08 May 2012

Arab Saudi Sedang Pertimbang Sekat Jemaah Haji, Umrah Malaysia


Arab Saudi Sedang Pertimbang Sekat Jemaah Haji, Umrah Malaysia betul-betul memeranjatkan aku. Berita dari suratkhabar online menyatakan "Kerajaan Arab Saudi sedang membuat pertimbangan sama ada untuk mengenakan sekatan atau mengantung jemaah haji dan umrah dari Malaysia ekoran tindakan segelintir rakyat negara ini mengadakan Perhimpunan haram 3.0 di Mekah dan Madinah - MSTAR".Maklumat lanjut DISINI.

Adakah berbaloi bila perkara politik dibawa-bawa sehingga ke Mekah dan Madinah? Adakah misi Bersih 3.0 Berjaya? Apalah faedahnya bila bab politik dibawa sampai ke tempat umat Islam menunaikan ibadah? Aku tak faham dengan situasi politik yang semakin membimbangkan ini. Terus terang aku berada ditengah-tengah, nak kata pembangkang tidak nak kata belah pihak kerajaan pun tidak.

Apa yang aku inginkan hanyalah hidup dalam keharmonian, aman dan damai. Aku harap situasi Politik di Malaysia akan berubah satu hari nanti.Harap ada pemimpin yang betul-betul dapat memimpin Malaysia dengan adil dan Saksama. Kepada para ahli politik diharap janganlah melampau-lampau bila berkempan. Apa guna kutuk mengutuk, masing-masing inginkan kuasa tapi ada beberapa perkara diabaikan.




9 comments:

  1. Bersih tu sgt mengarut la bro. Sebab diorang, bakal jemaah kena tanggung. Bengap!

    ReplyDelete
  2. Memang teruk laa...
    Bila sampai terbawa-bawa ke tanah suci..

    ReplyDelete
  3. sebelum jemaah kita antara jemaah yg terbaik, dah jadi sebaliknya disebabkan segelintir rakyat m'sia yg kurang fikir panjang ni.

    ReplyDelete
  4. politik ni memang memeningkan!!hahaha

    ReplyDelete
  5. nama pon politik.macam-macam pesen.hmmm

    ReplyDelete
  6. politik.. oh politik.. h,,, cepat2 laaa pilihanraya

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum Jai...politik2 kenapa mcm ni sekali jadinya...:)

    ReplyDelete
  8. selagi tak pilihanraya inilah jadinya bro.. politik memang memeningkan.. silap2 PRU13 ni aku duduk umah je.. hehehe

    ReplyDelete
  9. lepas bersih 3.0, saya rasa yang bukan islam untung, yang rugi orang islam yang berpecah belah. ditambah pula dengan sekatan dari kerajaan arab saudi...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails