Susulan Entri Merajuk Dengan Mulut Muncung sekilometer. Kali ni dah bertukar tajuk jadi Senyum Sampai kebelakang telinga. Haduu hayyy..merengek dari hari ke sehari akhirnya taktik yang digunakan oleh si NAJUMA nampaknya membuahkan hasil. Dan dah tentu si Mangsa keadaan adalah aku..huhu.
DERETAN WALLET ANGRY BIRD MENGABURI MATA
Pergilah ke Kedai Assesori pakaian dan barangan cenderahati. Dah survey dah tempat ni dan harga pun boleh tahan gak. Ada yang murah dan ada jugak yang mahal. Plan nak belit wallet yang size kecik, bila dah sampai kat kedai ni dah pandai bertukar pulak. Nasib baik agreement takde yang bertulis kalo idok mesti NAJUMA kalah.
BERSINAR-SINAR MATA BILA DAPAT WALLET ANGRY BIRD
Wallet Angry Bird menjadi pilihan hati. Tengoklah gambo bukan main ceria lagi si NAJUMA. Fuhh betul betul penangan Angry Bird. Kalau hari-hari nak mintak Angry Bird mungkin bila tiba satu tahap akan keluar satu lagi jenama baru rasanya iaitu Angry Babah. Adehh anak..anak.



untuk anak, tak pe.huhu
ReplyDeleteAloo tersenyum gumbira.. ;)
ReplyDeletebabah, nak jugak!!
ReplyDeletemy kids kadang-kadang macam tu jugakkk,,, susah nak pujukkk,,,
ReplyDeleteTakpe lah anak2.....jangan mak dia mintak angry bird udah leer....haha...opsss...
ReplyDeleteangry babah ke? sama lah dengan anak saya...
ReplyDelete