Gempa Bumi 11 April 2012 di ACEH. Terperanjat aku, baru bangun dari tidur bila diberitahu oleh anak aku berlaku gempa bumi di Aceh. Terus semak kat Internet. Ya Allah Ya tuhanku.Minta dijauhkan Malapetaka. Gempa Bumi yang menurut apa yang aku baca ada yang mengatakan berukuran antara 8.7 Skala Ricther ke 8.9 Skala Richter.
Diberitakan beberapa buah Negeri di Malaysia juga terasa gegaran.Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran kepada orang ramai supaya menjauhi kawasan pantai di Kedah, Perlis, Langkawi, Pulau Pinang dan Perak yang berpotensi berlakunya tsunami. Aku cuba mencari maklumat selanjutnya dan akan mengemaskini pada entri ini.
TERKINI
Gegaran Kedua boleh dirasai Di Malaysia menurut Maklumat yang dibaca kira-kira 6.48 petang tadi gegaran kedua untuk tempoh seminit di bangunan Menara Star, Seksyen 16, Petaling Jaya. Menurut laporan Agensi Geofizikal Indonesia berkata, tsunami berpotensi melanda lima wilayah di Indonesia iaitu Aceh, Sumatera Utara, Sumatera Barat, Bengkulu dan Lampung . Maklumat Kredit MSTAR
Maklumat diperoleh dari laman Twitter. Air Pantai di Phuket telah ditarik. Tanda-tanda TSUNAMI bakal menyerang. Diharap tiada rakyat malaysia yang berada disana dan diharap penduduk phuket bersiap sedia dengan langkah berjaga-jaga. Suasana Panik juga dilaporkan terjadi di Queens Bay Mall. Gambar Jalan Raya Retak di Aceh diperolehi kredit MrAsyrafZabani
Maklumat Situasi di Aceh. Aceh kembali Panik digegaran gempa susulan berukuran 6.5 Skala Richter.Namun keadaan terkawal. Menurut laporan ia merupakan Satu kejadian yang luarbiasa bila gempa susulan berada diparas yang tinggi. Indonesia mengeluarkan amaran tsunami terbaru susulan satu lagi gempa bumi 8.2 magnitud melanda barat laut wilayah itu.
TERKINI
Gegaran Kedua boleh dirasai Di Malaysia menurut Maklumat yang dibaca kira-kira 6.48 petang tadi gegaran kedua untuk tempoh seminit di bangunan Menara Star, Seksyen 16, Petaling Jaya. Menurut laporan Agensi Geofizikal Indonesia berkata, tsunami berpotensi melanda lima wilayah di Indonesia iaitu Aceh, Sumatera Utara, Sumatera Barat, Bengkulu dan Lampung . Maklumat Kredit MSTAR
AIR PANTAI PHUKET DITARIK
JALAN RAYA RETAK DIACEH - KREDIT MrAsyrafZabani
Maklumat Situasi di Aceh. Aceh kembali Panik digegaran gempa susulan berukuran 6.5 Skala Richter.Namun keadaan terkawal. Menurut laporan ia merupakan Satu kejadian yang luarbiasa bila gempa susulan berada diparas yang tinggi. Indonesia mengeluarkan amaran tsunami terbaru susulan satu lagi gempa bumi 8.2 magnitud melanda barat laut wilayah itu.


aku pun terasa gegar ptg tadi..
ReplyDeletemudahan tiada tsunami dan kejadian buruk berlaku.
ReplyDeleteYa Allah alhamdullillah nasib baik amaran tsunami ditarik balik...
ReplyDelete