31 May 2012

PENTING! Gangguan Bekalan Air di Sekitar Selangor dan Kuala Lumpur Bulan Jun


Gangguan Bekalan Air di Sekitar Selangor dan Kuala Lumpur Bulan Jun dikongsi agar para pengguna dapat bersiap sedia lebih awal dengan memborong baldi bersaiz jumbo..boleh gitu..hehe. Saja nak kongsikan maklumat yang dibaca mengenai gangguan bekalan air berikutan penyelenggaraan dan menaik taraf perkhidmatan bekalan bermula 7hb Jun sehingga 12 Jun 2012. Dibawah disenaraikan Kawasan yang terlibat dan tarikh berlaku gangguan.

1.TARIKH/MASA GANGGUAN
7 Jun 2012 (Khamis), 9.00 malam hingga 5.00 pagi keesokan harinya 8 Jun 2012 (Jumaat)
KAWASAN-KAWASAN TERLIBAT
WILAYAH PETALING
Taman Mesra, Petronas Batu 3 Lama dan sekitarnya; Institut Kemahiran Mara; sebahagian Kawasan Perindustrian Glenmarie, Jalan U1/73, U1/74 dan U1/78; Taman Glenmarie Estate; SMS PDRM; Jalan U1/84 – U1/85; TTDI Jaya – Jalan U2/1a sehingga U2/1k; Flat Seri Melewar; Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah; Monfort Boys School dan Petronas TTDI Jaya.

2.TARIKH/MASA GANGGUAN
7 Jun 2012 (Khamis), 3.00 petang hingga 3.00 pagi keesokan harinya 8 Jun 2012 (Jumaat)
KAWASAN-KAWASAN TERLIBAT
WILAYAH KLANG/SHAH ALAM
Taman Petaling; Taman Selatan; Taman Chi Liung; Taman Palm Groove; Flat Perumahan Teluk Gedung Indah A; Rumah Teres Teluk Gedung Indah A; Flat Pandamaran Indah; Kampung Pendamar; Persiaran Raja Muda Musa; Telok Gadong Kecil; Teluk Gedong Besar; Kampung Raja Uda dan sekitarnya; sekitar Jalan Tengku Badar; sekitar Jalan Kastam; sekitar Pandamaran; sekitar Pandamaran Jaya; Hospital Tengku Ampuan Rahimah; Selat Selatan, Sobena Jaya dan sekitarnya; Taman Gembira; Taman Radzi; Taman Kampung Idaman; Jalan Raja Lumu dan sekitarnya; Taman Perindustrian Pandamaran Jaya; sekitar Jalan Uganda; Taman Menara Maju; Jalan Sungai Jati; Jalan Raja Nong; Taman Berembang; sekitar Jalan Seruling 59; Taman Klang Jaya; Taman Desawan; Taman Desa Utama; sekitar Jalan Tun Sambathan; sekitar Jalan Kem; sekitar South Port; Hospital Bersalin Razif dan Perindustrian Pandamaran.

3.TARIKH/MASA GANGGUAN
11 Jun 2012 (Isnin), 8.00 malam hingga 5.00 pagi keesokan harinya 12 Jun 2012 (Selasa)
KAWASAN-KAWASAN TERLIBAT
WILAYAH KUALA LUMPUR
Jalan Tenteram/ Jalan Yaacob Latif; Taman Bukit Ria; Taman Pertama; Taman Desa Aman; Taman Cheras Makmur; Taman Sri Bahtera; Taman Rajawali; Taman Bukit Mewah; Jalan Kuari Bukit A dan sebahagian Kampung Cheras Baru; Kampung Semerah Padi; Kampung Bukit Tangki Air; Hospital Pantai Cheras; Caring Dialysis, Taman Midah; S.H Quality Care Sdn Bhd, Taman Midah; seluruh kawasan Taman Midah dan seluruh kawasan Taman Cheras.

4.TARIKH/MASA GANGGUAN
11 Jun 2012 (Isnin), 9.00 malam hingga 5.00 pagi keesokan harinya 12 Jun 2012 (Selasa)
KAWASAN-KAWASAN TERLIBAT
WILAYAH KUALA LANGAT
Kampung Tembok; Kampung Tembok Darat; Kampung Tembok Pantai; Kampung Baru Tanjung Sepat; Kampung Tanjung Sepat Darat; Kampung Tanjung Sepat Indah; Taman Mutiara; Taman Pelangi; Taman Tanjung; Taman Harmoni; Pekan Tanjung Sepat; Kilang Ais Atlas; Kampung Kundang; Kampung Batu Laut; Kampung Tanjung Layang; Ladang Bedford; Kampung Kundang Pantai; Ladang Batu Untung; Telok Gadong; Kampung Orang Asli Tanjung Sepat; Taman Batu Untung; Taman Gadong; Klinik Tanjung Sepat, Kilang Happy Alliance; Kampung Kanchong Laut; Kampung Endah; Morib; Kampung Tali Air; Tongkah, Kampung Air Tawar; Taman Seri Bayu; Taman Desa Tongkah; Taman Kanchong Laut; Taman Morib Indah; Taman Morib; Taman Seri Desa; Hotel Gold Coast Morib; Hotel Impian Morib; Rumah Peranginan Kerajaan Pantai Morib dan Pantai Morib.

Maklumat Kredit SYABAS

Nampaknya Kawasan sebelah Meru, Kapar takde gangguan. Lega rasanya. Tapi kena jaga-jaga gak dan kena berjimat cermat bila mengguna air.Sumber yang amat penting dalam kehidupan. Diharap dengan maklumat ini sikit sebanyak dapat membantu mereka yang tinggal dikawasan yang bakal mengalami gangguan dan dapat melakukan persedian lebih awal. 


4 comments:

  1. aku biar takder karen jgn takder air.. seksa hidup.

    ReplyDelete
  2. kena simpan air dalam tong ni...

    ReplyDelete
  3. tak ada air ye ? betul-2 seksa bak kata Nur Misnan

    ReplyDelete
  4. bila nak ke toilet pun kena catu air memang seksa...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails