24 April 2012

Google Search Ada Zip Gideon Sunback?


Google Search ada Zip? Pagi-pagi nak google search persoalan bermain diminda. Apalah benda yang ada kat paparan google search ni, siap ada zip bagai. Memang unik dan serta merta aku cuba cari apalah yang dimaksudkan zip panjang ni. Rupa-rupanya ia bersempena memperingati Hari Jadi ke 132 Pencipta Zip iaitu Gideon Sunback  Macam-macam..haduu hayy.


Sedikit maklumat mengenai Gideon Sunback. Beliau dilahirkan pada 24hb April 1880 di Smaland, Sweden. Beliau berpindah ke German untuk melanjutkan pelajaran dan pada tahun 1905 beliau telah mendapat kerakyatan di USA dimana beliau telah mula bekerja di Westinghouse Electric and Manufacturing Company di Pittsburgh, Pennsylvania.

PATEN ASAL ZIP

Sebenarnya asal Zip ini dicipta adalah untuk digunakan pada Kasut "Boot" wanita dan ia menjadi popular sekitar tahun 30an bila ia mula digunakan untuk dipasang pada Seluar dan pakaian wanita. Sunback telah menghembuskan nafas terakhir beliau pada tahun 1954 dan dikebumikan di Greendale cemetery diMeadville, Pennsylvania.



7 comments:

  1. wah aku pun baru tahu beb siapa yang cipta zip ni.. hebat2.. sampai sekarang orang guna zip kan..

    ReplyDelete
  2. betul tu, hari2 kita guna/pakai zip, xterfikir pun mcm mana boleh direkabentuk mcm tu.

    ReplyDelete
  3. Saya sangat suka Google sebab ada semua informative displays ni on special days.. ^_^

    ReplyDelete
  4. antara doodle yang menari perhatian anak saya...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails