Oh Tidak. Kes Loya, pagi-pagi dah potong Stim. Bersarapan Nasi Lemak disebuah kedai Makan kat Kapar.Nasi lemak yang dihidang beserta dengan Ayam Goreng, Telur Goreng dan Sambal nampak menyelerakan. Memang Ayam Nasi Lemak ni sedap. Tapi Malang sungguh hari ini. Aku terpaksa Cool Down. Kalau ikutkan nafsu amarah mahu aku sembur,tapi aku bukan jenis sedemikian rupa sebab aku masih waras.
NAMPAK MENYELERAKAN PADA MULANYA
Korang bayangkan ketika makan separuh jalan, baru nak angkat sambat tetiba aku ternampak sinaran pada Sambal Nasi lemak. Waaaaaa..takleh belah. Anting-anting dalam Sambal. Haduu Hayyy, serta merta tekak aku terasa loya gila terus aku berhenti makan. Tarik nafas panjang-panjang pastu minum air teh. Capai Handphone, Snap beberapa keping gambo.Relak jap beberapa minit pastu baru panggil tuan punya kedai.
ZOOOMMMMM..NAMPAK?
Tuan Kedai siap boleh tanya aku lepas tengok anting-anting tuh. Amende tuhh? Nak jer aku jawab "Ada Kerbau berkubang dalam sambal kak" Hanggin jerr. Terperanjat Tuan Kedai. Kalau aku jenis kecoh, mahu jer aku meninggikan suara biar pelanggan dia tahu cerita sebenar. Bila difikirkan mereka mencari rezeki dan mungkin perkara ini tidak disengajakan jadi aku lupakanlah niat nak kecoh-kecoh. Jadi hari ni aku bersarap Nasi Lemak Anting-anting Free (Loyaa wehh).
WAAAA..TAKLEH BLAHH
Nasib baik aku ni jenis yang cepat bersabar. Kalau kena orang lain dah sah dibawak ke Mahkamah tribunal. Jadi lepas ni aku kena berhati-hati bila makan. Kena Selak sambal betul-betul. Kalau ada anting-anting kena teliti dulu sama ada ia emas 916 ke tidak. Yang ni Anting-anting kat kedai 2 hengget. Haduu Hayyy.Nasib baik tak tertelan anting-anting ni. Kalau idok mati tercekik anting-anting nampak gayanya. Mahu Masuk Paper..




Dah terlalu kerap berlaku, dulu kaki lipas. Esok mungkin TV LCD 48" atau tayar LRT dalam nasi lomak.
ReplyDeleteAdesss.... Memang FOBIA kejap kalau nampak sambal cenggini...harap2x tuan kedai tu lebih hati2x laaa
ReplyDeleteBahayanya buatnya bdk kecil yg mkn..sure x prsn leh trcekik..
ReplyDeleteBukan setakat budak, orang tua yang dah rabun pun boleh tertelan benda ni.
Deleteaiyok!kantoi dah pemilik kedai tu...sebab dah tau dia beli emas kat ne...kedai 2 hengget kan...habis tu apakah tindakan seterusnya tuan kedai tu?bagi duit balik?bagi nasi lemak baru yang dibubuh ayam 2-3 ketul?
ReplyDeleteassalamualaikum....alamak kalau tertelan tadi kes naya je...nasib baik nampak anting2 tu kan....mmg potong stim je...
ReplyDeletekalau emas 916 terus bayar lebih sket kat akak tu kan... ahahhaa
ReplyDeleteNi kalau tertelan mau tercekik ni... Agak payah nak keluarkan balik... Abis tu apa tindakan tuan kedai ti bro?
ReplyDeletesib baik nampak...bahaya tul la..especially untuk budak2...makcik kedai ni kena pantau betoi2 time masak...
ReplyDeleteTuan punya kedai haruslah menjaga kebersihan dan etika semasa memasak. Dengan adanya tanggungjawap tersebut, barulah bendasing tidak dijumpai di dalam makanan yang dijual...
ReplyDeletebahaya betul.nasib baik perasan.
ReplyDeleteloya tekak....so next time jgn pi kedai tu lagi..banned
ReplyDeletekalau emas,ambik sebagai ganti rugi he3...
ReplyDeletekapar???? aduss, selalu gak p sana tp i bknnyer pengemar nasi lemak! x silap i la NLK tu famous gak... eee...geli weyyy.. apapun keadaannye kebersihan haruslah diutamakan specially bab makanan... untung mau kebersihan low!! APTB!!!
ReplyDelete