berat ke arah orang Islam kita sendiri yang melakukannya.
ReplyDeletemenyayat hati...
ReplyDelete