24 April 2012

Gambar Bergaduh Didalam KFC Gara-Gara KFC Egg Tart


Kes Bergaduh Didalam KFC gara-gara KFC Egg Tart.Tuh dia Tajuk Memang tak henggat punya. Memang boleh bikin panas. Bila dilihat pada gambar-gambar kat bawah lagi hangat. Boleh bikin jantung gugur..hehe. Ni hah Kes perang mulut antara anak aku yang bongsu si NAJUMA dengan anak aku yang nombor tiga iaitu si NAJIHAH .


Memula ok lagi sebab Egg Tart ada balance lagi. Tengok jerlah gaya ala-ala Model Egg Tart KFC si NAJUMA. Duduk pun tak betul adeyy..


Tak cukup satu ambik lagi satu. Dah dilarang pun degil jugak. Haduu Hayy. Takpe aku bagi peluang dulu agar beliau boleh menikmati Egg Tart KFC ni .


Egg Tart dah habis, suruh kongsi dengan kakaknya si NAJIHAH taknak. Dah membebel-bebel dalam KFC. Punyalah susah nak memujuk.


Bantuan dari MAMA diperlukan. Ceramah telah disampaikan dengan baik sekali..hehe. Terpegun kejap bila mama diaorang bagi ceramah.


Hujah-hujah dari si NAJIHAH sikit sebanyak telah membantu sambil dijeling panas oleh si NAJUMA. Agak-agak apalah yang diperkatakan NAJUMA.


Akhirnya persetujuan telah dicapai (tengok NAJUMA macam tak ikhlas jerr..hehe). Memang masa ni NAJUMA angin semacam jerr sebab dalam keterpaksaan melepaskan Egg Tart.


Saat ini rasanya NAJIHAH menyanyi kegumbiraan dalam hati. Disebaliknya NAJUMA pulak tak abis-abis menjeling kakaknya.


NAJIHAH dengan Aksi Eksen beliau membangkitkan kemarahan orang. Saja bikin panas kat Adik beliau..Aduh hai, naik pening melayan gelagat anak-anak.


Inilah penangan Egg Tart KFC. Saranan aku kepada ibubapa yang ramai anak tuh..sila Standby lebih Egg Tart KFC ni..kalo idok compom boleh bergaduh dibuatnya..hehe..


Walau bagaimanapun Keadaan terkawal. Nasib baik tak menjerit bagai dalam KFC. Apa-apa pun KFC merupakan antara Rangkaian makanan segera yang menjadi pilihan aku sekeluarga.Bukannya selalu pergi KFC, sesekali bawak anak pergi untuk melepas dendam menikmati Ayam Goreng yang cukup sedap.



13 comments:

  1. budak2 biasalah bro.. selamat ada yang pandai handle keadaan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe..biasalah tuhh..nasib baik dengar kata..hehe..KID meh..meh..turun kapar..hehe

      Delete
  2. sedap sangat ke? tak pernah macam nak beli pun kalau gi kfc..ayam lagi menambat hati..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh tahan gak rasanya..budak-budak pun suka

      Delete
  3. nasib baik bukan babahnyaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha..yang tuh belakang tabir..hehe

      Delete
  4. yang tak ramai anak pun kena standby beli lebih sbb mak pak pun berebut

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha betul betul..memang kena beli lebih

      Delete
  5. haha eggtart . . . dulu aku pun lawan dengan adik saya, tapi aku tak bagi la, aku abang mah

    sekarang bekerja, sebagai abang, aku selalu beli extra makanan dan bagi untuk adik saya hahaha :P

    ReplyDelete
  6. semalam lepas baca entry ni, ptg tu pegi la kfc jusco wangsa maju.
    semata2 nak makan egg tart ni. sekali bila dah sampai giliran, nak order egg tart dia kata xde. waaaa.. hancur luluh hati kempunan.

    rupanya x semua kfc ada jual. :(

    ReplyDelete
  7. Teringat zaman dulu-dulu kecik2 asyik bergaduh benda yang kecil. Hehehe

    ReplyDelete
  8. bila diorang dah besar, mesti gelak baca entri ni. hehe...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails