Gambar 49 orang awam yang dicari oleh pihak berkuasa telah dikeluarkan iaitu kes rusuhan Perhimpunan Bersih 3.0 tempoh hari. Hadu hayy kan dah tak pasal-pasal menjadi buruan pihak berkuasa. Lepas ni apalah pulak yang dirancang. Semakin hampir Pilihanraya ke 13 semakin galak cerita politik aku tengok. Fitnah sana, cerita sini, Skandal sinun dan yang keliru dah tentu rakyat yang inginkan keamanan dan ketenteraman hidup dalam keharmonian.
KETUA POLIS KUALA LUMPUR , DATUK MOHMAD SALLEH BERSAMA GAMBAR 49 ORANG AWAM YANG DIBURU
Mereka sudah lupa siapa yang BERKUASA agaknya.Aku tengah terbayangkan bagaimana sekiranya perusuh yang dicari mempunyai keluarga lebih-lebih lagi anak-anak yang kecil. Tak kasihan ke diaorang ni dengan keluarga mereka semata-mata ingin mencapai kepuasan kepada diri dan parti? Satu Kebanggaan ke bila ditangkap oleh pihak berkuasa atas alasan memperjuangkan hak? Terpulanglah korang nak perjuangkan Hak korang.
Bagi pendapat aku, keamanan, keharmonian dan saling hormat menghormati satu sama lain adalah lagi elok. Sepatutnya kita bersyukur negara Malaysia buat masa ini masih dikategorikan aman damai. Bayangkan sekiranya Negara Malaysia huru hara. Rusuhan sana sini, ekonomi negara merundum, ada yang kehilangan tempat tinggal dan macam-macam lagi. Itukah yang diinginkan? Sekadar luahan ikhlas sebab aku cintakan keamanan.


ehh,ada gambar rozita che wan laa
ReplyDeletediorng bertindak tanpa menggunakan akal fikiran
ReplyDeleteme too.. peacefull lover
ReplyDeleteseb bek takde gambar muka aku.. hehehee
ReplyDeletekan dah kena buru polis.
ReplyDeleteAda 12 orang sahaja dalam gambar itu..
ReplyDeletetak pasal2 dah jadi penjenayah. rasanya ramai juga kalangan pelajar.
ReplyDeletescarry part ..huhu....
ReplyDeletekesian anak2/isteri/keluarga mereka. ikut rasa, binasa...
ReplyDelete