16 March 2012

Puma Motorsport Red Cube Fashion Runway

Semalam bertempat di Puma Motorsport Red Cube @ Pavillion berlangsung acara Fashion Runway yang dianjurkan bersempena dengan Promosi Kempen Puma Motorsport Red Cube dari 8 sehingga 25 Mac 2012. Secara kebetulan aku juga telah mendapat jemputan untuk menghadiri Majlis tersebut. Sepanjang Promosi ini adalah kali kedua aku sempat menjengah Puma Motorsport Red Cube ni.

LOKASI RED CUBE @ PAVILLION

Nasib baik ada Blogger Pemandu F1 turut serta. Kalau idok lagilah blur aku dibuatnya. Sempat mencuba Simulator Challenge yang menawarkan hadiah yang cukup menarik dan aku berjaya melakukan kepantasan sekitar 2:13:00 minit tak silap aku untuk kali pertama. Kira oklah berbanding Pemandu F1 dah banyak kali cuba..hehe. Ok lepas ni kena beat masa yang beliau buat sekitar 2:05:00 katanya (bukan 2:50:00 kerr?miahaha)

KUMPULAN YANG MEMENANGI PERTANDINGAN

Semalam acara yang diketengahkan adalah Pertandingan Fesyen rekaan bakat-bakat muda di Malaysia dan merupakan salah satu acara untuk memberi lebih pendedahan kepada bidang Fesyen Pakaian untuk permotoran. Ramai bakat-bakat muda yang turut serta dan hanya 5 kumpulan terpilih untuk ke peringkat akhir. Kumpulan yang menang  memperolehi RM3,000 Puma Cash Voucher & Trophy.

PELBAGAI HANDBAG DIJUAL

Memang cantik produk-produk Puma Motorsport ni. Dari kasut,jam tangan, baju, Cap, Handbag dan macam-macam lagi aku suka. Tengok Handbag..uihh menarik. Untuk Handbag ,Harga bermula dari RM200 keatas. Kalau sesiapa kaki Handbag tuh, aku sarankan korang boleh jenguk kat Red Cube yang tengah berlangsung di Pavillion ni.Kepada yang minat dengan Kasut Puma terkini, korang boleh terjah gak kat sini. Memang cantik.


Sebelum balik, rakan Blogger aku sorang ni pun sempat gak singgah kat Redcube ni. Tak sangka pulak sempat bergambar dengan Pengacara TV8 dan Selebriti iaitu Julia Woon kerana beliau menjadi salah seorang juri untuk pertandingan Fashion Runway ni.  Puma Motorsport Red Cube @ Pavillion ni akan berakhir pada 25hb Mac 2012. Jom , sempat lagi kalau korang nak singgah..

7 comments:

  1. uish.... awat hg berisi semacam ja bro?? :P

    ReplyDelete
  2. hey you were there! i nak pergi hari tu, tapi ada pulak kerja urgent pagi tu :( sad ..

    thanks for sharing !

    Latest: Express Teppanyaki Food Republic 1 Utama

    ReplyDelete
  3. nanti nak singgah juga la kalau sempat .. ^__^

    www.anastasyea.com

    ReplyDelete
  4. Whoaaa.... event nie sampai biler bro... UNTUNG laa...dapat invitation...hehehehe

    ReplyDelete
  5. cun la plak nengok si julia woon nih..

    ReplyDelete
  6. Jejai dah gemuk cam Julfikar wey... ahahhaa

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails