Gaji Bulanan Minimum Buat Pekerja Sektor Swasta 2012 telah ditetap bagi Pekerja di Semenanjung Malaysia Sebanyak RM900 manakala RM800 bagi Sarawak, Sabah dan Labuan. Jadi apa pendapat korang yang bekerja dengan Syarikat Swasta? Adakah berbaloi dengan keadaan Ekonomi sekarang? Secara jujurnya Bagi aku ada yang ok dan ada yang tidak terutama bagi Pekerja di Sarawak.
Sebagai penduduk asal Sarawak dibahagian Miri, Pada Pendapat aku, pendapatan ini seharusnya dilihat dari segi harga barangan yang terdapat di Sarawak secara keseluruhannya. Pasti kalau sesiapa yang datang ke Miri akan mengadu alamak barang mahal. Senang ceritalah cuba korang pergi ke KFC kat Miri. Mesti korang terperanjat dengan harga ya ng dijual. Nantilah aku suruh adik aku ambik gambar.
Impak terhadap pekerja Miri mungkin tak berapa sangat berbanding dengan Semenanjung. Harap ia dapat diselaraskan dan dikaji dengan secara lebih terperinci lagi. Satu lagi contoh kepada para pekerja Swasta terutama Syarikat minyak. Kalau dulu tak silap aku para pekerja di Sebuah Syarikat yang Top di Malaysia terutama pekerja yang berasal dari semenanjung mendapat elaun Khas yang digelar Elaun Wilayah.
Kenapa terdapat Elaun Wilayah? Ini aku kurang jelas? Adakah ia memang telah termaktub didalam polisi syarikat tersebut. Adakah Pekerja dari Sarawak juga mendapat imbuhan tersebut sekira bekerja di Semenanjung? Dengan Kedudukan Miri berhampiran dengan Negara Brunei Darussalam dah tentu impak terhadap barangan yang dijual amat ketara dan ini menjadikan Kos kehidupan di Miri tinggi.
Kalau aku nak ceritakan kat sini memang banyak perkara. Harap ada pihak yang perihatin tentang masalah Rakyat Sarawak ini terutama penduduk di Miri. Apa-apa pun terima Kasih dan Syukur jugalah diatas Penetapan Gaji Minimum ini. Sekurang-kurangnya gaji minimum akan dikaji semula dari semasa ke semasa selaras dengan produktiviti negara, kemampuan dan daya saing.
Apa yang pasti Pekerja Swasta dari Sarawak akan memandang apa yang diharapkan seperti apa yang dipetikkan dalam Akhbar online mengenai pelarasan gaji di Sarawak " Bagaimanapun, Kerajaan berharap dalam tempoh dua hingga tiga tahun akan datang, gaji minimum untuk Sabah, Sarawak dan Labuan boleh diselaraskan dengan Semenanjung". Jadi sama-sama kita tunggu dan lihat.
** Sekadar Luahan Peribadi dari Salah seorang orang Sarawak..huhu
** Sekadar Luahan Peribadi dari Salah seorang orang Sarawak..huhu

hurm..harap2 nya ditambah sedikit lagi.. sebab dalam keadaan ekonomi sekarang ni, sebenarnya rm900 tu terlalu rendah sangat
ReplyDeletesalam. baguslah jugak kerajaan buat camni. cth gaji pekerja kedai makan di pekan Tanah Merah, Kelantan ini cuma RM20 sehari. kerja dari jam 6 am hingga 6 pm. x sampai pun rm2 sejam. kesian kat ibu2 tunggal yg bekerja sbg pembantu kedai makan kan? kalau dpt rm500 per month rasanya paras kemiskinan tu.
ReplyDeleteRasanya ia wajib x?sbb aritu dah tanya kat HR office dia kata syarikat kami mungkin x ikut.dahla gaji RM700 jer.x cukup...
ReplyDeleteTu la....benda nie belum diberikan lagi surat pekeliling yang jelas... adakah ianya wajib atau pilihan kepada majikan... dalam masa yang sama kebanyakan majikan lebih gemar cari pekerja asing untuk kos buruh yang lebih rendah
ReplyDeleteassalamualaikum Jai....bagus kalau gaji sektor swasta ditetapkn mcm ni...harap kerajaan sentiasa prihatin pd rakyat ...
ReplyDelete