16 April 2012

Aksi Fatin Liyana di Sekitar Majlis Sepetang Bersama Blogger Anjuran Denaihati Network #jumpadenaihati


Inilah dinamakan Rezeki. Majlis Sepetang Bersama Blogger Anjuran Denaihati Network #jumpadenaihati yang gempak dihadiri semalam dan Semuanya tak diduga sama sekali. Satu kejutan buat diri yang tak pernah memenangi hadiah utama dalam cabutan bertuah. Sekali lagi terima kasih kepada pihak penganjur iaitu Denaihati dan Team Denaihati dan juga penganjur (nanti review bab penganjur pada entri lain).

HADIAH DISAMPAIKAN OLEH TUAN HJ MUHAMAD KHANAFI

FOUNDER DENAIHATI TUAN HJ AMIR BIN HASSAN

Hadiah disampaikan oleh Pengarah Urusan AL-ANSAR iaitu Tuan Hj Muhamad Khanafi Bin Husin yang cukup ramah.Ramai blogger yang pulang dengan senyum lebar kerana dapat merasa hadiah bertuah yang cukup menarik dan tahniah kepada para pemenang gadget impian yang pastinya senyum dalam tidur.Ini semua kalau tak kerana izin Allah dan juga Tuan Hj Amir Hassan @ Denaihati mungkin ia tak akan terjadi.

SEBAHAGIAN SUASANA SEKITAR MAJLIS SEPETANG BERSAMA BLOGGER

PEMENANG GADGET IMPIAN - YANMIE, UPROFITS,PUANBEE, ZULSEFFORT DAN MJ (GAMBAR MJ KREDIT CIKLILYPUTIH)

Keseluruhan Majlis cukup menarik sebab ia santai dan dihadiri oleh ramai blogger sampai tak cukup masa rasanya nak beramah mesra. Sempat bertemu Eizil ,Ejam Othman, Cikgu Naman dan beberapa blogger yang aku sembang tak tanya nama pon adeyyy (dek teruja jumpa ramai blogger.) Kalau boleh aku ingin cadangkan buat Karnival Denaihati pulak. Amacam? Aku rasa mesti gempak.


Selain daripada itu para blogger juga turut dihiburkan oleh Singing Blogger yang berjaya menambat hati para hadirin iaitu ZARULUMBRELLA yang hadir dengan Photographer beliau saudara BONZ. Tunggu gak beliau jemput aku menyanyi bersama tapi disebabkan aku tengah sibuk menenangkan MAT TIANG ni yang terkena sampuk dek penyakit Darah Gemuruh jadi tak sempatlah berduet dengan beliau..miahaha.

GAYA BERGAMBAR PENUH BERPROTOKOL


Serius memang terbaik Event ni. Kalo Fatin Liyana turun sure lagi gempak dapat ambik gambor dengan trade mark beliau..hehe..Aku rasa aku cukup bertuah mendapat jemputan dan pada masa yang sama rasa bertambah tuah kerana dapat cabutan bertuah Hadiah Utama pulak tuh..hehe. Terima Kasih tak terhingga kepada semua yang telah menjayakan Majlis yang Gempak ini terutama DENAIHATI, Team DENAIHATI yang cukup peramah dan juga Para Penaja yang turut serta. Wa Caya Sama Lulah..hehe


16 comments:

  1. hahahahaha..kemana2 tak tinggal pose fatin liyana ni kan?? ehehehe

    ReplyDelete
  2. terbaiklah bro.. siapa sangka rezeki brokan dapat cabutan yang sangat bertuah

    ReplyDelete
  3. igtkan FL datang sekali, try jugak cari FL kat celah2 gambar tu...rupanya pose dia je yg ada...hehehe
    psst: hadiah besau2, bestnye...

    ReplyDelete
  4. laa saya terlepas la nak posing FL atas stage tu,

    ReplyDelete
  5. syoknya.....trademark fatin liyana tu sempoi

    ReplyDelete
  6. Macho betul bro gaya amik silver tuuu.. Woho!

    ReplyDelete
  7. Memang sama la Bro gaya tu..heheee :)


    BTW cantik gambo cheq atas pentas tu..heheheee(puji seniri)-Kredit utk cik lily putih yg pandai cari angel :)

    ReplyDelete
  8. Matio2 aku ingat fatin liyana ada sama

    ReplyDelete
    Replies
    1. fatin ikut aku gi jenjalan.. eh silap.. nurul.. hahaha

      Delete
  9. Haha say pon ingat Fatin Liyana ada di situ, rupa-rupanya the 'peace sign'.

    ReplyDelete
  10. muahahaha... nanti aku p carik blog fatin liyana...dah lama nak visit blog beliau...huhu

    ReplyDelete
  11. Gambar bro dengan fatin tak de pun ;p

    ReplyDelete
  12. tengok gak 2-3 kali ada ke fatin liyana kt situ..rupanya aksi peace itu sahaja..tahniah...haha

    ReplyDelete
  13. hahaha...jadi trend pulak gamaknya

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails