Undian Anugerah Astro Arena 2012 telah dibuka bermula sekarang sehingga 23hb April 2012.Ia adalah satu pengiktirafan kepada para atlet yang telah berjaya mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa dan Astro Arena dengan berbesar hati akan menganugerahkan penghargaan kepada jaguh-jaguh sukan negara ini atas Jasa dan Pengorbanan mereka.
Khairul Fahmi Che Mat (Bola Sepak) Calon Kategori Atlit Lelaki Pilihan Berpasukan
Jadi disini ingin dimaklumkan bahawa semua rakyat Malaysia diberi peluang untuk mengundi dan memilih bintang-bintang sukan tanahair kesukaan mereka dengan melayari WWW.ARENA.MY untuk membuat undian. Kalau tahun 2011 Hanya Lima kategori diperkenalkan dan pada tahun ini pula terdapat tiga kategori tambahan baru iaitu Jurulatih Pilihan, Blog Sukan Pilihan dan Perlawanan Pilihan.
Katrina Ann Abdul Hadi (Renang Berirama) Calon Kategori Atlit Wanita Pilihan Berpasukan
Berikut adalah senarai kategori serta calon-calon yang bakal dinobatkan sebagai penerima anugerah:
1.Atlit Lelaki Pilihan Berpasukan
- Khairul Fahmi Che Mat (Bola Sepak)
- Bryan Nickson Lomas (Terjun)
- Adrian Ang (Bowling)
- Cheng Chu Sian (Memanah
- Mazli Ikmar Mohd Nor (Hoki)
2.Atlit Wanita Pilihan Berpasukan
- Pandelela Rinong (Terjun)
- Png Hui Chuen (Renang Berirama)
- Jacqueline Sijore (Bowling)
- Nur Fatehah Mustapha (Berbasikal)
- Katrina Ann Abdul Hadi (Renang Berirama)
3.Atlit Muda Pilihan
- Zulfadli Zulkifli (Badminton)
- Adiq Husaini Othman (Berbasikal)
- Aaliyah Yoong (Ski Air)
- Jupha Somnet (Berbasikal)
- Muhammad Nazmi Faiz Mansor(Bola Sepak)
4.Kebangkitan Pilihan
- Sam Chong (Snuker)
- Lee Hup Wei (Olahraga).
5.Jurulatih Pilihan
- Yang Zhuliang (Terjun)
- Ong Kim Swee (Bola Sepak)
- Holloway Cheah (Bowling)
- John Beasley (Berbasikal)
- Lee Jae Hyung (Memanah)
6.Blog Sukan Pilihan
- Haresh Deo(Foul)
- S S Dhaliwal ( Malaysian Sports
- Christopher Raj (Jaiho Malaysia)
- Mohd Aiman (SuaraSukan1Mas)
7.Perlawanan Pilihan
- Indonesia lwn Malaysia (Final Bola Sepak Sukan Sea 2011)
- Lin Dan lwn Lee Chong Wei (Final Kejohanan Badminton Seluruh England 2011)
- Terengganu lwn Negeri Sembilan (Piala Malaysia 2011)
- Malaysia lwn Singapura (Kelayakan Piala Dunia 2014)
- Malaysia lwn Australia (Kejohanan Hoki Piala Sultan Johor 2012).
8.Anugerah Khas Meja Sukan Pilihan (Media Cetak)
Ong Kim Swee (Bola Sepak) Calon Kategori Jurulatih Pilihan
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang calon-calon bagi kategori-kategori baru tahun ini, sila layari www.arena.my .Siaran langsung Majlis Penyampaian Anugerah Astro Arena 2012 juga akan ditayangkan pada jam 9.00 malam pada 24 April, eksklusif di Astro Arena (Saluran 801).



kenapa tak da atlit elit eh? mcm azizulhasni ke lee chong wei ke or nicol?
ReplyDeleteMungkin Kategori belum dibuat lagi kut...
DeleteBLOG SUKAN PILIHAN tu macam kureng je calonnya.... apsal SOKERNET.COM tak masuk....Padahal kalau dalam KAFE SUKAN tu ianya jadi reference untuk wartawan sukan jugakkk...
ReplyDelete