Nasi Lemak Tepi Sungai Mak Yam disergah. Dek terbakor dengan entri MAMAT ni. Lokasi memang tak jauh dari rumah pun. Lepas hantar anak-anak pergi sekolah terus layan Sarapan pagi kat salah sebuah kawasan sarapan faveret. Dah lama gak tak singgah Gerai Mak Yam ni.
Buat masa ni aku tengah dalam mengawal permakanan (tapi tak terkawal pon..hehe). Sesekali kena gak rasa, nak pantang terus takleh gak susah pulak nanti. Nasi lemak berlaukkan Telur Goreng dengan Sotong menjadi pilihan.Kelebihan Nasi Lemak biasanya pada Sambalnya dan antara penyebab aku suka sarapan disini.
Lokasi mudah dikesan kerana ia betul-betul ditepi jalan disebelah kiri depan sikit dalam setengah kilometer selepas trafik light Pekan Kapar sekira menuju ke Kuala Selangor. Memang terbaik dan disarankan korang singgah bersarapan disini sekira melalui sekitar kawasan kapar.
Dari segi Rating untuk Sarapan kali ini, aku bagi rating 3.5/5 untuk makanan @ Sarapan ini. Dari segi keselesaan pun sama aku bagi 3.5/ 5 gak. Antara Gerai yang cukup fohfular disekitar Kapar untuk Sarapan pagi.Kalau nak pekena Roti canai pun boleh sebab Gerai Mak yam ni berada didalam Restoran Mamak.




Look at the color of sambal.. Love it and like it!
ReplyDeleteFuuuhh sedapnyer.. Tapi sekrang on diet.. InsyaAllah..
ReplyDeletealaaa nurul, postpone je diet tuh
Deletemmg sedap nampaknya..tapi kalori tu yg menyeramkan pheww
ReplyDeleteWooo.. I nak try!! dah lama i tak makan nasi lemak...ishh... what a malaysian..;(
ReplyDeleteabam!! jumpa mak yam tak? hehhehee
ReplyDelete