14 May 2012

Majlis Makan-Makan Bersama Gengtalibarut


Minggu lepas aku sempat menghadiri Majlis Makan-makan Sate bersama Geng Talibarut @ GTB di sebuah gerai sekitar Kajang. Satu sejarah bila sesat nak cari lokasi hampir 2 jam. Bukan disengajakan sebab memang aku kurang arif kawasan sekitar Kajang ni lebih-lebih lagi lokasi berada disekitar kawasan perumahan.

SATE KING @ KAJANG. SEDAP GAK..

Sampai jer kat lokasi, diaorang dah sapu hampir BERSIH 4.0 sate terutama Mamat nie, Mamat nie gak dan juga Mamat nie. Minah nie bila nampak aku terus nak balik sebab takut kena bahan rasanya..hehe.Nasib baik ABANG KACAK @ Main Sponser ada lagi, jadi beliau TOP-UP sate lagi untuk keluarga aku.


Lepak-lepak tak henggat. Aku ingat selagi gerai tak ditutup selagi tuh tak balik. Dek kerana kesiankan Peniaga sate gerai ni, jadi kitaorang balik dari lokasi hampir pukul 12.00 gak rasanya.Banyak perbincangan telah dilakukan termasuk bab mengumpat-ngumpat..hehe.


Terima Kasih tak terhingga kepada ABANG KACAK & Family yang sudi belanja kitaorang makan Sate malam tuh. Semoga rezeki beliau melimpah ruah hendaknya. Kalau dibuat setiap bulan lepak-lepak makan sate ok gak ni. Mungkin bulan depan MAMAT ni pulak menjadi Sponser Makan-makan sate King kat Kajang ni.


** Ada cerita Momok semasa kat lokasi, entri akan menyusul nanti. Tengah proses mengarang. Tunggu cerita selanjutnya nanti ek.

13 comments:

  1. wah seronokny daqpat berkumpul semula GTB ni.. sorry sebab aku ada urusan masa tu.. :-(.. kalau tak juara makan satey mesti tewas punya.. hehehe

    ReplyDelete
  2. Satay dia pun sedap kan..... takpe2x nanti kalau free aku pulak OPEN TABLE untuk makan satay lagi

    ReplyDelete
  3. sedap laaa gak sate nya.. KING maaa.. hik3.. ingat nak buat sesi hazman vs food.. hehehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. syam : Jom kita cari masa - set time kita buat our HAZMAN VS SHAKKIDO kat situ....

      Delete
  4. wah, seronoknya ada geng dan open table makan ramai2.huhu

    ReplyDelete
  5. hm...mana gambar entiti sate weyh!

    ReplyDelete
  6. alahai ruginya tak dapat satay free..

    ReplyDelete
  7. perghh sedap makan satay weh..

    ReplyDelete
  8. nasib baik sesat, kalau tak, tentu tak cukup sate tu...

    ReplyDelete
  9. Wah makan sate.. sedap tu.. ;)

    ReplyDelete
  10. meriah, makan besar, wang besar n satay besar...
    tunggu cerita momok pulak.

    ReplyDelete
  11. bestnya..... ingatkan satay willy di sg ramal td...heheh

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails