22 May 2012

Bilik Penginapan Deluxe Room Di Genting First World Hotel


Bilik Penginapan Deluxe Room Di Genting First World Hotel telah disediakan secara percuma semasa saya berada di Genting Highlands setelah memenangi Hadiah menonton Konsert Kenny G Heart & Soul Concert In Malaysia 2012. Memang selesa. Dari segi kelengkapan asas memang mencukupi lagi pun kebanyakan masa dihabiskan kat luar.


Terdapat pelbagai pakej yang ditawarkan untuk Bilik Penginapan First World Hotel ini. Anda boleh layari DISINI untuk mengetahui Pakej Bilik yang ditawarkan sekiranya anda ingin berkunjung ke First World Hotel. Kemasan memang simple tetapi bagi saya keselesaan yang paling utama. Yelah sekadar untuk berehat-rehat memang memuaskan.


Dari apa yang telah dibaca kat SINI pakej serendah RM48 untuk Standard Room ditawarkan. Saya pernah tinggal sekali dibilik Standard sebelum ini.Sekadar ingin berehat untuk menghilangkan penat setelah beriadah di taman tema oklah. kalau yang bekeluarga rasanya paling sesuai sekurang-kurangnya ambik bilik Deluxe room.


Terima kasih kepada Nuffies Yee Hou yang telah menjalankan tugas dengan baik sekali semasa kami berada disini dan terima kasih tak terhingga juga kepada NUFFNANG dan GENTING atas hadiah yang cukup bermakna ini.Harapan pada masa akan datang dapat membawa seluruh keluarga untuk beriadah sekali lagi disini satu hari nanti. Pasti anak-anak akan gembira.

6 comments:

  1. pernah tidur kat sini...sejuk tapi bilik kecik lah

    ReplyDelete
  2. tahniah lagi sekali bro. duduk bilik utk mandi dan tidur saja, masa lain lebih banyak kat luar.

    ReplyDelete
  3. Ada gym tak kat sana? Maklum sajalah untuk pemuda yang berketak seperti saya, gym amat penting bagi memaintainkan keketakan abdomen saya.

    ReplyDelete
  4. 2 katil tu boleh dirapatkan untuk disesuaikan untuk satu family kecil...

    ReplyDelete
  5. tak pernah masuk Deluxe Room lagi..selalu ambik yg standard je

    ReplyDelete
  6. good info lah Jai . sha reckee rate rm48 tu tapi utk sep and oct jek. huhu....

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails