27 April 2012

Restoran Alfa Maju | Sup Ayam Mamak


Restoran Alfa Maju dengan Menu Sup Ayam Mamak dinikmati. Pertama kali mencuba menu ini. Memula tak confident gak sama ada boleh masuk ke tidak makanan ni dengan selera aku. Sup Ayam Mamak ini dinikmati bersama dengan Nasi Putih dan tambahan Telur Dadar sebagai menu tambahan.


Ok Honestly aku boleh terima (Macam tak percaya..hehe). Nak katakan terbaik mungkin belum mencapai standard citarasa aku namun keseluruhannya bolehlah dikategori Sedap dan boleh tahan gak. Isi Ayam cukup lembut dan Kuah Sup nampak macam banyak minyak tetapi takde sangat rasa minyak.


Ada yang kata Sup Ayam kat Jalan Doraisammy dulu lagi sedap. Aku pernah rasa sekali Sup Ayam kat dorai, rasanya ok boleh tahan. Dari segi rating aku bagi 3/5 untuk menu Sup Ayam Mamak pada kali ini. Setakat ini Sup kat Sebuah Restoran disekitar Jalan Bukit Bintang adalah terbaik.





7 comments:

  1. mamk skrg kena pandai masak agar boleh compete dgn warung/kedai melayu..huhuhu

    tapi kedai mamak ni byk gunanya bila tgh2 mlm rasa lapar anytime leh terjah

    ReplyDelete
  2. woowww sedappnyaaa..sya suka makan suppp ehehhe ;)

    ReplyDelete
  3. bila sup dah power, makan dengan nasi kosong pun ok.

    ReplyDelete
  4. sup power.. terus jadi 'power' hahhahahaa

    ReplyDelete
  5. cuba sup ekor kat rafi bistro seksyen 13, shah alam. sedap! :D

    ReplyDelete
  6. sup salim kat jln sentul pun best jugak. mcm2 jenis sup ade

    ReplyDelete
  7. sekarang ni banyak kedai mamak yang ada menyediakan sup...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails