05 June 2012

Abang Ensem Di Mata Aku


Abang Ensem Di Mata Aku. Tuh dia tajuk yang memang bikin sesiapa sahaja gundah gulana. Sebelum tuh nak tanya para pembaca yang dah melihat gambar beliau Apa pendapat korang? Adakah beliau sememangnya ensem (jawapan dari CIK NURUL tidak diperlukan..). Ni saja aku nak kasik bakor kontest mamat ni sebab hadiah dari kontest beliau cukup hebakkk. Tak Caya cuba korang baca kat SINI. Fuhh Mantops. Tahukah korang beliau pernah aktif dalam bidang bina badan? Tak caya tengok bukti kat bawah..

KOLEKSI PERIBADI TAHUN 80an PERNAH BERCITA-CITA NAK BERDOMAINKAN ABANGKETAK.COM (GAMBAR TERPAKSA DIKABURKAN SEBAB SEKSI SESANGAT)

BUKTI BELIAU BERGIAT BIDANG BINA BADAN

Pandangan dari Mata Kasar Secara Jujur.

Dari penglihatan aku yang masih belum rabun lagi , AE ni terdiri dari golongan yang tengah-tengah, Nama blog jer ensem, orangnya bolehlah dikatakan cukup makan kehensemannya..(Confirm trus tak dipandangnya entri ni..hehe). Walaupun tak berapa nak hensem, ada juga bahagian yang hensem. Kehenseman terletak kat otak geliga yang boleh memukau sesiapa sahaja dengan ayat yang menusuk kalbu. Serius ayat beliau takleh blah bila diungkap.

Pertama kali bersua dengan AE


Sejarah tercipta bila pergi menonton perlawanan Bolasepak antara Chelsea dan Malaysia pada satu ketika dulu. Itu pun MAMAT PEMALU ala-ala malu-malu rimau ni ajak sebab takut kena goda. Setiba disekitar perhentian LRT di Bukit Jalil aku langsung tak perasaan si AE sebab tak nampak dek kerana ketinggian beliau yang menghalang penglihatan aku ketika itu sebab orang ramai sangat (okeh..ini rekaan semata-mata nak bagi sakit hati sikit..hehe)

Dan Kisah Berlanjutan seterusnya..



Aku pada mulanya tak pasti apa strategi yang dimainkan setelah Rakan aku MAMAT A dan MAMAT B mula terjebak dengan permainan beliau. Disebabkan rakan aku kenal dengan si AE nak taknak bila ada jemputan untuk memenuhi perut maka aku pun diajak sekali (macam tahu jerr hobi aku ni..). Dan disinilah bermula segala-galanya. Aku akhirnya terjebak juga dengan permainan si AE ni. Ayat-ayat yang terpacul dari mulut beliau memang bisa bikin gadis-gadis cair, bukan setakat gadis, Ah Soh pun boleh menangis wa cakap lu..

Kisah Sebenar..

Ok korang jangan percaya 100% cerita aku kat atas tuh bermula dari gambar yang dikaburkan tuh tapi member gim tuh betul wokeh, korang cuma boleh ambik 50% jerr..hehe. Nilah kisah sebenarnya tentang "Abang Ensem di Mata Aku". Antara blogger yang memiliki daya penarik tersendiri. Blog berkisar hartanah tapi diselit dengan ayat-ayat yang pasti buat korang gelak sakan dengan olahan entri yang asli. Seorang mamat yang lurus dalam berblogging (weii belajorr wehhh..) dan Jutawan Hartanah yang sentiasa cuba menarik golongan muda untuk terus berkecimpung dalam dunia hartanah.

Pertama kali aku melihat wajah beliau, aku tak percaya beliau ni dah dekatlah jugak setengah abad..hehe.Wajah ala-ala babyface menjadi senjata utama beliau untuk mengayat awek-awek dengan ungkapan berbunga-bunga. Dari apa yang aku lihat ini merupakan taktik beliau menarik minat golongan muda untuk terus melekat pada blog Hartanah beliau yang bolehlah dikategorikan blog Miang of The Year..hahaha. Ok korang tolong "ignore" ayat blog Miang of the Year tuh. Kang tak pasal-pasal aku kena disqualified nanti.

Kisah yang benar sebenar-benarnya..

GAYA KETIKA BERAKSI DALAM SEMINAR

Sebenarnya nak taknak aku kena cerita gak hal sebenar-benarnya walaupun aku tahu beliau pasti tengah tersengih bangga dengan apa yang aku perkatakan ini. Antara blogger yang bijak manafaat segala yang ada. Idea bernas sentiasa ada bila berbicara mahupun bila aku tengah suap makanan kat mulut aku.Apa yang pasti dari blog beliau yang seakan-akan ada unsur kegatalan sikit namun bila dibaca dengan teliti ia dipenuhi dengan informasi yang cukup bernas untuk menyedarkan golongan muda agar belajar tentang hartanah.Seorang yang "Low Profile"(tiada kaitan tentang ketinggian beliau wokehh..)

Cara beliau memikat sesiapa sahaja dengan ayat beliau cukup membuat aku hormat pada beliau. Baik ayat berbunga mahupun ayat bersahaja. Sentiasa membuat hari aku tak lekang dengan gelak ketawa termasuk time kerja..haha. Korang tengok jerlah dengan apa yang aku tulis ni, panjang berjela bila aku bayangkan muka babyface beliau, idea mencurah-curah tanpa henti.Kalau dilayan gak boleh masuk 2 hari tak habis baca entri aku ni.

Ok ni betul-betul punya cerita..

ALL THE BEST MY FRIEND

Disebabkan tujuan aku menulis entri ini semata-mata nak turut serta kontest menarik dari AE dan pada masa yang sama mengkritik dan memuji , aku rasa korang pun patut turut serta sebab Hadiah Menarik gilerrr tuhhh..Menang ke tak menang ker kira belakang. Janji aku turut serta sebab inilah peluang untuk aku meluahkan perasaan aku sebab tajuk Abang Ensem Di Mata Aku memang dinanti-nantikan. Jadi ini betul-betul punya cerita "Abang Ensem Di Mata Aku" merupakan Insan yang pemurah yang memiliki Ilmu yang sanggup berkongsi dengan sesiapa sahaja...itu ajerrr..hehe. Jom Terjah SINI utk turut serta.

** Jangan lupa Vote LIKE kat SINI ek sebab undian 30% terhasil dari Undi LIKE..Cer Cari Entri JAI RAMLEE

13 comments:

  1. Aku dah lama tau yang aku ni BABYFACE. Anyway, tenkiu for joining.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masuk lif tekan sendiri ni.. hehehe..belum ada kesempatan lagi bersua muka dengan AE.. insyaallah satu hari nanti pasti leh berjumpa dengan muka ala-ala BABYFACE ni.. hik2

      Delete
    2. Baik jumpa cepat sebelum hilang keenseman beliau dek dimakan usia..hehe

      Delete
  2. Replies
    1. Thanks bro sudi baca, walaupun byk unsur kutukan yang penting kebaikan yang ada pada AE tuh yang penting

      Delete
  3. Bro.. Satu artikel yang menarik dan ikhlas tetang AE..

    Mesti AE tersengih sorang-sorang membaca artikel ini.. hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks bro, tuhlah pasal sengih sampai ketelinga..hehe

      Delete
  4. abang ensem ni ensem ke? waahhh.. ensemnya.. bila nak blanje Bangkok House!? hehehee

    ReplyDelete
  5. Assalam, saya suka baca entry nie... hahaha... santai...

    ReplyDelete
  6. wahhhh meriah cerita AE by jejai ni yer

    ReplyDelete
  7. entri yang detail dan terperinci lagi ni

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum Jai...selamat berjaya yer...:)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails