Haduu Hayy Padanlah. Akhirnya terjawab juga segalanya. Al-Kisah Kemana pegi duit Belanja? Pagi-pagi si NAJUMA dah berpesan " Babah nanti ingatkan NAJUMA nak 60 poloh sen, nak beli Pensil". Orang rumah pun dah pesan gak suruh beli pensil si NAJUMA dek kerana pensil hari-hari di"Sharpener"kan abis kemetot jadi pensil..Haduu Hayy.
Tengahari pergilah temankan si NAJUMA untuk pergi beli pensil kat Kedai Buku Sekolah. Mak uihhh ada pesta ke apa? Aku tengok seolah-olah ada sekumpulan peminat macam nak beli tiket Konsert gayanya.
Berasak-asak, padat dan berebut-rebut. Si NAJUMA pun nak join sekaki aku tak bagi. Budak-budak ni, adeyy naik pening aku tengok gelagat mereka. Macamlah kedai Makcik ni nak tutup..adehh.
Laaaa..Al-Kisahnya..rupa-rupanya kat sinilah duit belanja sekolah dihabiskan. Kebanyakkan budak-budak ni membeli getah pemadam? Patutlah si NAJUMA banyak getah pemadam, dia pun turut abiskan duit kat sini.
Akhirnya dari 60 poloh sen menjadi sehengget 20 poloh sen kena pow. Dua batang pensil dibelinya dengan muka tak bersalah siap merayu-rayu "Buleh yer babah bulehlah..pleaseee" Adoiiyaii.. NAJUMA..NAJUMA anak babah. Janganlah diseksa pensil tuh jadik Kemetot asyik di "Sharpen" menggunakan "Peraut Pensil". Satu hari sebatang Pensil jadik kemetot mau aku pun kemetot.





Mmg budak2 sekolah suka beli pemadam kan? MJ masa kecik2 suka beli gak, sebab nak main..heheee
ReplyDeletehe he. belikan 1 kotak getah pemadam buat stock, keluarkan satu satu bila nak.
ReplyDeleteBiasalah budak.. teringat plak zaman budak2 dulu..
ReplyDeletehuhu.sama macam perangai wan time kecik2 dulu.selalu kena marah
ReplyDeleteteringat masa kecik2 dulu...
ReplyDeleteLawan main pemadam....
New Post by MQ : Al-Fatihah buat Allahyarham Bob Kuman
hadu hayyy.. najuma ada lawan contest getah pemadam nih.. hehee
ReplyDeletesenyum lebar kakak yang jaga kedai buku tu...
ReplyDeleteassalamualaikum Jai...laku kedai akak tu kan...:)
ReplyDelete