Lontong Sambal Sotong telur rebus Gerai Kampung Sungai Serdang kali ini dicuba. Baru perasaan gerai ni ada jual Lontong. Dan apa yang menarik mengenai Lontong Gerai Kampung Sungai Serdang ini adalah Nasi Impit dia. Nasi impit daun pisang digunakan. Inilah yang dicari selama ini. Kalau kat kampung baru rasanya banyak Lontong sebegini.
LONTONG SAMBAL SOTONG TELUR REBUS
Kuah tak pekat sangat, kira sedang-sedang pekat. Memang terbaik. Tak sia-sia aku jumpa gerai ni. Patutlah pagi-pagi ramai pelanggan. Setakat ni memang puas hati dengan Servis pesanan. Sekejap jer order terus dapat. Cekap dan Pantas tanpa perlu menunggu masa yang lama untuk menikmati Sarapan.
SAMBAL SOTONG, TELUR REBUS & NASI IMPIT DAUN PISANG
Sotong dan telur rebus menjadi Isi tambahan. Lepas ni mungkin try Ayam Goreng pulak. Sambal Sotong bagi aku antara yang terbaik setakat ni. Jadi secara keseluruhannya untuk Status Rating, aku tak teragak-agak untuk memberi 4/5 untuk menu kali ini. Makanan yang mesti cuba sekira singgah ke Gerai Kampung Sungai Serdang ni.


Suka aku tengok telor rebus sebijik tue.... makan gitu pun sodap....
ReplyDeletenampak menggiurkan,,, tapi aku kureng la makan Lontong ni,,, tp kalau Wife aku, sure dia suka
ReplyDeletesedap sungguuhh... Biasanya jumpa lontong waktu raya jer.. :)
ReplyDeletenasi impit daun pisang... babah!! nak satu!
ReplyDeletefirst time tgk nasi himpit dlm daun pisang.huhu
ReplyDeleteoh myyyy... fevrett... almaklumle, separa jawa kann... :p
ReplyDeletebro pun jawe gak ke? ;)