Nasi Goreng, Telur Dadar, Ikan Dori & Minuman Teh Tarik dan Nescafe tarik bernilai RM29.00. Amacam? Inilah harga yang dikenakan semasa menjamu selera disalah sebuah Restoran di Genting Highlands. Memang dah agak dah, tapi nak buat macamana, dah perut lapar makan jugaklah.
Nasi Goreng nampak macam Nasi Goreng Cina berharga RM6.00 sepinggan. Kemudian bubuh pulak Telur Dadar bernilai RM3.00. Nampak Ikan Dori Sweet Sour berkenan pulak RM6.00. Itu hanya untuk Nasi Goreng yang dicampur dengan lauk pauk. Kalau ambik ayam goreng seketul RM9.00.
Kemudian tambah pulak RM5 setiap satu untuk Air Teh Tarik dan Nescafe Tarik.Disebabkan rata-rata harga makanan di Genting Highlands bertaraf International, nak taknak makan jugaklah kerana perut dah lapar kemudian Hujan tak henti-henti. Keseluruhan makanan biasa jerr dan Rating bagi aku dalam 2.75/5.
** Oh Ya! RM2.50 Service Charges dan RM1.50 Tax


aisey rating dapat 2.5je, alas perut je la. rasanya harga kfc pun murah lagi walaupun tinggi sikit dr kat bawah genting.
ReplyDeleteerk.... makanan yg sedap pun jd tak sedap dengan harga sebegini..huhuhu
ReplyDeletewahhhh mahal oh! macam makan di Delicious / The Apartment pula tau
ReplyDeletememang mahal makan kat genting, kalau tak di sponsor haritu, memang kebulor ler..haha
ReplyDeletemmg mahal...standardla tu
ReplyDeletemak aih...mahalnye...makanan nampak cam skit jeee...sangat tak berbaloi...tp nk wat camne, kt genting mane de mkn murah kan....
ReplyDeleteyelah...tinggi sangat nak angkut bahan mentahnye...mestilah camtu harganya...:)
ReplyDeletesekali-sekala oklah...
ni bukan double lagi da. ni da dekat triple da ni harga dia ni
ReplyDeletelapar pula lepas baca entri ni...nak cari nasi goreng dulu lah
ReplyDeletepergh!!! mahalnya.. ni triple harga dia ni, bukan setakat double lagi da ni
ReplyDeletemakanan kat genting memang mahal2 kan
ReplyDeletekenapa tak makan kat kedai mamak je kat genting tu.. ada kat first world
ReplyDeleteMahal giler tu..
ReplyDeletememang mahal. harga makanan kat genting memang sama dengan kat KLIA termasuklah kfc jgk...
ReplyDelete