Si Bujang Tersenyum Riang Nak Tengok Wayang. Tajuk langsung tak mesra SEO..hehe. Saja nak update Al-Kisah anak bujang aku nieh hah dari beberapa hari sibuk nak keluar berjalan-jalan dengan kengkawan beliau. Kata nak pergi tengok Wayang kat Jusco Bukit tinggi. Selepas mendapat Pelepasan Menteri Hal Ehwal dalaman dan Menteri Kewangan bukan main riang macam kanak-kanak Ribena lagi.
BAJU PETAK? OK..SELUAR JEANS? OK...KASUT? KASUT SEKOLAH? ADOIII
Pagi-pagi dah bersemangat dengan Seluar Jeans dan Baju Petak-petak. Apa lagi, kan bapaknya seorang blogger, pantang kalau tak ambik gambar dengan alasan MAMA nak tengok. Dia macam tahu jer aku nak letak kat dalam blog..hehe. "ahh..babah mesti nak masuk kat kat blog, sebab babah dah takde idea nak menulis" Aikk..macam tahu jer anak bujang aku sorang nie..hehe.
CER TENGOK..CER TENGOK..SENYUM ADA MAKNA TUHH
Alah sesekali interprame dalam blog apa salahnyer. Masalahnya anak bujang aku sorang nie seorang pemalu macam bapaknyer. Memang tak suka diambuk gambar, tapi bila beliau ambik gambar sendiri bukan main lagi. Posing mengalahkan ARTIS NI hah..Haduu Hayy. Nilah ragam si anak bujang aku sorang ni @ NAJMI. Last sekali aku tanya soalan cepusmas " Ni mesti nak dating ngan awek" Jawapan beliau "Hukolah..mana ada". Sah nak jumpa awek ni..hehe..Sekadar Naluri seorang ayah, mungkin ada betulnya..hehe
** Oh ya! Tahniah Kepada JUTAWAN HARTANAH atas Kelahiran PUTERA PERTAMA beliau...


babah kena beli kasut baru..
ReplyDeleteok, first time tengok anak bujang pokcik;p
ReplyDeletepemalu macam bapaknya? jengjengjeng;p
Like father like son le.. nasib rambut x ikut style "stray cat".
ReplyDeleteakhirnya ank bujang dah masuk blog... He3... AE.. Bujang sementara lepas ni.he3
ReplyDeletekalau pakai wangi2, confirm jumpa awek...heee
ReplyDeleteHurmmm....Babahnya sporting okey je dating ngan gerek kan.... tapi kelakar la bila diorang dah boleh baca kalau amik gambar confirm utk entry kat blog... hhahahaa
ReplyDeleteassalamualaikum Jai...malu2 pun dpt juga masuk blog abahnyakan...:)
ReplyDeletekena belikan kasut satu lagi tu.. takkan la babahnya bior anak kuar dating pkai kasut sekolah.. aduyaii.. hehe..
ReplyDelete