12 May 2012

Melancong Ke Kepulauan Bali


Melancong Ke Kepulauan Bali. Jangan terperanjat dengan tajuk diatas. Memang pergi melancong tetapi yang melancong ke Bali bukan aku tetapi adik bongsu kesayangan aku iaitu AON @ AZRUL. Bila aku tengok gambar yang diambik teringat kembali semasa Company aku buat trip kat Bali. Memang antara memori terindah.Satu pengalaman yang sukar untuk dilupakan.

KALAU TAK SILAP NI KAWASAN SAWAH BERBUKIT

Semasa aku pergi dulu, keadaan di Bali dipenuhi oleh pelancong terutama dari Negara JEPUN. Memang kalau lalu kat pantai, takde muka orang lain, muka orang JEPUN yang menguasai sekitar pantai. Rupa-rupanya semasa aku berada disana dulu, musim Ombak besar melanda maka diaorang ni mengambil peluang @ Kesempatan untuk Surfing.Memang tak reti penat diaorang ni.

AKU DAH LUPA NAMA TEMPAT NI. TAK SILAP NI TASIK TERBESAR KAT SANA KUT


Pada masa tu, makanan halal agak sukar gak nak dicari tetapi pihak Syarikat dah buat persiapan awal dengan menyediakan Tempat dan Lokasi makanan halal jadi takdelah teruk sangat nak cari tempat makan.Sesiapa kaki shopping memang tak lepas peluang. Men"Shopping" jer kerja mereka. Barangan "Immitation" berjenama antara barangan yang menjadi pilihan disebabkan kualiti buatan cukup cantik

PEMANDANGAN INDAH DARI SEBUAH RESTORAN

Sekiranya ada peluang lagi nak jer aku pergi sekali lagi ke Bali sebab pemandangan CiptaanNYA amatlah indah sekali. Korang lihatlah antara gambar pemandangan yang adik aku ambik. Satu yang tak dapat dilupakan adalah selepas sebulan balik dari Bali Letupan yang mengorbankan ramai orang telah berlaku disekitar tempat kami tinggal..huhu..Ada yang nak pegi Bali tak? Meh buat rombongan Kak Kiah..

7 comments:

  1. assalamualaikum Jai....cantik pemandangan kat sana tu nyaman je..:)

    ReplyDelete
  2. impian nak menjelajah tempat orang akan saya cuba tunaikan. Bali termasuk dalam senarai.

    ReplyDelete
  3. 6 hari pengalaman berhoneymoon dibali tidak dpt dlupakan bro.. Mcm2 pengalaman pahit n manis aku lalui.. Ingat kalau anak dah besar sikit baru nk g sekali lg.. He3

    ReplyDelete
  4. cantik betul, terutamnya sawah padi yg xde kat tempat kita

    ReplyDelete
  5. Bali, salah satu tempat BEST untuk di lawati,,, teringin nak pergi sekali lagi...

    ReplyDelete
  6. memang risau jika berlaku letupan bom. tapi itu semua takdir Allah s.w.t.

    ReplyDelete
  7. fuuuuhhh... gambar tu memang cantik bro!!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails