20 May 2012

Gambar Sekitar "Kenny G Heart & Soul Concert In Malaysia 2012"


Gambar Sekitar "Kenny G Heart & Soul Concert In Malaysia 2012" dikongsi bersama. Sebenarnya untuk konsert yang berstatuskan International Concert sebarang rakaman adalah dilarang sekali menggunakan kamera..huhu. Tapi diaorang tak sebut pun kalau ambik gambar menggunakan Handphone dilarang..hehe.

SESI "AUTOGRAPH" YANG DIKAWAL RAPI

RUANG ATAS PADAT DENGAN PENONTON

PERSEMBAHAN PEMAIN HARMONIKA SEBAGAI PEMBUKA

Untuk pembukaan Konsert, ia telah dimulakan oleh seorang pemain Harmonika (Aku lupa pulak nama pemain ni). Memang menarik persembahan solo dari pemain harmonika ini. Dari segi penonton untuk Persembahan secara LIVE oleh Kenny G ini pulak, korang boleh tengok dari gambar yang telah diambil. Memang ramai betul.

PENONTON YANG CUKUP SPORTING

PERSEMBAHAN DARI KENNY G DARI TENGAH-TENGAH DEWAN

Persembahan dari Kenny G bermula dari Tengah-tengah Arena Of Stars. Memang mantap musik yang didendangkan.Pertama kali melihat persembahan dari Kenny G. Apa yang dapat aku katakan memang puashati walaupun tidak berjaya mengambil gambar dengan lebih dekat dan kualiti gambar yang diambil agak menghampakan.

PERSEMBAHAN MEMUKAU DARI KENNY G

Kebanyakan lagu-lagu yang beliau mainkan pada malam itu adalah dari lagu dari album lama beliau. Tajuk lagu aku tak pasti tapi dari alunan musik yang didendangkan, rata-rata ia lagu yang pernah menaikkan nama beliau. Ada satu video yang sempat dirakam namun tak dapat dipaparkan disini yang cukup sedap. Alunan Musik Lagu "Titanic" terbaik.

Gambar teramatlah banyak dan entri akan berlanjutan kepada 2 entri. Apa yang nyata aku cukup berpuashati dengan persembahan yang telah disaksikan. Ini semuanya menjadi kenyataan kerana kesudian NUFFNANG dan GENTING memilih blog ini sebagai pemenang. Terima Kasih tak terhingga..

8 comments:

  1. wah untung la lu..Kenny G ..Legend da tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang terbaik bro. Dari Arrangement Musik, Lighting memang best..

      Delete
  2. Wowww i Really Love Kenny G ...........!!!! his awesome..I Love him Love him ~~~ Kamu sangat untung dapat pergi Kenny G Konsert...uhuh...

    ReplyDelete
  3. Tapi menarik gak.....gambar yang diamik ngan BB bro pun lawa jugakkk...

    ReplyDelete
  4. banyak siok wooo.. enjoy bos

    ReplyDelete
  5. Pergh Nuffnang belanja....pergi jerlah kan.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails