31 May 2012

Hoore! Hoore! Aku Sudirman | Kontest dan Konsert Kenangan Sudirman


48 Hours Sponsored Post, Please Scroll down for latest Entries

Hoore! Hoore! Aku Sudirman. Jangan terperanjat dengan keterampilan saya yang terkini. Ini adalah gara-gara teramat meminati Allahyarham Dato’ Sudirman Haji Arshad , Posing ala-ala Sudirman ini bakal mencetus fenomena. Seniman dan Artis yang serba boleh yang mempunyai pengaruh yang kuat terhadap peminat beliau. Kini sesuatu yang menarik bakal dihidangkan Sempena memperingati 20 tahun pemergian Allahyarham Dato’ Sudirman Haji Arshad. 

CONTOH GAMBAR PENYERTAAN KONTEST

Untuk Pengetahuan semua, Satu Peraduan AKU SUDIRMAN sedang dijalankan. Untuk memenangi hadiah yang ditawarkan adalah cukup mudah. Apa yang perlu anda lakukan adalah, ambil gambar anda sedang beraksi gaya ala-ala Allahyarham Sudirman (Terpulang kepada Kreativiti masing-masing) Contoh seperti gambar diatas dan hantarkan penyertaan DISINI. Itu sahaja yang perlu dilakukan. 


Hadiah-Hadiah yang bakal dimenangi oleh pemenang adalah 10 pemenang akan mendapat tiket backstage, headphone Beats, dan tiket wayang “Hoore! Hoore!”. Amacam? Menarik bukan? Jadi tunggu apa lagi hantarkan penyertaan anda dengan segera. Mana tahu anda bakal menjadi pemenang kontest ini nanti dan bakal membawa pulang hadiah yang cukup menarik ini.

Tak terasa Sudah 20 tahun pemergian Allahyarham Dato' Sudirman Haji Arshad. Satu-satunya Artis yang sampai sekarang tiada gantinya. Pencapaian demi pencapaian dari beliau sememangnya sukar untuk ditandingi. Insan yang cukup Istimewa didalam dunia Industri Seni Malaysia dan selayaknya menerima penghormatan demi penghormatan diatas jasa beliau yang tidak ternilai.


Selain daripada Peraduan AKU SUDIRMAN Sebuah Konsert sempena mengenang jasa beliau sebagai penghibur bakal berlangsung pada 3hb Jun 2012 di Stadium Bola Sepak Cheras, Kuala Lumpur. Konsert ini akan bermula dalam pukul 9.00 malam. Konsert yang bakal dimeriahkan oleh selebriti-selebriti terkenal iaitu antaranya Dato’ Ac Mizal selaku hos, Jaclyn Victor, Misha Omar, Hafiz, Adira, Azlan and the Typewriter, Didie Alias, pelakon Hoore! Hoore! The Musical, Hujan, Ziana Zain, Osbon dan Dato’ Siti Nurhaliza. Maklumat mengenai Konsert ini boleh dilihat DISINI.

Untuk menambahkan kemeriahan Konsert Kenangan Sudirman ini selain Peraduan AKU SUDIRMAN, Satu kontest Khas buat blogger terpilih juga akan diadakan. Bermakna sekarang ni Blog TERATAKARMO telah terpilih untuk turut serta dalam kontest Sempena Konsert Kenangan Sudirman. Kontest yang bakal disertai beserta hadiah yang bakal dimenangi adalah seperti berikut:

Blogger yang hadir pada Konsert Kenangan Sudirman dengan "Follower" Paling Ramai.

  • 1 Digital Kamera Nikon 1V1 dengan 10-30 lens Kit rujuk gambar DISINI . 1 Pass Belakang Pentas untuk berjumpa dengan Para Artis yang membuat persembahan pada Hari Konsert.
  • 10 Tiket Menonton Tayangan Hoore Hoore dipawangam

Jadi Kepada Pembaca  dan “Follower” Blog Teratakarmo, Anda dijemput untuk turut serta didalam TEAM TERATAKARMO untuk menyaksikan Konsert ini secara percuma. Kepada para pembaca dan “Follower” yang ingin turut serta membantu saya merebut hadiah iyang ditawarkan, anda hanya perlu mengenakan pakaian yang ditetapkan iaitu Baju berwarna HITAM. Sekira berminat sila tinggalkan komen dengan tagline “ SAYA TEAM TERATAKARMO” menandakan kehadiran dan sokongan anda.

Jom ramai-ramai turut serta untuk hadir ke Konsert Kenangan Sudirman ini disamping dapat berkumpul (Gathering) dan Berjumpa sesama blogger dan jangan lupa untuk turut serta dalam Peraduan AKU SUDIRMAN yang cukup mudah dengan hadiah yang menarik nanti. Mana tahu ia mungkin rezeki anda.

22 comments:

  1. malu lah abg jai nak posing gtu ..maklumlah , kalau mak tengok, mesti mak terbahak-bahak gelak ni ..aiyooo

    ReplyDelete
  2. pergh!! kacak bergaya tu bro!! hehehe

    ReplyDelete
  3. pergh! sekali tgk cam MJ la plak..
    good luck.. aku nak join.. tp kena tgk jadual dulu..

    ReplyDelete
  4. yup nmpk status Jai di FB td...

    anyway good luck Jai !!

    ReplyDelete
  5. abg jai nak design baju ke ? saya ada dah try buat design kalau abg jai nak tgok la ..huhu

    ReplyDelete
  6. teringat konsert arwah kat Chow kit...tiada sorang pun lagi artis yg dapat buat mcm dia..the truely 1Malaysia singer

    ReplyDelete
  7. aah macam MJ.. Mat Jebon hehehe

    ReplyDelete
  8. Terkenang time kita sekeuarga nanggar Sudirman kat KSL! Nana ternah lalu dudok - terpegun tek konok! Those were the good old days. Missing the time we spent together. Good luck & take care..

    ReplyDelete
  9. KALAU bro provide makan minum mesti ramai giler nak join TEAM TERATAKARMO..... eden tak dapat join sebab ade event ngan TM

    ReplyDelete
  10. Saya syorkan Team teratakkarmo buat satu baju tshirt yang boleh dipakai semasa malam tersebut.. baru nampak satu pasukan.. baru mantap.. ;)

    ReplyDelete
  11. alamak 3hb ..tak dapat la join sebab ada kenduri kawen akak saudara .bhahahaha

    ReplyDelete
  12. Mesti best... Good luck Abg Jejai.. ;)

    ReplyDelete
  13. Alamak, tarikh tu yang tak sesuai.. Huhu.. Good luck abg Jai and team abg Jai! :)

    ReplyDelete
  14. fuyyoo!! masyuk!! open table!! yeay!!!

    ReplyDelete
  15. Wowww!!! :)

    Apapun Good Luck ye :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails