20 March 2012

Pembantu Rumah Indonesia | Empat Jawatan Asas

Berita mengenai Pembantu Rumah Indonesia aku tengok semakin hari semakin banyak perkara yang perlu dilihat dengan lebih teliti dan lebih mendalam terutama oleh pihak-pihak yang berkaitan. Bermula dengan Gaji minimum RM700 dan kini Pembantu rumah Indonesia bekerja berasaskan empat jawatan kerja iaitu Pemgemas Rumah, Tukang Masak, Pengasuh bayi dan Penjaga orang Tua.

PICTURE CREDIT GOOGLE

Sesuatu yang bakal menjadi isu & Dilema berpanjangan kepada Majikan . Mengikut apa yang dibaca ini adalah merupakan langkah "Hala Tuju Pekerja Domestik 2017" pihak Kementerian Indonesia dimana penghantaran Pembantu Rumah ke Luar Negara akan dikurangkan secara berperingkat-peringkat dan menjelang tahun 2017, Indonesia tidak lagi menghantar pembantu rumah ke Luar Negara.

Apakah langkah-langkah dari Pihak Kerajaan Malaysia untuk menghadapi krisis Pembantu Rumah ini? Pasti ramai yang mengeluh sebab dah terbiasa dengan mengaji Pembantu Rumah. Adakah Jawatan Pembantu Rumah bakal diisi oleh penduduk tempatan? Aku rasa elok juga digalakkan Penduduk Tempatan mengambil peluang yang ada terutama mereka yang memerlukan pekerjaan yang sekarang ni aku rasa semakin sukar diperolehi.

Sebenarnya aku cukup tidak suka dengan sesetengah perangai Majikan yang suka mendera Pembantu Rumah terutama warga Indonesia. Sewajarnya Majikan sebegini perlu diberi pengajaran dan hukuman yang berat. Begitu juga Pembantu Rumah yang didalangi oleh sindiket yang hanya menggunakan Pembantu Rumah untuk mengaut keuntungan. Agak-agak kalau diberi pilihan, mana yang korang pilih? Gajikan Pembantu Rumah Warga Asing atau Tempatan?

7 comments:

  1. saya pilih pembantu rumah warga tempatan..

    ReplyDelete
  2. Pandangan aku baik ambil warga tempatan je sebab syarat yang dikeluarga oleh pihak indon macam tak sesuai je.. gaji dalah minimum 700 dengan cerita boleh buat 1 kerja je..

    Lagi satu disebabkan nila setitik susu sebelanga rosak..

    Majikan yang suka dera ni.. satu hal juga.. baik bagi hukuman yang berat je..

    Aku ingat lagi masa aku gi honeymoon dekat Bali.. pak supir yang bawa aku gi jalan2 cakap.. kenapa ye orang Malaysia suka dera pembantu rumah warga indonesia?

    Apa aku nak jawab? Malu beb bila dia tanya macam tu.. dia ingat semua majikan dekat malaysia ni Ganas2..

    Aku cuma cakap tak semua macam tu Pak... risau juga dia orang balas dendam dekat aku masa tu.. hehehe

    ReplyDelete
  3. Hurmmm... aku nak pilih GADIS INDON untuk jadi TUKANG URUT TRADISIONAL PERIBADI...hahahaha

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum...kesian pada rakyat Malaysia yg memerlukan khidmat pembantu rumah ni... kalau mcm ni terpaksalah ikut peraturan yg telah ditetapkn...:)

    ReplyDelete
  5. Tak salah rasanya kalau nak pakai pembantu rumah warga tempatan.. buat ape nak bayar mahal2 dekat orang indon.. buat rugi duit jer..

    ReplyDelete
  6. rasanya baik amik org tempatan..tak pun orang siam pattani

    ReplyDelete
  7. RM700 jaga anak saja? kalau setakat anak sorg dua tu hantar pengasuh/nursery lagi murah.. zzzzz

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails