Majlis Pelancaran Rancangan Oh My English iaitu sebuah rancangan dari ASTRO yang disiarkan di ASTRO TVIQ telah dihadiri Minggu lepas. Sebuah Rancangan kerjasama antara ASTRO dengan Kementerian Pelajaran Malaysia yang disiarkan setiap hari AHAD disaluran 610 pada pukul 10.00 Pagi.
Majlis Pelancaran yang simbolik telah dilakukan oleh Dato' Sri Abd. Ghafar bin Mahmud (Ketua Pengarah Kementrian Pelajaran Malaysia), Mr. Henry Tan (Ketua Pegawai Operasi, Astro) dan Ms. Putri Yasmin Megat Zaharuddin (Naib Presiden, Bahagian Remaja dan Kanak-kanak, Astro).
Rancangan yang lebih dikenali dengan singkatan nama OME ini cukup menarik sekali dengan dibarisi oleh pelakon-pelakon yang hebat. Antaranya Pelakon dan Penyanyi terkenal Adibah Noor sebagai pengetua. Pelakon komedi Mr.OS dan Harun Salim Bachik dan juga Zain Saidin yang melakonkan watak sebagai Henry Middleton.
Selain daripada itu Pelakon muda seperti Izara Aishah, Addy Ashraf dan pasangan adik beradik Ahmad Ezzrin Loy dan Nurul Ezlisa Loy juga turut sama membintangi rancangan ini. Pelakon-pelakon lain yang juga berbakat besar adalah Mohd Zhafir Muzani, Kaameshaa Ravindran, Amer Sharrif, Tan Teong Sik dan Muhamad Akhmal Mohd Nazri.
Penampilan Khas daripada artis yang cukup dikenali untuk rancangan OME ini iaitu antaranya Lisa Surihani, Rozita Che Wan dan juga Nabil Raja Lawak. Pasti MAMAT NI suka sebab Rozita Che Wan bakal berlakon dalam rancangan ini.
Keseluruhan rancangan ini pada pendapat saya dapat memberi impak kepada orang ramai terutamanya mereka yang ingin belajar tentang Bahasa English. Disamping berhibur pada masa yang sama ia dapat memberi pengajaran kepada semua. Jadi jangan lupa untuk menonton rancangan Oh My English Setiap Hari Ahad Pukul 10.00 Pagi di Saluran 610 Astro TVIQ.



ini memang rancangan baik utk pelajar pelajar yg masih bersekolah... So useful!! Malaysia's education must stand up !!;D
ReplyDeletehik3....kata orang,dia yang lebih..patutla beriya2 nak pi event ni...ada rozita che wan rupanya...
ReplyDeleteOh My English mungkin jadi fenomena jugak, keliling orang sebut. ilmu dlm penyampai komedi mesti best punyalah.
ReplyDeletehaha ..oooo ...rozita che wan ..! eh, macam best cerita ni ..maybe akan top !
ReplyDeletekelakar bila tengok iklan OME di TV...
ReplyDelete