08 May 2012

Pekena Cendol dan ABC Paksu Jalan Tok Muda Kapar


Pekena Cendol Paksu di Jalan Tok Muda, Kapar. Lokasi berhampiran dengan trafik light simpang empat menuju ke Jalan Tok Muda disebelah kiri. Dari semalam si NAJIHAH teringinkan nak makan Cendol katanya. Gerai Cendol Paksu ni mudah untuk dijejaki sebab ia betul-betul berdekatan dengan Trafik light.


Gerai kecik jer. Ni kira kali pertama aku sampai pada hal dari rumah tak sampai pun 10 minit naik kereta.Dek kerana di NAJIHAH teringin sangat nak merasa, singgahlah juga sekali dengan makan tengahari disebelah Gerai Cendol Paksu ni.Mood nak memasak pun kelaut hari ni, jadi kenalah singgah kejap untuk makan tengahari.

NASI LAUK CAMPUR, IKAN CENCARU SAMBAL, AYAM GORENG & TELUR MASIN

MAKAN SAMBIL LAYAN TV...HADU HAYY PUKUL BERAPA NAK ABIS MAKAN

Lauk pilihan anak-anak mengalahkan makan dua tiga hari punya lauk. Haduu Hayyy anak aku kuat betul makan. Tak abis, tangki spare akulah jadi mangsa. Lauk ikan cencaru masak sambal, Ayam Goreng dengan Telur Masin menjadi pilihan. Tuh pun tak abis kenalah aku habiskan. Tu belum masuk pekena Cendol lagi.

CENDOL PAKSU (CENDOL BIASA)

Pesanan pada awalnya nak cendol, bila NAJIHAH nampak ada tertulis ABC, bertukar pulak dari Cendol ke ABC. Bila NAJUMA nampak kakaknya order ABC dia pun nak gak ABC. Dek kerana dah lama aku tak pekena Cendol, maka pesanan Air ABC dan Cendol dipinta. Fuhhh..tengahari panas pekena Cendol dan ABC, bayangkanlah

ABC PAKSU TERBAIK

Keseluruhan puashati dengan Masakan dan juga Cendol dan ABC Paksu ni. Memang Superb terutama ABC Paksu yang manis lemak berbanding Cendol yang kurang lemak tapi sedaplah pulak. Untuk rating dari segi Masakan Gerai sebelah aku bagi 3/5 manakala Cendol 3/5 dan ABC Paksu 3.5/5. Mungkin akan diulang makan kembali..hehe

8 comments:

  1. Aduhhh, meleleh tengok ABC..

    Cheq suka :)

    ReplyDelete
  2. perghhh...memang tergugat la iman tengok gambar cendol pe sume ni.aiyooo

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum Jai....wah!!! sedapnya tengok cendol n abc tu sedapnya minum dlm cuaca panas2 ni kan...:)

    ReplyDelete
  4. Bro...budak2x memang suka makan ayam kan.... anyway cendol dia tu KURENG WARNA HIJAU laaa...but ABC tu menarik gakkk

    ReplyDelete
  5. waktu tengahari, kalau layan ABC/cendul memang terbaikkk...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails