Banjir di Kuala Lumpur, Kesesakan maksima, Sumpah seranah dipagi hari gara-gara pemandu potong 'Q' terutama dipagi hari Isnin sudah menjadi sebati. Sejak dari dahulu lagi perkara sebegini sudah sebati dengan jiwa kebanyakan pemandu di Malaysia. Boleh sakit jiwa dibuatnya sebab aku pernah merasainya.Macamana nak selesaikan masalah ni?
GAMBAR HIASAN
Bila hujan turun kerisauan pasti menyelubungi pemandu terutama yang tinggal jauh dari tempat kerja. Kekadang yang tinggal dekat dengan tempat kerja pun sama risau. Yang kena "Warning" oleh boss pun ada disebabkan kesesakan ini. Apa lagi alasan nak diberikan? Turun awal ke tempat kerja pun kekadang tidak dapat menyelesaikan masalah ini.
GAMBAR HIASAN
Keadaan kesesakan terutama di Kuala Lumpur semakin tahun semakin teruk rasanya. Aku tengok banyak peruntukan telah dibelanjakan namun masih belum mampu menyelesaikan masalah ini. Aku rasa pihak berkaitan perlu mengambil langkah drastik sebelum sesuatu yang lebih teruk berlaku. Tapi apakah langkah yang sesuai? Perlu dikaji dengan lebih mendalam.
GAMBAR HIASAN
Sebagai sebuah Negara yang membangun dan memiliki dana yang mencukupi aku percaya masalah kesesakan di Malaysia boleh diselesai peringkat demi peringkat. Mungkin pengawalan kemasukkan kenderaan kesesuatu destinasi antara cara terbaik.Namun kena kaji sama ada ia berkesan atau tidak. Mungkin lambakan kenderaan antara punca kesesakan yang teruk. Mungkin juga sikap pemandu itu sendiri.
Sekadar meluah apa yang terbuku didalam hati. Diharap ada pihak yang berkaitan memberi perhatian terhadap luahan ini demi kebaikan semua pihak. Siapa lagi kalau bukan kita yang memulakannya.Agak-agak apa cadangan korang mengenai pemasalahan kesesakan, banjir yang sering menghantui ini. Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya.



Yang ada darah tinggi makin naik darah tinggi bila hari2 tension dengan jem..
ReplyDeleteAku rasa punca yang nampak.. adalah kenderaan terlalu banyak dijalan raya..
pihak berwajib kena fikirkan cara yang adil untuk semua..
Aku dah tak boleh nak fikir.. hehehe
aku pun malas nak fikir dah.. hehehehe
Deletekurang kecekapan sistem pengangkutan awam. kalau sistem bagus, tentu saya dan wife tak naik kereta sorang satu...
ReplyDeleteseb bek aku dah tak koje kat KL... lega.. phewwwww
ReplyDeleteassalamualaikum Jai....mmg selalu mcm ni kalau hujan mesti jem jln raya tu...:)
ReplyDelete